Kadar rata 50 sen bagi 50gram kad raya

*Salam Sejahtera*


Kad raya...kad raya...kad raya....siapa dah terima kad?  Dalam 3 tahun ni dah tak pernah menerima kad. Mana taknya mengepos pun tidak. Mana ada yang sudi membalas. Kesian akak kan...heee meh la adik-adik pos kad raya untuk Kak Aina..heeeeeeeee tak malu memintak wehh:P

Ok tats joke. Ni nak bagitahu korang yang nak hantar kad pada Kak Aina kawan-kawan, saudara atau kekasih ini kadar baru setem untuk setiap kad okeh. Kalau zaman akak dulu letak setem 10 sen dah sampai ke destinasi. Lepas tu naik 20 sen. Ni tahun 2011, bermula 1 Ogos sampai Januari 2012, inilah kadar baru setem iaitu 50 sen...amek ko...sah tadek sape nak hantar kad kat haku ...:(

Pos Malaysia tawar kadar rata bagi kad ucapan 
KUALA LUMPUR - Pada kadar promosi 50 sen sahaja, rakyat Malaysia boleh menghantar kad ucapan perayaan pelbagai saiz dengan berat tidak melebihi 50 gram ke seluruh destinasi di Malaysia. 
Pos Malaysia telah melancarkan satu kadar rata bagi pengeposan kad ucapan perayaan utama di Malaysia iaitu Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina di negara ini. 
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Berhad, Datuk Syed Faisal Albar (gambar) berkata, kemudahan teknologi informasi dan komunikasi pada masa ini seperti mel elektronik, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kad elektronik menyebabkan ramai rakyat Malaysia memilih alternatif itu. 
"Namun masih ramai lagi yang menghargai sentuhan peribadi apabila menghantar ucapan melalui kad-kad ucapan," katanya dalam kenyataan di sini semalam. 
Katanya, kadar promosi itu bermula pada 1 Ogos lalu sehingga 31 Januari tahun depan.
Dengan promosi satu kadar rata ini, beliau berharap dapat menggalakkan lagi rakyat Malaysia menghantar kad ucapan melalui Pos Malaysia. 
Promosi itu hanya untuk kad ucapan dalam negara sahaja dan bagi kad ucapan ke destinasi antarabangsa pula kadar pengeposan adalah mengikut caj biasa sama ada mengikut penghantaran laut atau udara. 
Bagi memastikan kad ucapan Hari Raya Aidilfitri sampai tepat pada masanya, pelanggan Pos Malaysia dinasihatkan menge- pos kad ucapan mereka pada atau sebelum 24 Ogos ini.

Sebelum mengepos sila chek kat kaunter sama ada kad anda tu betul ke layak dapat guna setem 50 sen. Silap hari bulan kad tak sampai, tapi kad  denda yang sampai.  Tau tak kad denda?? kad tu memberitahu bahawa anda harus membayar duit setem tambahan sebanyak yang dinyatakan. Kalau tak surat anda akan dihapuskan.....


Ok tunggu ape lagi. Cepat pos kad anda. Kalau lambat mungkin kad akan diterima selepas raya. Adoi, kesian aweks tak lena tunggu kad raya tak sampai-sampai......:P


*psssst sape nak kad raya?bagi alamatemel.
Akak nak bagi e-kad raya ...heeee cepat dan pantas:P

6 comments:

Unknown said...

wahh promosi 50 sen? cekik drh! haha
nak nak kad raya dari k.aina.. wink2 ;)

Aina said...

semua barang sudah naik harga.posmen nak hantar itu kad, itu trasport van, motor banyak pakai petrol maaaa..:))

Pak Pis said...

ha Promosi anta kad raye, hurmm (fikir sejenak)??

Adui ai...saye suda tatak anta sulat kad lagi la kakak..ehhehe...dah 3 tahun tak pakai kad raye dah kak...tapi cam rindu kat zaman kad raye kan...

Sya_Merpati Putih 88 said...

kad raya nie lebih berharga sebab boleh simpan smpai bila2 & ade nilai sentimental tersendiri..
tp dah lama x terima kad raya..bagus jugak pos malaysia buat proosi mcm gnie..(^______^)

Aina said...

Pak Pis,

a'ah rindu zaman glemer dulu..bersusun je kad raya diterima drp peminat.hahahahaha

Aina said...

Terbang Bersamaku,

a'ah ada nilai sentimental.tp bila dah berlambak akhirnya buang jugak.

tp

akak masih simpan kad raya pertama dr hubby:) heeee..