Solat ghaib untuk Bin Laden

*Salam sejahtera*

Kematian Osama Bin Laden hangat diperkatakan beberapa hari ini. Pelbagai spekulasi telah timbul dan pelbagai persoalan muncul di benak kebanyakan orang sama ada, adakah benar sudah mati manusia yang dilabel pengganas ini dan dinamakan antara 10 orang paling dikehendaki oleh Amerika kerana kegiatan keganasannya di seluruh dunia terutama peristiwa September11 pengeboman WTC..

Jika benar Osama telah meninggal, semoga rohnya diterima Allah dan ditempatkan di kalangan hamba-NYA yang soleh....Moga Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Benar, Osama adalah pengganas jika perbuatan ganasnya melibatkan wanita dan kanak-kanak tidak bersalah terbabit sama. Benar, Osama mengetuai gerakan Al Qaeda iaitu pergerakan yang mengaku bertanggungjawab di atas pengeboman WTC dan lain-lain episod keganasan di beberapa negara. Namun, itu label yang diletakkan oleh 'polis' dunia - Amerika. Bagi pihak militan Islam, inilah perjuangan dan suatu jihad menentang musuh Islam.

Benar juga, dalam memenuhi matlamat perjuangan mereka, ramai yang tidak bersalah telah menjadi mangsa keadaan. Ada yang mati dan tercedera. Banyak keluarga yang menderita di atas kehilangan insan tersayang hingga menaruh benci dan dendam kepada manusia bernama Osama Bin Laden. Malah kerana Osama juga , ramai umat Islam dipandang serong dan dicop pro-keganasan. Sedang kebenarannya ialah, Islam sangat cintakan keamanan dan menyuruh semua manusia berkasih sayang antara satu sama lain.

Siapalah kita untuk menghakimi, biarlah Allah yang menentukan. Namun disebalik label 'pengganas' itu, Osama ialah seorang hartawan yang banyak melimpahkan kekayaannya untuk membantu pergerakan militian Islam, menyalurkan bantuan melatih mujahidin dsb. Kerana matlamat perjuangannya juga dia sanggup hidup berkelana dan bersembunyi bagi melarikan diri dari pihak berkuasa dunia - Amerika!

Sungguh bangga Barrack Obama mengumumkan kematian Bin Laden. Namun , kemunculan gambar palsu membuatkan Amerika panas punggung dan riuhlah rumah putih berdiskusi. Sepatutnya hal sebenar mesti didedahkan jika benar mereka sudah 'berjaya' di dalam misi ketenteraan mereka tersebut! Dalam pada itu, para musuh Osama Bin Laden suka hati dan meraikan kematiannya. Terutama bagi keluarga mangsa serangan WTC, berita kematian Bin Laden seakan dendam mereka sudah berbalas!

Betapa 'seronok'nya Amerika... [more..]
Akhbar Iraq melaporkan gambar palsu Bin Laden.

Bagi saudara Islam di dunia, ada juga meratapi kematian beliau terutama pengikut dan penyokong sealiran dalam perjuangannya. Solat ghaib juga diadakan untuk menghormati beliau kerana jenazahnya yang dikhabarkan telah disemadikan di lautan dalam...

Ht_sobia_kamran_mosque_prayer_jp_110503_main
Above: On a Sunday evening in fall 2010, students pray at the Nueces Mosque at the University of Texas. As is custom in all mosques, men and women pray separately with several sheer curtains dividing the two groups. / Photo by Reshma Kirpalani [link]

Solat ghaib jenazah berlangsung di Karachi Pakistan
Di Indonesia..
Medan - Puluhan warga yang tergabung dalam Forum Umat Islam (FUI) Sumatera Utara, Selasa (03/52011) siang, melaksankan shalat Ghaib yang untuk almarhum Osama Bin Laden. Shalat ghaib dilaksanakan di Mesjid Al Ikhlas, Jalan Timor Medan, Sumatera Utara.

Shalat ghaib di gelar puluhan massa Forum Umat Islam (FUI) seusai melaksanakan shalat Dzuhur, sekitar pukul 12.40 WIB. Pelaksanaan shalat ghaib dipimpin pengurus FUI Sumatera Utara Ustadz Heriansyah. [selanjutnya..]
Members of Indonesia's Islamic Defenders Front (FPI) hold prayers for Osama bin Laden in Jakarta May 4, 2011. REUTERS/Beawiharta

sekadar hiasan - gugel imej

PASIR MAS – Orang Islam dituntut untuk mendoakan keampunan buat rakan seagama maka adalah baik untuk umat Islam negara ini mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa Osama bin Laden.

Itu pandangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kematian pemimpin rangkaian al-Qaeda itu yang terbunuh dalam satu operasi ketenteraan diketuai Amerika Syarikat (AS) di Pakistan Ahad lalu. [selanjutnya...]

Berita lain :

KUALA LUMPUR, 4 Mei — Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk sekeras-kerasnya operasi Amerika Syarikat (AS) yang membawa kepada kematian Osama bin Laden, kelmarin.

Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya mengutuk tindakan tentera AS melepaskan jenazah ketua rangkaian pengganas Al-Qaeda ke laut kerana tindakan tersebut merupakan suatu penghinaan.

“Jenazah Osama sepatutnya dikembalikan kepada keluarga dan sahabat handainya dan diuruskan pengebumian yang selayaknya sebagai seorang Muslim,” katanya dalam satu kenyataan media. [selanjutnya...]

Fahami apakah solat ghaib di sini...

Hari ini Amerika melaporkan Preseden Obama berkeras untuk tidak mendedahkan gambar sebenar mayat Osama Bin Laden. Hari ini juga pihak rumah putih sekali lagi membuat kenyataan membetulkan laporan bahawa isteri Osama tidak terbunuh di dalam pertempuran yang menyebabkan kematian Osama. Beliau dilaporkan hanya tercedera.[link]

Fakta kedua yang dibetulkan iaitu wanita yang terbunuh dalam pertempuran tersebut tidak dijadikan perisai manusia ketika itu. Wah, ketika dilaporkan 'wanita menjadi perisai manusia' 'bersembunyi dibelakang wanita sebagai perisai'- berita ini menampakkan sangat kejam dan dayusnya lelaki bernama Osama Bin Laden. Nampaknya satu demi satu kebenaran muncul. Tunggu dan lihat sahajalah.

Media barat memang suka mensensasikan berita dan tidak semua harus dipercayai 100%. Sebab itu ramai yang berkeyakinan Osama masih hidup! Saat seluruh dunia mahukan bukti sebenar kematian Osama, mungkin juga ini yang terbaik. Kalau Osama masih hidup saya percaya beberapa hari lagi dia mungkin akan keluar tv mengumumkan Amerika penipu. Kalau dia sudah meninggal, biarlah gambaran yang 'cantik' sahaja dijadikan kenangan buat kita...walau sejahat mana seorang itu tatkala melihat foto kematiannya yang menyayat hati, pasti hati kemanusiaan kita akan tersentuh juga melainkan dalam hati seseorang itu hanya penuh dendam dan kebencian...

2 comments:

Anonymous said...

sukanya lah Amerika tu...kononnya terbalas lah dendam tu, cuma tina kurang berkenan ada ke nak dicampakkan jenazah dlm laut, kejam betul!

Aina said...

tu lah kan tina, harap2 nyer sebelum disemadikan ke laut, sempurna mayatnya diuruskan mengikut tuntutan agama.harap kata telah dikota ...