Dah kena tangkap rupenyer

*Salam Sejahtera*

Entri ni berkaitan dengan entri sebelum ni.



Bila saya rujuk resit yang saya terima dalam kisah di dalam entri ke 2 tu, memang sama dengan apa yang didedahkan oleh Mazidul dalam kisah di entri 1. Adakah saya telah ditipu??

Berita hari ni di dalam Kosmo:
4 guru ditahan jual nama anak yatim raih simpati

MELAKA - Empat guru asrama anak-anak yatim sebuah pusat tahfiz ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semalam apabila didapati menjual barangan menggunakan nama pusat berkenaan bagi meraih simpati orang ramai.Penolong Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKM negeri, Saidatul Aini Jafri berkata, tiga lelaki dan seorang perempuan berusia antara 25 hingga 29 tahun yang mendakwa guru dari pusat berkenaan yang terletak di Kedah ditahan ketika menjual pelekat ayat-ayat al-Quran, cakera padat, tisu dan madu kepada orang ramai.
"Mereka ditahan dalam operasi bersepadu JKM bersama-sama Jabatan Agama Islam Melaka, polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS)."Operasi dijalankan setelah menerima banyak rungutan daripada orang ramai mengenai banyak kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti sebegini," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Saidatul Aini berkata, operasi di 15 lokasi sekitar bandar Melaka dan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh itu berjaya menahan keempat-empat individu terbabit ketika sedang melakukan jualan.


Tak semestinya mereka benar-benar bersalah apabila telah ditangkap. Namun pebuatan mengeksploitasikan kanak-kanak dan remaja untuk aktiviti yang bukan termasuk dalam silibus pembelajaran sekolah maahad tahfiz, maka betul atau tidak kita tahu ia salah. Apapun biar pihak berkenaan menyiasat terperinci dan jika terbukti mereka bersalah biarlah ia jadi pengajaran supaya tidak mengulang perbuatan salah tersebut. Bagi kita sebagai orang awam, mencegah perbuatan salah ini sangat digalakkan. TApi macam mana ek?

Rakyat Malaysia memang murah hati. Selain itu bersifat penyayang dan suka menolong orang susah. Yeke ? Bila berjumpa orang-orang meminta derma, ringan je tangan kanan memberikan? Bila dah wujud kes sebegini nampaknya kita harus meneliti balik untuk menderma kepada yang berhak. Maksudnya hulurkan duit atau bantuan kepada yang betul-betul memerlukan. 

Selain itu, updatelah diri kita dengan maklumat sebegini. Kelak bila didampingi kelompok berkenaan kita sudah ada garis panduan untuk mengelak atau menepis pujuk rayu mereka. Tapi elakkan dari mengeluarkan kata-kata kesat dan hinaan. 

Hurmmmm....kenapa ek..kenapa saya terasa macam saya ni cakap tak serupa bikin jer???

Baca juga di sini :bersama mazidul

3 comments:

Pak Pis said...

ha kantoi....

senang cite...sepandai-pandai tupai melompat akhirnye ke tanah juga jatuhnye...

KAli ni mengkin Pihak berkuasa kene buat penguguman bagitau yang status rumah anak yatim ke tahfiz ke boleh memohon sumbangan atau telah diberi sumbangan oleh pihak-pihak berkenaan..

atau kepada sesiapa yang nak bersedekah atau buat sumbangan boleh la ke rumah anak yatim tersebut...

Unknown said...

sokong pak pis. kalau saluran yg betul nk menderma dah ade, x de can org nak gunakan nama ank yatim, atau pljr tahfiz.

Aina said...

orang Malaysia ni murah hati.even dah ada saluran ttp bila kita jumpa org susah ringan jekan tangan nak hulur.ada setengah tu mulut membebel tp tgn kanan memberi juga.sbb nak buat pahala kan.cuma dlm x sedar sebenarnya kita dah 'menggalakkan' mrk secara x langsung buat keje ni...

mungkin sbb tu derang yg buat keje ni x kesah tebalkan telinga dan muka.ada pulak yg buat demi jihad di jalan Allah kononnye lah...