Showing posts with label Kristian. Show all posts
Showing posts with label Kristian. Show all posts

Bila Kristian menghulurkan tangan

*Salam sejahtera*

Kita tahu di luar kehidupan kita ada golongan yang fakir dan miskin. Kita membaca kisah kesusahan orang lain di media cetak. Kita mendengar penderitaan yang ditanggung mereka dan sebagainya di media massa. Kita juga melihat paparan liku hidup golongan fakir dan miskin itu di dada media cetak. Namun pernahkan kebanyakan kita melihat dengan mata sendiri? Adakah kita menghulurkan bantuan? Jika jawapannya Ya, Alhamdulillah....namun kekadang bantuan itu tidak mencukupi untuk menampung hidup mereka. Maka kita harapkan ada bantuan sokongan yang lain dapat membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup. Kita yakin mereka akan dibantu sewajarnya. 

Hidup di bandar metropolitan dan luas begini, dan tinggal di sekeliling orang yang  senang dan hidupnya selesa kekadang membuatkan kita terlupa. Kita aman tinggal di rumah yang berkipas angin. Apatah lagi jika dapat pula tidur di bilik yang ada penghawa dingin. Bantal empuk dan tilam tebal yang selesa. Ada pula sofa dan pelbagai perabot rumah yang menyenangkan. Rumahku syurgaku - sangat bertepatan maknanya...

Bila ke pasar-pasar malam, pasar tani, tengah bandar, di luar masjid atau kaki lima kedai dan shopping kompleks barulah kita berjumpa pengemis atau peminta derma. Mereka betul-betul susahkah? Hidup mereka tersangat dhaifkah? Lalu, kita pun melihat fizikal yang kuat, pakaian yang sempurna dan penampilan juga elok mata memandang. Maka dalam hati timbul rasa sangsi dan skeptikal dengan tindak tanduk golongan ini. Lalu kita pejam mata dengan permintaan mereka...

Kemudian, ada juga yang memang jelas kurang daya upaya mereka. Pakaian kotor dan menjijikan. Tambah hina kita lihat bila ada yang berpenyakit dan sedikit berbau bila didekati. Kita hulurkan beberapa sen atau beberapa ringgit dan berlalu segera dari situ...Bimbang, risau, khuatir dan takut jika penyakit itu menular ke kita pula....Soalnya, cukupkah dengan bantuan tersebut? Pasti kita jawab tak. Namun kita berharap pihak lain akan bertanggungujawab mengutip golongan jalanan ini dan ditempatkan di rumah kebajikan yang lebih menjamin masa depan...Kita yakin memang ada bantuan dan usaha murni yang dijalankan membantu kelompok ini..

Ok itu sedikit situasi. Sebenarnya di manakah agaknya mereka tinggal sebaik habis 'tugasan' harian mereka tersebut? Di lorong gelap tidur beralaskan kotak? atau tidur kesejukan di bawah jambatan. Adakah mereka tidak punya rumahtangga? atau setidaknya miliki saudara mara untuk menumpang berteduh? Mungkin juga mereka ini orang terbuang...kesian, mereka orang buangan....Bayangkan, sedihnya  hidup dalam kemelaratan begitu sedangkan akal mereka waras dan punya hati untuk memiliki kesenangan dan juga bermimpi untuk bahagia. Seandainya mereka itu gila tidak waras, sesungguhnya mereka juga layak dilayan sepatutnya sebagai manusia dan berhak mendapat manfaat sebagai rakyat Malaysia.

Tajuk di atas dirujuk. Saya ingin memetik kata-kata Dr. MAZA;
Saya ingin menyentuh tentang orang-orang Islam yang hadir ke majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka. Difahamkan bahawa orang-orang Islam yang hadir, terutama ibu-ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa ‘jatuh hati’ dan ‘terhutang budi’. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;................ [baca selanjutnya di Minda Tajdid]
Kalau korang klik link dan membaca tulisan MAZA, kita pasti dapat memahami bahawa isu ini bukan isu terpencil yang membuatkan kita hanya pejam mata atau pekakkan sahaja telinga dan butakan hati untuk memahami kenapa ianya terjadi.

Di sebalik bantuan yang kita telah hulurkan, bantuan yang telah kerajaan dan pihak berkuasa berikan dan bantuan kebajikan dari NGO(s) yang baik hati rupa-rupanya masih belum cukup dan ada ramai lagi yang memerlukan pertolongan. Kenapa ek? kenapa kita terlepas pandang hal ini. Sehingga akhirnya ada pihak luar yang masuk jalan dan cucuk jarum. Hasil yang dituai mereka juga sangat menjadi..???Salah siapa? Salah siapa sebenarnya? Siapa nak bertanggungjawab? Siapa? tolong jawab...