*Salam sejahtera*
Gambar kemalangan di atas pada awal Ramadhan lalu. Masih baru lagi...
Berikut petikan berita;
‘Berpisah depan sekolah’
SETIU: “Saya tidak menyangka perpisahan di depan sekolah selepas suami menurunkan saya kira-kira jam 7 pagi tadi (semalam) adalah pertemuan terakhir kami,” kata Azlina Mohd Razali, 30, yang kehilangan suami selepas lelaki berkenaan maut dalam kemalangan di Kilometer 54, Jalan Kuala Terengganu-Jertih di Kampung Sungai Tong, semalam.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Ahmad Yusrizal Yusof, 35, maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di tempat kejadian.Azlina yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong tidak dapat menahan perasaan sedih selepas mendapat berita kematian suaminya yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Langkap, dekat sini.Ahmad dalam perjalanan dari sekolahnya untuk menjemput Azlina pulang bersama-sama ke rumah mereka di Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu.
Bagaimanapun, dia terbabit dalam kemalangan selepas kereta Perodua Viva dipandunya bertembung sebuah lori yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, Kelantan.
Kemalangan itu berlaku kira-kira satu kilometer dari tempat isterinya bertugas.
Azlina yang baru seminggu kembali bertugas selepas bersalin anak ketiga dikatakan berulang-alik bersama suaminya setiap hari ke sekolah masing-masing. [Harian Metro]
Masa baca berita ni saya duk lihat nama isteri arwah tu macam familiar sangat. Tapi buat dono je sebab berharap ia bukan orang yang saya fikirkan.
Lama tak aktif akaun fesbuk. Pagi ni saje-saje buka dan terbaca komen kawan-kawan di fesbuk my x-classmate Azlina Mohd Razali atau Lin. Terkedu kejap dan rupa-rupanya memang betul detik hati saya masa itu. Lin sahabat saya masa kolej dulu. Kali terakhir kami bertemu semasa dia ambil kursus perguruan di IPDA. Walaupun sekejap, masih terbayang kenangan tu...Bila terjadi kejadian ini terasa sentap juga dalam lubuk hati. Lebih-lebih lagi bab-bab kemalangan ni memang sangat memfobiakan hidup saya buat masa sekarang....
Buat Lin, akak doakan semoga roh arwah tenang di sisinya. Moga beliau ditempatkan bersama-sama golongan mukmin dan solihin yang beroleh tempat mulia di sisi-NYA. Amin.
Lin,
kuatkan semangat ok. Demi anak-anak iaitu lambang cinta dan amanah arwah buat Lin selamanya.
*Psst: personal mesej dah pun dihantar kepada Lin di fesbuknya. Banyak kata-kata pembakar semangat disampaikan oleh kawan-kawan. Harap Lin bertabah hati dan kuat semangat selalu....Ya Allah, tolonglah sahabatku ini..
Semalam dapat soklan cepu mas:
Encik Mat P: Tak nak blaja keta ke?
Saya: Hah? (apsal tanya tetiba ni) err...taknak lah
Rasa macam nak menangis pulak...
Encik Mat P: Blajalah...
Saya: emmm...nantilah dulu. Fobia la...naik basikal pon menakot
Encik Mat P: (diam.tak tau apa dia pikir pasal bini dia yang penakot ni)
Insha Allah bila dah hilang fobia saya akan sambung belajar semula. Memang saya nak pandai bawa kereta tapi masa skarang ni bawa basikal kat jalan pon berapa kali heret masa nak melintas. Kat lampu isyarat pon terhegeh-hegeh. Heee...seb baik tak kena hon tau:P
Masa pergi SK AU tempoh hari...
0 comments:
Post a Comment