Rangkuman: Cerita Ramadhan

*Salam sejahtera*

Alhamdulillah pagi yang cerah hari ini. Moga hari ini lebih baik dari semalam. Maaf, bulan puasa kali ini akak agak kurang produktif dan kurang aktif menulis. Apatah lagi nak berjalan-jalan di rumah kawan-kawan. Nak kata sibuk tak juga. Nak kata malas, tak jugak mungkin kot...hehe. Tak pe tak pe Insha Allah lepas ni akak cuba menulis macam selalu...

Bazar Ramadhan

Apa citer Ramadhan di tempat korang? Happening tak bazar Ramadhan? Dekat area rumah akak ni dah tak berapa banyak orang meniaga. Sejak diorang dilarang menjaja dibahu jalan, mungkin diorang pergi menjaja di kawasan yang dibenarkan. Mana taknya, kawasan yang tak sesuai dijadikan tempat membuka berniaga menyebabkan jalan jem teruk. Ada sesetengah tempat tu berhampiran perumahan orang. Bila malam kawasan tu dibiarkan kotor macam tu je. Apa lagi kena komplen dek penduduk setempatlah.. 

Bila kena komplen tu macam kita dah curah pasir dalam periuk nasi orang pulak kan? Tidak, rezeki itu ada di mana-mana. Luas lagi bumi Tuhan ni nak berniaga. Kawasan yang dibenarkan tu pun sudah disediakan. Sama ada kena caj lebih atau jauh dari rumah itu bukan soalnya, tapi bab menjaga kebersihan dan ketenteraman awam tu jangan dilupakan dalam mengejar untung lebih di bulan mulia ini.

Belajar puasa

Hari pertama puasa memang agak memenatkan. Luqman dan Almustofa menangis lah jugak sebab lapar. Akak kesian, tapi bila dah pukul 5 petang tu rasa macam sayangnya nak bagi diorang berbuka puasa. Lalu duk layankan lah diorang main game, tengok kartun dll supaya tak ingatkan perut lapar tu. 

"Puasa memang Allah nak suruh kita lapar. Bukan awak sorang je lapar. Semua orang lapar. Bila lapar kita kena bayangkan betapa kesiannya orang yang tak de makanan kat luar sana tu. Jadi kita kena bersyukur sebab masa sahur kita ada makanan, masa berbuka kita boleh makan" tulah ceramah buat budak berdua tu..

Bila dah lapar, nak buat keja lain pun mood tak de. At last dua-dua tidur...Akak pulak pergi ke bazar Ramadhan di tapak pasar malam Setiawangsa. Nak belikan makanan kegemaran mereka kononnya...

"Ibu Almustofa nak apam balak" haha salah sebut. Apam balik sebenarnya...

Sampai waktu berbuka, Luqman paling seronok berbuka. Dia dah tahun ke3 berpuasa penuh, jadi tak de masalah sangat. Almustofa yang pertama kali berpuasa penuh tampak lagi lemah je. Makan pun tak nak. Akhirnya dia muntah-muntah. Perut sudah masuk angin. Muka dah pucat ....ayoyo akak pun dah cuak. Paksa dia makan macam-macam. Sikit pun sikitlah...Lepas tu abang Luqman tolong suapkan dia nasi. Alhamdulillah berkat tangan abang tu tahan lah sikit. Masing-masing lepas Insya terus tidur supaya senang nak bangun sahur..

Ajar anak puasa: Kesilapan saya

1 - Lepas Almustofa muntah-muntah saya terasa bersalah sangat. Sepatutnya anak dah lapar sangat tu sepatutnya saya benarkan dia berbuka. Tidak kiralah pukul berapa pun. Dia baru 6 tahun.

2 - Kemudian, saya teringat masa Luqman dulu, ketika usia yang sama 6 tahun, dia  bersahur pada pukul 7 pagi dan bukan 5 pagi. Ya, bersahur sebelum keluar ke sekolah. Tak kisahlah puasa tu jadi yang yuk pagi-pagi buka periuk, at least dia tahan lama sedikit. 

3 - Setiap budak ni berbeza. Saya tak boleh layan dia macam sama je semuanya. Perut Almustofa mungkin tak sama dengan perut Luqman walaupun mereka lahir dari perut yang sama. Opp perut saya lah tu...

Jadi atas kesilapan-kesilapan  tersebut, saya insaf tak nak membebankan anak-anak keterlaluan semata-mata nak kejar puasa penuh. Tak pelah yang penting mereka tahu makna puasa tu. Hopefully.

Luqman enjoy berpuasa

Luqman: Ibu kenapa ye semalam Aman lapar sangat. Hari ni lapar sikit je?

Ibu: Yelah semalam hari pertama puasa kan tentulah penat sikit. Hari ni awak dah biasa, oklah tu.

Itulah dia anakku yang kecik molek je orangnya. Cekeding tapi bersemangat waja berpuasa. Harap dia ok untuk hari-hari seterusnya.

Luqman: Puasalah Almustofa. Aman boleh je tahan lapar.

Haha tu dia menasihatkan adiknya supaya berpuasa juga. Mana taknya semalam Almustofa balik sekolah dah berbuka. Akak pun malas nak tahan-tahan sebab takut perut dia masuk angin lagi...

Zippo Miller bersara sebab puasa?

Terkujatkejut akak bila membaca entri 'Blog Zippo akan ditutup buat selama-lamanya'...haihh apsal pulak Zippo tetiba meroyan ni. Sedihlah jugakkan. Zippo ni antara penyokong kuat blog kerdilku ini...Kalau dia tak de......orang lain ada..hehe macam ada kurang susu dalam air nescafe, perumpamaannya....Opp lepas baca entri sepenuhnya baru ler dia bagi tahu, rupa-rupanya dia nak buka blog baru. Blog yang tak de protokol buat dirinya dan blog yang LAGI BEST buat dirinya...macam itu ke? Ni petikan kata-kata aluan di blog barunya...
...... blog baru yang bergelar Pak Pis ini akan menonjolkan cara penulisan yang sebenar....tak ado protokol yo..den main gedegang je bila tulis...harap korang nak jugak melayan hamba yang macam Aaron Aziz ni .....[baca selanjutnya di sini...]
Hahaha..tengok, memang tak de protokol kan si Zippo Miller yang dah bertukar menjadi Pak Pis...Pis pis kacang pis. Hehehe jangan marah ye Zippo> Pak Pis...Apapun akak ucapkan selamat maju jaya ye Pak Pis. Insha Allah selagi aa kudrat akak akan terus menyokong blog Aaron Aziz Pak Pis. Cuma janganlah banyak sangat cakap negori yo. Hehehe...

4 comments:

Hans said...

ar ar
betul la tu
kanak2 kita xleh paksa sangat
tapi kalau dah besar2 tak puasa tu memang kena marah
:-)

Aina said...

Hans,

tu la pasal.kekadang ibu bapa ni lebih ghairah darp anak2.tu yg jadi over...

sakura_sue said...

alahai kesiann almustofa siap muntah-muntah lagi. takpe nanti blikan dia apam balak ops! apam balik byk2..he

Aina said...

Sue,
Alhamdulillah harini dia dah ok puasa penuh.x muntah2 dah.lega... Insha Allah lain kali kalau dia mintak boleh beli lagi.coz ms muntah br ni langsung x de selera makn.mkn pun keluar semua apam balak tuh..heeeeee