Ubat sakit gigi

*Salam sejahtera*

Alhamdulillah kembali bersiaran. Monopoli oleh kaum adam terhadap penggunaan komputer di rumah ini telah meletakkan saya yang satu-satunya kaum hawa terpinggir tanpa pembelaan. Sangat-sangat diskriminasikan. Apa nak buat team diorang besar. 5:1. Kasi can ajelah...Hehe:P

Lama tak menjenguk blog kawan-kawan. Harap ada masa untuk berziarah kejap nanti. Op lupa, pasal tajuk kat atas tu, bukan nak bagi petua apa tapi nak bagi tahu ubat bila sakit gigi. Secara tepat lagi kebengkakkan pada gusi akibat gigi bermasalah.
Inilah bungkusan dari doktor buat saya. Hehe...jom lihat apa di dalamnya. Lets cekidaut!


 
ini ubat untuk kurangkan bengkak gusi

 
ubat tahan sakit. Berdenyut-denyut weiii...nak gigit-gigit orang rasanya. Naseb baik puasa kan

 
 Ini antibiotik sebab kesakitan tu dah infection sampai terasa sakit tekak, rahang, dan hampir nak demam. Ok tu tanda-tanda ada infection. Kalau ada simptom cam tu kena cepat-cepat jumpa doktor

Masalah gigi
Ya, gigi akak sakit. Bukan sebab tak gosok gigi tau. Gosokkk la. Ai tadeklah habat sangat tau. Heee...cuma mungkin penyelenggaraannya tak sempurna mana maka gigi bungsu yang tumbuh tu terbantut. ia tak tumbuh sesempurna empunya diri. Maka ada sedikit ruang untuk sisa makanan berkumpul. Bila tak bersih di ruang sempit itu maka menyebabkan gusi sakit. Dah sakit kena pulak infeksi....Adoiii....sesapa pernah sakit gigi tahulah perasaannya macam mana.

Rawatan yang dicadangkan
Ya, gigi bungsu akak tu bantut. Memang dah takkan tumbuh elok dah sebab usia ai yang sudah lanjut. Opp bukan tua tau, tapi umur dah terlebih bagi kebayakkan gigi bungsu untuk membesar. Ya...'membesar' mungkin manis sikit bahasanya kan. So, my dentist tu suggest buat minor operation sebab gigi yang tak bantut membesar tu masih bergantung pada tulang. Tak boleh cabut guna cara biasa. Adoii..bayangkan perasaanku bila dengar pasal 'pembedahan' tu. 

"Takut la doktor"....Ha hamek ko. Bukan dak kecik je yang penakut. Orang tua ni lagilah penakut. Sebab tu ramai yang jumpa doktor bila dah kronik kot. Dah tak kuat nak menahan sakit.

"gigi tu tak de maknanya nak simpan pun. Dia tak de partner pun dengan gigi atas. Dan lagi nanti akan menyebabkan kesakitan berulang..." tu nasihat my dentist. Dia tunjuk carta bagaimana pembedahan akan dilakukan.

"sekarang tak boleh buat. Tunggu sakit tu reda dulu, baru datang balik. Kos dalam RM 500 ke atas.." Alamak dengar kos sebanyak tu, takpelah akak tahanlah dulu ye. Dekat-dekat nak raya ni nak guna duit bagai. Lagi satu takut terbatal pulak puasa bila doktor dok cuci-cuci dan injek ubat nanti..Tengoklah perkembangannya kemudian nanti...
Klik untuk besar. Senarai caj dikenakan.

*psssstt:dah sehat pon dah sekarang...hehe

4 comments:

EnY YuSniZaR said...

kak aina.. saya ada masalah yang sama.. sama jugak gigi kat gusi bawah.. terbantut gak.. ada celah makanan leh sangkut especially kalau makan kacang... lepas tu sure skit dan gusi bengkak.. so saya jumpa pakar.. dia cakap kalau nak buang boleh.. tapi cara paling simple dan murah.. hari hari kumur pakai listerine atau sebarang ubat kumur especially lepas makan.. saya kalau sakit je sure kumur dgn listerine... esok tuh ok je... harapa dpt membantu :D

Aina said...

Eny,

Ooo ye ke.....thanks dik.buat masa skrang akk guna plandula untuk kumur....takpe nnt boleh cuba listerine:)

Terbang Bersamaku said...

Semoga kak aina cepat2 sembuh...dan jangan lupa makan ubat....
sy pun penah sakit gigi yg teruk sampai bengkak muka, sbb ggi bugsu baru nak tumbuh..mmg sakit sgt2..

sayesue said...

sakit gigi memang seksa terseksa! kalau dah sembuh, bgoslah k.aina :)