Pecah rumah lagi?

*Salam Sejahtera*

Kalau di dada akhbar dan media heboh dengan kisah samun-bunuh, di kawasan kediaman saya ni kecoh dengan kes pecah rumah. Aduih, seram jugak. Kalau just pecah rumah dan curi oklah. Kalau buat keroje lain huih pepalih demeh....Nauzubillah:(

Beberapa hari lepas adalah jiran sebelah hantar sms kat Encik Mat P bagitahu ada beberapa kes pecah rumah. So, lepas dengar tu memang risau jugaklah kan. Lepas ni kenalah mengetatkan lagi kawalan keselamatan terutama di rumah sendiri. Kena make sure pintu grill kat luar berkunci. Terima kasih kat Abang Meor dan kak Norlia sebab cakne kat kami. Sebenarnya kami ni memang siang atau malam jarang kunci pintu grill tu....Diorang perasanlah tu, mungkin sebab tu dia sms...

Gambar Google image


Cerita bibik

Semalam kehabisan gas. Maka menapak lah ke kedai di blok C mencari gas. Malangnya stok habis. Adusss...bulan puase ni memang banyak stok tak de di kedai tu. Pagi-pagi pun buka lambat. Adeh kena menapak kat kedai luar lah pulak. Kebetulan nak pegi masuk seorang bibik indon turut mencari gas. Bila dapat tahu tak de dia pun cepat-cepat keluar ke dan menuju ke kedai yang terletak di luar flat kami. Laju benor dia berjalan. Dia sampai dulu.

"Ada gas tak ada orang nak hantar pulak" keluh dia.

"Ye ke?"tanya saya.

"Tak pelah saya angkut sendiri lah"kata bibik.

"Tapi awak kena hantar tong kosong dulu"kata tauke kedai.

"Ye ye nanti saya hantarlah. Takkan saya nak balik semula datang sini ..."

"Tapi awak kena hantar terus tahu.."

"ye ye..."jawab bibik.

"Kak memang tak de orang nak hantar ke?"saya mendapatkan kepastian. Tauke angguk.

"Ada kedai lain tak dekat luar yang jual gas?" saya bertanya pada kakak tauke kedai. Kemalasan untuk mengangkat sendiri macam bibik tu..

"Entahlah. Tapi kak ada dengar orang sebut Jais. Tapi akak tak taula"

"Kak..kak tepon je. Amik no phone ni" kebetulan ada pelanggan yang mendengar perbualan kami. Saya pon minta pinjam pen dan kertas dan mencatit nombor phone. Selepas mengucapkan terima kasih saya mengekor bibik tadi yang mengangkat gas menggunakan penarik ( tak tau nak sebut nama apa bende tu)

"Hari ni ada lagi rumah kena pecah masuk" tiba-tiba dia buka cerita.

"yeke? Siang-siang hari ni?blok mana?"tanya saya terkejut.

"blok D. Haa siang-sianglah masa orang takde. Orang pergi kerja"kata dia.

"Sebelum ni kan dah ada rumah kena pecah. Blok mana ye?"

"Blok F, tingkat 13"

"Hemmmm nak raya ni macam-macam kes. Kalau kat tv tu kes samun lah bunuhlah..."keluh saya.

"Ya...kat sini, kat Indon pun sama juga. Mana-mana pun sama..."

Sedar tak sedar, kami dah masuk lif. Dia turun di tingkat 5.


Guard memang dah lama mengetatkan kawalan keluar masuk ke apartmen kami. Sesiapa nak masuk kena tinggal ic/lesen, lepas pukul 12malam orang luar dilarang masuk dll. Sampai kekadang ada yang komplen sebab leceh. Sampai nak masuk kejap pun  kena tinggal ic jugak? Saya pernah jumpa sorang kakak tu marah-marah dan membebel kat pengawal keselamatan pasal kena tinggal ic. At last, driver dia tak masuk pun dan dia menapak dari pondok jaga tu ke dalam...


Bila jadi kes-kes begini baru tahu betapa pentingnya kawalan yang ketat. CCTV memang sudah disediakan di setiap blok tapi hanya di ground floor sahaja. Mungkin juga ini kerja orang dalam. Kalau nak lari senang aja diorang guna tangga dan lari masuk rumah mereka terus. Pengawal pun tak sempat nak datang kejar...

3 comments:

Unknown said...

err.macam2 brlaku time nak raya ni.. isk2

Pak Pis said...

dah macam jadi kebiasaan kak..dtg hari raya jek..tak kira la raya ape..kompom ada kes ni...Nasib baik ada jugak yang ramah bagitau kan?..Patutnya cip kat sana kene umumkan kes ni untuk bg penduduk kat tempat akak ambil langkah berjaga2

Aina said...

tulah pasal. pandai betol diorang buat plan.setan dapat cuti rehat, diorang pulak bertukar jadi setan bila time lapar.mmm kalau puasa tp mencuri.......