Mazidul Akmal bongkar perihal pengemis PATI

*Salam Sejahtera*

Masih memikir nak masak apa petang ni. Sambil-sambil cari resepi blogwalking jap dan singgah di rumah Tuan Mazidul. Entri terbaru beliau mengenai pendedahan muslihat pengemis PATI atau pendatang tanpa izin di negara kita. Kemeriahan bazar Ramadhan ini seolah tercemar dengan penipuan mereka yang cuba mengambil kesempatan di sebalik kemurahan hati rakyat Malaysia dan sifat ingin bersedekah kebanyakan orang di bulan mulia ini.

Sebelum ini saya ada menulis entri 'Orang mintak sedekah: Peluang kita tambah pahala'. Saya cuba menolak perasaan wasangka dan skeptikal terhadap golongan pengemis dan peminta derma. Saya cuma berniat hendak menolong dan jika mereka menipu itu adalah persoalan mereka dengan Tuhan. Jadi jika ramai yang berfikiran sedemikian mungkin inilah yang mendorong kes-kes penipuan ini berleluasa dan dilakukan tanpa rasa takut dan bersalah.

Apabila membaca entri beliau, hati saya mulah tergugat balik. Manakan tidak, bila masuk part pendatang dan menipu pulak atas tiket agama memang sakit hati saya! Nampaknya bukan tak boleh nak menderma atau bersedekah tetapi kalau betul nak menyalurkan duit pun kita kenalah berikan kepada yang betul-betul memerlukan. Bukan saya kata mereka tidak memerlukan tetapi masih ramai rayat Malaysia dan umat Islam lain yang memerlukan bantuan. Kalau umat Islam tolong umat Islam lain barulah orang agama lain tak ambil kesempatan di atas keutuhan hubungan sesama kita kan?

Apapun korang boleh baca pendedahan Tuan Mazidul di blog ini. Korang boleh buat kesimpulan sendiri. Tapi kalau jumpa orang-orang tersebut, janganlah pula kita hina-hinakan mereka kerana kedhaifan di negara sendiri menyebabkan mereka terpaksa melarat di negara kita yang serba aman dan murah rezeki ini....Alhamdulillah syukur kan kita sebab tinggal di Malaysia?? Walaupun niat baik nak mencari rezeki, Islam tidak pernah menghalalkan cara!


Baca kisah mereka di sini ....SUMBER




Di kawasan yang lain pula....klik sini...SUMBER 

Sekalung penghargaan kepada semua pembaca prihatin dan sudi menyalurkan maklumat dan berfungsi sebagai 'GPS Pengemis', mengesan dan memaklumkan kita semua berhubung kedudukan pengemis warga Kemboja berstatus pendatang haram terbabit.
Ya, dia pendatang haram dan kehadirannya di negara bercanggah dengan Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Orang Papa 1977. Justeru, jika penguatkuasa Jabatan Imigresen terserempak dengan lelaki sama ketika membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadhan, sila ambil tindakan sewajarnya. Usah dipejamkan mata celik dianugerahkan Allah sebagai pancaindera utama. Program Pemutihan barangkali tidak langsung menjadi kudis kepada warga asing terbabit, itu hemat saya. Lagipun, entah dia tahu entah tidak berhubung usaha kerajaan cuba mengekang bilangan pendatang haram di Malaysia ini. Apapun, jelasnya dia terus mencabar kedaulatan perundangan negara ini.  Itupun, jika pihak berkuasa berasa kredibiiti mereka tercabar. Biarpun kisah tindakannya berterusan memperdayakan masyarakat telah dibaca lebih 60,000 pengunjung blog ini, nampaknya pendatang haram itu masih mampu tersenyum lebar sekaligus memenuhkan kantong seluarnya setiap hari. Dipercayai dia bukan beragama Islam tetapi bertopengkan Islam untuk meraih simpati masyarakat. Bantu saya, sila sebarkan tampalan ini melalui emel atau Facebook sehingga sampai kepengetahuan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia atau Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor. Usaha membongkar kegiatan pengemis seperti ini bukan hanya terletak di bahu saya sahaja, semua mampu untuk berbakti, percayalah. 
Kredit : Bersama Mazidul

Bukan itu sahaja, perihal kisah pelajar maahad tahfiz yang meminta derma juga dipaparkan. Baca sini.   Kumpulan ini adalah sama dengan yang saya jumpa di Giant tempoh hari. Resit yang di tunjukkan juga sama dengan yang saya terima.

Pendedahan sebegini tidaklah membuatkan saya rasa menyesal dengan apa yang saya buat tempoh hari. Bak kata ustaz, setiap yang datang itu tidak semestinya kebetulan sahaja tetapi Allah memang dan bagi kita peluang beramal. Sebaliknya ada hikmah yang dapat kita kongsi. Andai nak berbuat baik biarlah kena pada yang benar memerlukan. Jadikan cerita saya dan pendedahan tersebut sebagai sempadan dan panduan kepada kita bila bertemu kumpulan sedemikian kelak.

"Bila pelajar menghafal Al-Quran kalau asyik membuat 'jualan amal'?"
"Saya hantar anak ke pusat tahfiz. Sekarang ini paling cepat 2 tahun, memang sudah boleh menghafal Al-Quran. Di sekolah anak saya, pelajar menghafal Quran setiap hari, siang dan malam, bukan ada cuti pun," kata rakan.
Saya mendengar penjelasannya.
"Tetapi saya cukup hairan tengok budak-budak mengutip derma di stesyen minyak, depan bank, tempat makan dan kawasan Rehat dan Rawat. Kata dia orang ini dari pusat tahfiz, bila sebenarnya pelajar menghafal Quran kalau asyik membuat jualan amal? ," soalnya. [sambung baca...]

2 comments:

Pak Pis said...

Kat seremban pun dah banyak kak...datang time makan...ape2 pon dulu saye tak bagi sebab takut tertipu...tapi skrg ni saye bagi je lah...die tipu ke die betul ke itu yang terpakse die tanggung dan jawab di Akhirat nanti

Aina said...

mcm yg mazidul duk bongkar tu dan maklumat org awam kepd beliau, modus operandi kumpulan ni sebenarnya mungkin seluruh negeri.

apa yg pis ckp tu sama jugak dgn apa kebanyakkan org fikir dan akak gitu jugak.tp dlm ms yg sama kita mcm menggalakkkan mrk lagi utk buat keroje ni.

pihak berkuasa nak membendung, tp kita lg bantu mrk.malah ada setengah tu,bantuan kerajaan eg jkm pon x sebanyak income yg diorang peroleh dr kerja menegmis. 1 hal lg yg buat akkk cukup emo ialah kalau rakyat mesia tu ai boleh consider gak tp bila dah menipu jd malaysian dan berlagak muslim mmg sentap.

yer. berbalik pd apa pis ckp itu dose dia dgn Tuhan kan.tp kalau kita 'menggalakkan' adakah kita juga bersubahat? sebab kita kan dah tahu muslihat kumpulan2 ni...? mmm kene pikir panjang nak menderma selepas ni.baik masuk duit kat tabung masjid kan?