Ahli Parlimen PAS Dari Hulu Langat Pertahan Projek Nadir Bumi Di Gebeng
PETALING JAYA: Ahli Parlimen PAS dari Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang juga seorang pakar sains nuklear mempertahankan projek pembinaan loji nadir bumi oleh Kumpulan Lynas di Gebeng Pahang.
Katanya, mereka yang tidak memahami kandungan nadir bumi lebih cenderung untuk membuat andaian daripada memperkatakannya dari sudut saintifik.
Malah beliau tidak bersetuju dengan cara Pakatan Rakyat (PR) khususnya ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengenegahkan isu tersebut sehingga ke peringkat menakut-nakutkan masyarakat awam.
“Dia (Fuziah) menakut-nakutkan orang ramai dengan memberi gambaran seolah-olah loji Lynas itu sebagai loji nuklear sedangkan loji itu sekiranya dibina pun hanyalah berfungsi sebagai kilang memproses bahan nadir bumi yang dibawa dari Mount Weld di Australia Barat,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemuramah oleh TV3 semalam.Menurut beliau nadir bumi adalah jauh lebih rendah kandungan radiasinya daripada kandungan bijih.
Jelas beliau lagi, oleh kerana isu tersebut dimainkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu sekutu dalam PR, beliau telah mengambil pendirian berdiam diri.
Malah, kata Dr Che Rosli, beliau sendiri telah diberi ingatan oleh Jabatan Penerangan PAS agar jangan memberi sebarang komen berhubung isu tersebut.
“Selama ini saya mendiamkan diri tetapi saya dapati, ini adalah tidak adil kerana mereka telah membuat komen berhubung isu ini boleh dikatakan dalam setiap isu keluaran Harakah dalam nada yang tidak benar,” katanya.
Dr Che Rosli berkata, sebagai anggota Pas, beliau merasa malu dengan cara Fuziah mengendalikan isu tersebut.
“Jadi sebagai seorang saintis nuklear, saya telah mengambil keputusan untuk menyatakan pendirian saya,” ujarnya lagi.
Sehubungan dengan itu, Dr Che Rosli meminta penduduk di Kuantan tidak wajar berasa risau dengan cadangan pembinaan loji nadir bumi itu nanti.
Ini kerana semua dakwaan yang dibuat mengenai nadir bumi bukanlah satu hujah saintifik dan akademik.
Sebenarnya, kata beliau, orang ramai tidak perlu berasa bimbang kerana apabila kilang Lynass itu siap dibina dan beroperasi mereka boleh masuk dan melihat dengan mata sendiri langkah-langkah keselamatan yang diambil sama ada ke atas pekerja mahupun orang awam. [sumber]
*Pssstt: Kan bagus kalau semua politician ni jujur dalam sesuatu isu. Tak perlu mempolitikkan kepentingan awam, hak rakyat jelata, hukum agama dan keamanan negara demi motif politik semata. Alhamdulillah...Bersatu itu penting kerana bersatu kita teguh. Bila teguh tiada ruang musuh nak 'masuk jarum'...
2 comments:
hurm..sy pun tak berapa nk paham politik nie..
betul kalau jujur kan senang. hadoiyai~
Post a Comment