*Salam Sejahtera*
Rumah terbakar di panggil bomba
Bomba datang berlumba-lumba
Anak ayam patah kaki
Balik ke rumah terus mati...
Haha..ingat tak lagu tu? masa kecik-kecik dulu suka nyanyi kan...Hehe akak pun tak ingat dah. Entah betul ke tidak liriknya tu...
Okeh ni bukan entri nak ajak nyanyi, sebenarnya baru-baru ni telah berlaku kebakaran di tempat tinggal kami. Kebakaran yang berlaku menjelang waktu nak bersahur tu terjadi di tingkat 1. Malangnya kami sekeluarga telah 'terbakar'.....Nauzubillah. Mana taknya, orang lain turun menyelamatkan diri tapi kami 'tidur mati'..huhu.
Sebenarnya kebakaran tu tidak seteruk mana. Kalau tak mesti bomba datang berlumba-lumba. Ada jiran yang turun selepas mendengar orang menjerit "Api! Api! Seorang jiran yang sama-sama tak turun semasa kejadian tu mengeluh, "tak de siapa pun bagitahu kita..."..."nampak sangat hubungan kejiranan kita ni tak berapa kuat" ujarnya....jauh dalam hati saya mengiyakan cakapnya.
"ingatkan ain dah turun.."cerita seorang jiran lain pula yang turun sewaktu kejadian. Tak pelah, kita bersangka baik. Dalam kecemasan, kekadang panik membuatkan kita lupa orang sekeliling dan hanya nampak apa yang di depan mata. Kalau dapat menyelamatkan diri pun dah syukur bebanyak. Harta benda boleh dicari tapi orang tersayang tiada gantinya.
Apapun setelah kejadian ini, semua orang mendapat pengajaran baik. Kejadian yang berlaku itu akibat kecuaian manusia. Nasib baik tiada kemalangan jiwa dan melibatkan kemusnahan harta tetangga yang lain. Hidup berjiran kena saling menghormati. Walaupun jarang bertemu atau bertegur sapa hak-hak jiran tetap kena dijaga...Bila susah jiran juga akan datang menolong..
2 comments:
wah sahur2 rumah terbakar? kesian lah.. :(
nasib baik tak ada yg buruk berlaku
Post a Comment