Kita bila lagi?

*Salam sejahtera*

Petang tadi ulangan drama Ar-rayyan di TV3 jam 1.30. Sesiapa pernah tengok drama tu, pelakonnya ialah Raja Farah dan Farahdhiya. Drama tu pernah mengisi slot cerekarama di bulan Ramadhan tahun lepas. Manakala hero drama tu ialah Geoffrey (mat salleh yang jadi bapak Siti Saleha dalam drama Habil dan Qabil). Drama ni memang best. Apa yang menarik dalam drama tu Raja Farah berlakon pakai tudung. Ya, sekadar lakonan dan masa tu dia pun masih anak dara lagi.

Hari ini berita melaporkan penghijrahannya kepada bertudung betul-betul. Ya ampun Alhamdulillah.... syukur sangat-sangat dan sangat terharu. Saya bukanlah peminat beliau tetapi inilah rahmat Ramadhan. Hanya insan bertuah diangkat Allah martabatnya kepada 1 tahap yang lebih baik. Subhanallah. Kita bila lagi?

Dalam drama Arrayyan, Raja Farah membawakan watak sebagai Suraya. Saya ingat ada 1 dialog antara Suraya dan Ryan. Ryan mempersoalkan kenapa Suraya pakai tudung. Tak panas ke? Maka jawab Suraya..."saya pakai tudung untuk memenuhi tuntutan agama supaya menutup aurat" (not exactly, tapi ayat lebih kurang gitu ler). Dalam hati saya duk terfikir bagaimanakah perasaan setiap pelakon yang selalu menuturkan ayat yang islamik dan tentang hukum syarak padahal dalam realitinya mereka tidak sepertimana yang dikatakanpun.

Maafkan saya jika apa yang saya fikirkan itu bermakna saya riak kerana bertudung. Maafkan saya jika ini juga bermakna saya memperlekehkan pelakon atau mana-mana artis yang tak bertudung tetapi berlakon bertudung. Tak..., tak, saya cuma menyatakan perasaan ingin tahu saya je. Apakah perasaan ketika itu? Tak semestinya isu tudung, dalam banyak hal kita ni pun kekadang cakap banyak pandai.....tapi tak serupa bikin. Saya juga termasuk dalam kelompok ni...

Bertudung tak semestinya baik. Bertudung tak semestinya berakhlak mulia...Bertudung tak semestinya sempurna imannya. Bertudung tak semestinya dia muslimah sejati. Ya, kita orang yang bertudung jangan nak riak dan fikir diri kita lebih baik dari orang yang tak bertudung. Cuma bezanya orang yang bertudung itu telah menunaikan 1 daripada suruhan-suruhan Allah yang wajib.

Berbalik kepada kisah Raja Farah, dia akhirnya mendapat hidayah. Kita pula bagaimana? Ramai yang tidak bertudung tu bukan tak nak bertudung sebenarnya tetapi ada niat di hati akan bertudung suatu hari nanti. Cepat atau lambat, hanya Allah yang tahu. Semoga hidayah itu sampai dulu sebelum Izrail. Kita, sebelum menghina artis yang 'baik' bagai ustazah di dalam lakonan dan buat maksiat di luar, adalah lebih baik kita berdoa semoga mereka juga akan beroleh hidayah Allah dengan cepat. 
Jom sama-sama doakan pasangan ni cepat dapat baby:)

Tambah Farah, selepas menutup aurat sepenuhnya dia lebih menjaga adap dari segi percakapan dan pergaulan dengan lelaki bukan muhrim. 
"Saya bertudung sejak dua bulan lalu dan mengakui ia datang daripada hati saya sendiri. Selepas melakukan penghijrahan tersebut saya rasa kelainan yang sangat ketara. 
"Saya lebih menjaga adap pergaulan terutama untuk bersalam dengan lelaki bukan muhrim, begitu juga dari segi tutur percakapan," ujarnya yang ditemui pada rakamanMelodi Raya, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Rabu lalu. 
Menceritakan detik hatinya terbuka untuk memakai tudung, Farah berkata ia bermula selepas membeli beberapa helai tudung di sebuah butik selepas menjalani penggambaran drama Cinta Abang Lori
"Saya sebenarnya sudah lama berhasrat untuk memakai tudung tapi tiada tarikh yang tepat untuk itu, jadi suatu hari selesai penggambaran saya singgah di sebuah butik dan membeli beberapa helai tudung. 
"Ketika pulang suami saya bertanya mengapa saya membeli tudung tersebut, justeru saya terus mengambil keputusan untuk memakainya," jelasnya. [baca selanjutnya..]
Raja Farah dah berhijrah, kita bila lagi? Bukan nak hijrah ke tempat baru, ke negeri yang lain atau bertukar tempat tinggal tetapi berubah ke arah kebaikan juga suatu hijrah. Kita tanya lagi diri kita, bila lagi kita nak berhijrah? tak perlu tunggu tahun baru dan tak perlu tunggu maal hijrah. Kita bila lagi?

2 comments:

aamalinaazman said...

weeee
semoga kita dpt hijrah ke suatu yg lbh baek drpd skrg =)

Aina said...

Insha Allah.kena tetapkan niat dan berusaha setiap hari..kan?

thanks Aimie:)