Orang mintak sedekah: Peluang kita tambah pahala

*Salam Sejahtera*

Hari ni hari kedua saya mengayuh basikal ke sekolah. Adalah dalam jarak 3km kot pegi balik. Naseb basikal tu menggunakan bateri. Untung jugaklah. Kaki malas mengayuh, press je 'minyak' (macam motor) terus dia lajak kedepan. Steady ko! Haku merempit tak hengat! Haha..

Habis urusan kat SKTS, singgah bank. Melilau kejap cari tempat parking yang sesuai untuk basikal. Hurrmmmm at last, park dekat Giant. Situ ada tiang kat tempat troli yang boleh lekatkan mangga. Siap! 

On the way ke bank, ada booth Maxis. Depa promot BB dengan free modem.

"Kak..kak nak tak..."tanya sorang promoter lelaki.

"Hemmm taknaklah saya dah guna streamyx"

"Ni untuk kegunaan kat luar rumah kak.." pujuknya lagi...sambil berjalan je kami berborak.

"Hemm tak naklah ni lagi slow..." budak tu wat muka sedeh sebab telah direject. 


Ayoyo berlagak betol saya ni kan? Kalau tak nak cakap jelah tak nak.  Adush....rasa guilty pulak dalam hati! Kat depan pintu bank ada pulak 2 budak lelaki remaja tengah tegur orang untuk minta derma. Adoii...malasnya nak melayan! Saya cepat-cepat jalan masuk bank. Nasib ada orang lain kena terjah, so saya selamat...

Masa kat dalam bank saya terfikir pasal budak kutip derma tu....bukan kali pertama orang mengutip derma tunggu depan bank. Mentang-mentang situ lubuk wang tapi bukan semua orang keluar duit untuk berjoli katak. Keluar duit pon cukup-cukup untuk beli keperluan. Untuk kehendak memang tak de. Bukan semua ke bank nak bawak keluar duit. Selesai urusan saya keluar. Kebetulan ada orang lain pulak diterjah kat situ. Sekali lagi saya selamat...Fuhhh lega.....

Masa nak balik, saya melintasi booth budak Maxis tadi. Alhamdulillah ada beberapa orang pelanggan yang berminat nampaknya. Lega..saya tumpang gembira...moga-moga dia untung banyak hasil komisen hari ini. Saya bukan berniat nak berlagak tadi. Kekadang mulut tadek insurans ni suka cakap lepas jek tapi dalam hati tak berniat sikit pon kecitkan hati orang...

Kemudian, saya tuju ke Giant. Sebab dah sampai, singgahlah kejap tengok apa yang menarik. Nak beli banyak pun beg tak bawak. Bakul basikal pun kecit je....Kebetulan juga, kat depan pintu masuk ada seorang remaja lelaki mintak derma menanti kat situ. Alahai, hari ni memang diorang port kat sini kot...Saya pon buat-buat tak nampak. Kebetulan ada orang lain kena terjah, buat kali ke3nya saya terselamat! Yiihaaaa...

Korang rasa akak teruk tak? Yelah beberapa kali saya try elak dari kena terjah dengan peminta derma. Yelah mana tahu kot diorang ni bebudak sindiket ke...orang tak baik ker...dll.Cuba baca keratan news ni..

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Penggunaan kanak-kanak dalam menjalankan aktiviti ‘meminta sedekah’ dengan berselindung di sebalik nama institusi atau rumah anak-anak yatim dikesan kembali aktif.
Malah, dalam tinjauan yang dilakukan wartawan unit khas Utusan Malaysia di sekitar Lembah Klang baru-baru ini mendapati, sebuah pusat tahfiz anak-anak yatim di Kedah yang pernah diarah menghentikan operasinya serta-merta oleh pihak berkuasa, masih menjalankan aktiviti mereka.
Dengan alasan mengumpul dana, para pelajar pusat tahfiz beralamat di Kuala Kedah itu meminta simpati orang ramai sambil menjual cakera padat (CD), madu, buku agama serta barangan lain.
[baca seterusnya..]

Lepas pusing-pusing dalam Giant dan tangkap beberapa barang yang muat dalam bakul basikal saya beratur kat kaunter. Ya ampun ramainya orang tapi kauter hanya buka 4 sahaja. Naseb tak baik line saya tu jem pulak sebab cik kak yang membeli penuh satu troli. Lepas tu dia bayar guna voucher pulak. Sabar jelah sebab cashier tu pulak tak reti nak settle those voucher. Sangkut lah kejap sebab tunggu penyelia datang tolong key in.


Sesambil beratur, saya duk perhati budak minta derma tu dari jauh. Saya teringat ceramah seorang ustaz. Kalau kita tak suka orang minta derma/sedekah jangan kita hina dan caci dia. Soal dia buat salah/dosa kerana meminta-minta atau menipu itu urusan dia dengan Tuhan dan pihak berkuasa. Kepada kita, peluang untuk beramal kebajikan ia bukan suatu kebetulan. Mungkin ia suatu peluang yang diutuskan Allah kepada kita untuk menambah pahala. Bukan semua orang dapat peluang itu. Jadi kita kena grab. Lihat dari sudut positive thinking laa..


Sampai giliran membayar saya lihat ada cash yang cukup untuk kegunaan penting yang lain. Saya tolak 1 note untuk diberikan kepada budak tu kalau dia tegur saya nanti. Insha Allah. Saya juga tak lupa. Suatu saat saya susah dulu, ramai yang membantu sampai tak putus-putus bantuan tu datang sampai saya senang dan lapang. Cuma kekadang niat tu diselang selikan dengan fikiran bahawa peminta sedekah/derma tu entah-entah penipu belaka dan mengambil kesempatan sahaja.


Masa nak keluar, memang budak tu tegur saya. Alhamdulillah memang dah niat nak bagi dia sekeping. Dia juga tunjukkan vcd nasyid kalau berkenan nak membeli. Saya just bagi dia note sekeping tu.


"Kak nak resit tak?"


"emmm...boleh lah" aik kata ikhlas takkan mintak resit kot?  Again, hati tu berkata-kata dan buatku rasa serba salah. Tak pelah benda dah lepas. Terlajak kata mana boleh nak undur.


"Terima kasih..." ucapnya sambil mendoakan saya...Alhamdulilah harap-harap makbul doa dia..Siapa tahukan?


Destinasi seterusnya, ke SK AU pulak. Hemmm...penat gak weh. Nasib basikal ada kuasa bateri. Penat kayuh press 'minyak' , sepantas kilat sampai destinasi 15minit kemudian...


Kisah ini sebagai iktibar. Yang elok jadikan sempadan dan yang tak elok jadikan sempadan ya adik-adik...Sama-sama kita baiki kelemahan. Bulan Ramadhan ni memang banyak dugaan. Dugaan paling besar datangnya dari dalam diri kita sendiri...

2 comments:

stellaizz said...

sedekah lahh dgn seikhlas hati....moga allah merahmati setiap apa yg kita sedekahkan amin :)

Unknown said...

betul betul. peluang yg ada jgn dilepaskan.. kalau dia menipu pun, itu urusan dia ngn Allah. yg pntg,niat kita nk brsedekah :)