Wordless Wednesday: Aksi 4 hero

Sambut birthday 29 Februari 2012

Tanggal bertuah ini hanya datang 4 tahun sekali. MHI (Malaysia Hari Ini, TV3) berbesar hati menjemput 3 orang bertuah menyambut hari ULTAH kelahiran mereka pada 29 Februari. 

video


Sorilah kualiti video yang diupload memang teruk. Maklumlah guna kamera murahan je. Saja nak berkongsi suatu yang indah, pada hari bersejarah. Sila abaikan suara latar dan gambar latar yang terrakam di dalam video di atas. Hehe...TQ

Barang terbuang

Sampah sarap, barang terpakai yang dah tak nak guna, barang rosak dll semua masuk kategori barang terbuang dan patut dibuang. Kita yang berkemampuan ni, kalau dah tak mau sesuatu barang tu, alamatnya ke tong sampahlah penamat riwayatnya.

Adalah suatu hari tu, semasa  saya membuang sampah, terserempaklah tukang sapu di perumahan kami sedang mencari-cari botol plastik di dalam tong sampah dan memijak-mijaknya. Mak cik yang agak berusia tu saya bahasakan dia kakak je.

"Buat apa kak?"

"Cari botol dik, untuk jual" jawabnya.

"Laaa yeke, nanti saya beri saya punya nak? Saya selalu buang macam tu aje. Nanti saya kumpul-kumpul dan beri pada akak ye"

Mak cik tu senyum. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Kak Hadijah.

Selepas hampir sebulan, dapatlah akak mengumpul botol 100 plus dalam 10 botol yang saiz besar tu. Langsung saya bawa kepadanya pagi tadi sewaktu menghantar Salahuddin ke sekolah.

"Terima kasih dik, beriya aje bawak sampai sini" Kata Kak Hadijah semasa bertemu di tempat kerjanya. 

Tugas Kak Hadijah menyapu tepi jalan sahaja. Kebetulan, hanya waktu pagi saya berkesempatan untuk bertemu dia.

Kemudian dia kembali meneruskan kerjanya dan saya juga kembali menunggu van sekolah sampai. 

"Hari tu adalah orang-orang sini komplen tukang-tukang sapu sini suka kutip barang-barang dan simpan dalam stor....." Siti membuka cerita.

Siti dan saya sama-sama mengantar anak ke Tadika Ummu Ain.

" Apalah salahnya kan? Lagipun barang-barang tu barang terpakai dan dah dibuang. Biarlah mereka ambil untuk dijual. Pada saya mereka ni tak boleh tengok orang lain senang..." ceritanya.

"Cuba tengok, saya bagi akak tu, botol kosong sedikit aje. Tapi, dia punya senyum macam suka sangat. Yelah setiap orang ada cara masing-masing untuk mencari rezeki. Selagi dia tak mengganggu kita biarlah...."ujar saya.

"Tulah pasal...macam itu pun nak komplen."kata Siti.

"Kalau stor tu menyebabkan bau busuk ke...sampah yang dikutip bersepah merata ke, barulah kita komplen."

Memang tukang-tukang sapu di tempat kami suka mengutip barang terbuang/terpakai untuk dijual. Kalau stor tempat simpan perkakasan tu, biasanya penuh dengan barang terbuang yang dikumpul. Tidak semestinya dari tong sampah, ada setengahnya diberikan penduduk. Yelahkan, dari dibuang untuk menjadi hamparan tempat pelupusan sampah, lebih baik diberikan kepada orang yang memerlukan untuk dijual. Memang pendapatnya tidak lumayan, tetapi sedikit sebanyak dapat menampung keperluan harian mereka.

Hidup kita ni kalau rasa senang sangat, kena bersyukur. Tak semua orang senang macam kita sampai barang rosak je kita terus buang dan kemudian beli baru. Kalau barang buangan/terpakai kita boleh menjadi rezeki buat orang lain, sepatutnya kita bersyukur juga sebab dapat membantukan?

Bersedekah yang tak perlu keluar duit



يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ

وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ

وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha.
*Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

JEJAK KASIH: 5 yang CANTIK

Alhamdulillah baru hari ni dapat menulis tentang blog-blog yang sempat dijejak kasih. Kali ni tentang 5 yang CANTIK.

CANTIK itu subjektif. 

5 blog pilihan ini bukanlah kerana blog itu cantik atau tuan tanahnya yang memang cantik. Tapi, akak berkenan sangat pada pengisiaannya yang segar dan kebijaksanaan blogger itu menarik trafik. Ada juga yang tidak tinggi  komentar dan follower, tetapi kematangan dia menulis tidak setanding usia mudanya.

Lain orang, lain pendapat
Silalah datang baru terpikat:)


Blog ni simple je. Macam orangnya juga mungkin:) Namee ni remaja lagi dan bujang, tetapi pandai dia memberikan pendapat tentang perkahwinan dan isu kahwin muda menurut pandangannya secara tersendiri. Membaca entrinya mampu bikin muka akak yang serius bertukar tersenyum dan kekadang gelak sendirian. Contohnya entri ini, 'Ciri-ciri Lelaki Handsome Tapi Kurang Macho'


Dengan gambar merpati putih terbang , cukup menggambarkan keinginan blogger ini ingin terbang bebas seiring penulisannya yang berkisar kehidupan di sekelilingnya.

Blog Merpati Putih ini kadang-kadang disulam dengan puisi indah karya beliau sendiri. Contohnya puisi 'gadis itu umpama mawar, coklat dan mutiara'.

Sedikit petikan:

Gadis itu umpama coklat
Manisnya ia usahlah dipertikai lagi
Dengan kemanisan yang ia miliki boleh mengubat duka di hati
Kamu tahu wahai gadis
coklat itu akan berkualiti bila ia terbalut dan tertutup rapi....[sambung baca kat sini]

3 - Hans punya blog

Hans budak kacak, bukan cantik tau. Haha ..kalau nak tahu Hans ni, kembar dengan Zac Efron. Bukan akak kata, tapi dia yang perasan sendiri.

Akak melihat blog Hans ni lain sikit dari kebanyakan blogger lelaki remaja yang lain. Yang penting dia tak de nak expose cerita awek dan kekasih atau cerita seo semata...

Entri Hans biasa-biasa aje. Tapi, dalam biasa itu ada pengajaran dan iktibarnya. Contoh entri kesedihannya kerana terpaksa potong rambut dan 'anti mak cik muka kelat'.


Blogger ini berada di Fukui ,Jepun kerana mengikut suaminya belajar. Jadi banyak gambar-gambar yang sangat cantik dan menarik diupload di blog. Jadi, kita yang tak pernah sampai bumi Jepun pun boleh terasa seolah-olah berada kat sana....

Bunga sakura dan Jepun tak boleh dipisahkan. Nak lihat sakura yang sangat cantik ciptaan Yang Esa, sila klik di sini.


Blog Cik Misi ini milik adinda Kak Aina sendiri. Alamak promot adik sendiri nampak...hehe siapa lagi kalau bukan kekanda sendiri kan? Dalam masa yang sama dapat juga skodeng kehidupannya di luar keluarga kan?

Jom baca entri ini..... 'mari kita kritik hospita'l dan 'a lesson from a kid'.

"saya malu sebab Rasulullah lebih pemalu drp seorang gadis. saya pun nak jadi pemalu yang bertempat."  [Tersentuh]

'Tutorial' cara pakai tudung oleh Ustaz Don


Maklumat ini akak peroleh di blog ini.

Iktibar dan pengajaran ini bukan hanya untuk para wanita tetapi juga untuk para lelaki kerana mereka memimpin keluarga. Kalau si suami tak kisah atau buat-buat tak kisah, sudah pastilah isterinya dan anak-anak gadisnya berterusan dalam melakukan dosa. Kalau mereka tak tahu, perlu dikhabarkan. 

Dosa anak isteri akan terbias pada lelaki bergelar suami dan ayah kecuali dia sudah menasihati mereka berkali-kali... Jangan nasihat je, hulur-hulurlah duit untuk mereka beli tudung baru atau ajaklah isteri dan anak-anak keluar shopping beli tudung baru...Haaaa para isteri mesti suka kan? Ini kira sokongan moral jugalah untuk penghijrahan kepada kebaikan. Betul tak?

KAK AINA: Abang, nak duit beli tudung baru yang labuh ye....hehe :D

Suka suki editing








Saja suka-suka edit gambar bersama anak....mengikik mereka ketawa. Sekali sekala bergelak ketawa dengan anak-anak mengurangkan stress mereka selepas menahan telinga mendengar ibu membebel.. haha...

Fahimtu......fahimna

Alkisah...

"Aman nak main bola tak minggu ni? Kalau tak perform, bulan Mac ni stop!" Ibu start membebel bila Aman tak nak buat kerja sekolah.

"Nak...nak, Aman nak main. Hari ni tak de kerja sekolah. Semalam tak belajar. Cikgu suruh buat kerja sendiri. Aman dah buat siap-siap kat sekolah"

"Betul ke?" Ibu nakkan kepastian. Aman mengangguk...

"Main bola dan belajar tu sama aje....kalau bola kita gunakan kaki. Kalau belajar kita gunakan tangan untuk menulis."

Ibu cuba membuat perbandingan sebab Aman ada masalah menyalin dari papan hitam. Selalu ketinggalan dan tak sempat menyalin semua soalan.

"Kalau tengah main bola, kita kena fokus. Mata kena tengok pada bola. Kalau tak tengok betul-betul nanti bola tu terlepas ke pihak lawan. Cuba tengok Khairul Fahmi, kalau mata dia pandang kat lain, agak-agak dia dapat tepis tak bola tu? ok, kalau Badrol pulak nak tendang bola kan, agak-agak kalau dia tak fokus, masuk ke tak bola tu dalam gol?" Aman senyum aje sebab sebut nama-nama pemain bola tu...

"Sama juga masa buat kerja sekolah dan belajar. Kalau belajar awak tengok luar tingkap, mata duk perhati ke lain, macam mana nak buat kerja cepat? Mata, kepala semua kena fokus. Bola kita guna kaki dan belajar kita guna tangan."

"Telinga tu, kat sekolah dengar cakap cikgu. Kalau kat padang, kena dengar cakap coach"

Aman diam aje....

"Serupa juga kalau kita bersolat. Kaki dan tangan akan kita guna. Mata dan kepala jugak. Kaki kita nak berdiri. Tangan kita kena angkat takbir dan mata kena pandang depan kat sejadah. Jangan tengok kiri kanan. Kepala tu kena fokus. Kalau solat dengan imam telinga kena dengar imam baca. Jangan imam rukuk awak dah sujud..."

"So, bola, belajar dan solat sama aja....kaki, tangan, mata, telinga dan kepala tu semua kena guna. Kalau pandai belajar, mesti pandai main bola. Solat pun mesti bagus..Jangan cakap tak boleh buat, tak reti...Kalau orang lain boleh, Aman pun mesti boleh"

Huhu......penat ibu berceramah pagi Jumaat.

"Ibu....ibu tahu tak apa 'fahimtu' dan 'fahimna' ?" adoi tetiba dia tukar topik pulak. Panas aje hati ibu.

Tapi, mungkin dia faham kot. Apa dia tanya itu ialah perkataan arab. 'Fahimtu' maksudnya 'saya faham' dan 'fahimna' pula maksudnya 'kami faham'.

Adoi...malas nak cakap dah. Dia pun pergi join adiknya Alfatih tengok Upin Ipin dan kawan-kawan dekat Youtube. Hari-hari tak bosan-bosan.....

KAK AINA: Membebel itu satu penyakit atau sifat semulajadi perempuan ye? Tapi mak saya tak membebel.....:D

Tempatnya di syurga....


Malam ni baru nak updet blog. Dalam cari-cari berita pernikahan Lisa Surihani, terbaca berita pemergian adik Faris yang telah 23 hari bertarung nyawa di NICU, SDMC.

Kisah adik Faris sudah tersebar di kebanyakan blog-blog dan akak mengikutinya di blog Mazidul Akmal. Setiap kali mahu membacanya, akak kena kuatkan hati tak sanggup menitiskan airmata melihat keadaan anak kecil itu. Apatah lagi dia sudah tiada kini.....

Dunia ini pinjaman. Seisi dunia juga pinjaman. Setiap ahli keluarga kita juga pinjaman. Kehilangan suatu yang pahit untuk diterima. Redha dan ikhlas atas qada' dan qadar Allah itu wajib. Namun, sebagai manusia tak dapat menahan air mata juga.

Takziah buat ibu bapa dan keluarga Faris. Berbahagialah, kerana tempatnya di syurga...

Surat akhir dari Kak Long untuk Faris....lagi gambar di sini.

Jantung pisang masak apa best?

Haaa...Kalau ada pokok pisang sendiri, kan boleh makan free. ..
Kalau pergi ke kedai makan, jantung pisang biasa orang buat masak rebus sebagai ulam dan dimakan cicah bersama sambal. Selain tu ada juga yang buat masak kerabu atau pincuk. Kak Aina suka juga makan tapi tak  berapa pandai masak kerabu. 

Teringat masa di kampung dulu, mak akak pernah masak jantung pisang berlada. Maksudnya tumis dengan segala bahan jadi macam sambal jantung pisang gitu. Syaratnya, mesti pedas dan gunalah cili api baru meletup-letup rasanya.


Inilah rupanya jantung pisang yang dah siap dimasak. Silalah cuba untuk kelainan dalam masakan jantung pisang.

Resepi Jantung Pisang Masak Pedas/Berlada:

Lada kecil/cili api
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Garam
Gula
Asam jawa

Cara:

1 - Tumbuk /blend semua bahan 
2 - Tumis di dalam kuali
3 - Masukkan jantung pisang yang siap dihiris nipis/sederhana tebal
4 - Masukkan air, tunggu sampai empuk 
5 - Masuk garam, gula, asam jawa secukup rasa
6 - Tunggu sedikit kering, boleh tutup api dan hidangkan.

Wordless Wednesday: "Babai....selamat malam, adik tidur dulu ye"

Alfatihah untuk beliau

20 Tahun 'Pergi', Sudirman Masih Tiada Pengganti
Sudirman Hj Arshad
PETALING JAYA: Hari ini (Rabu) bersamaan 22 Februari 2012, genaplah 20 tahun pemergian Sudirman Hj Arshad, penghibur nombor satu Asia. Beliau pergi meninggalkan kita ketika berusia 37 tahun.
Biarpun jasadnya sudah tiada, namanya tetap terpahat di sanubari terutama sekali kepada mereka yang pernah membesar ketika zaman kegemilangan beliau. 
Berita kematian Allahyarham diumumkan ke seluruh negara oleh Radio Malaysia Rangkaian Nasional, pada satu pagi, waktu subuh.
Ia amat mengejutkan seluruh peminat tanah air. Ada yang menitiskan air mata kerana tidak percaya akan berita yang didengar itu. 
Dan ternyata, pemergian Allahyarham sehingga kini masih tiada penggantinya. Tiada insan yang mampu menandingi kehebatan Allahyarham. 
Beliau bukan sahaja penghibur tetapi boleh diumpamakan sepohon rendang yang lebat buahnya. 
Pohon itu menjadi tempat bertaut dan tempat untuk menumpang teduh kerana sifat Allahyarham yang gemar menolong. Malah kebaikan beliau sering digunakan oleh sesetengah pihak untuk mengambil kesempatan. 
Penulis lirik dan juga penerbit filem Habsah Hassan antara individu yang amat akrab dengan Allahyarham. 
Lirik-lirik lagu yang dihasilkan oleh Habsah biasanya mempunyai makna tersirat menggambar hati naluri Allahyarham. 
Habsah dalam diri Sudirman bagaikan kakaknya sendiri. Segala masalah di kongsi termasuklah kisah-kisah peribadi. 
“Dia antara artis yang benar-benar rapat dengan saya. Dia tidak pernah menyembunyikan kisah peribadinya selain selalu meminta nasihat saya jika berhadapan dengan apa juga masalah. 
Sudirman mengadakan sidang media selepas menjadi penghibur nombor satu Asia pada tahun 1989. 
“Saya benar-benar sayangkan dia kerana dia adalah anugerah Tuhan yang amat luar biasa sekali,” ujar Habsah kepada mStar Online dalam satu temu bual sebelum ini. 
Allahyarham adalah manusia yang amat istimewa dan antara artis contoh yang bukan sahaja berjaya dalam kerjayanya tetapi dalam pelajaran. 
Beliau dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang dan membesar dalam keluarga yang aktif berpolitik menerusi Umno. 
Ibunya Romlah Dahalan merupakan wakil rakyat wanita pertama di kawasan Temerloh. Beliau meninggal dunia ketika Sudirman berusia lima tahun. 

Kematian ibunya itu menyebabkan bapanya Arshad Hassan berkahwin lain sebekum meninggal dunia pada tahun 1978. 
Anak bongsu daripada enam beradik ini melanjutkan pelajaran dalam bidang Undang-Undang di Universiti Malaya pada tahun 1976 sehinggalah berjaya mendapat ijazah dalam bidang berkenaan pada tahun 1980. 
Beliau menjalani latihan amalan guaman pada tahun 1984 dan layak menjadi peguam bertauliah. Namun minatnya dalam bidang seni menyebabkan Allahyarham meninggalkan kerjayanya itu. 
Sejarah dalam bidang seni Allahyarham terbuka luas apabila beliau berjaya menyandang Johan Bintang RTM yang diadakan di Melaka pada 11 Ogos 1976. 
EP pertamanya dihasilkan pada tahun 1977 berjudul Teriring Dosa dan Suratku Yang Ini terbitan Warnada Records. Ia diterbitkan ketika beliau masih lagi menjadi penuntut di Universiti Malaya. 

Kerjayanya seninya terus berkembang apabila EMI menawarkannya kontrak sebagai artis rakaman pada tahun 1978. 
Beliau bukan sahaja mempunyai lagu-lagu yang menyentuh jiwa sebaliknya Allahyarham turut berkeupayaan menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti 31 Ogos, Tegakkan Bendera Kita dan Warisan. 
Paling membanggakan pada tahun 1986 Allahyarham dilantik sebagai Duta Nyanyian Pelancongan apabila berjaya mempopularkan lagu Cintai Malaysia, Kenali Malaysiaciptaan Carol Connors dari Amerika Syarikat yang dijadikan tema Tahun Melawat Malaysia pada 1986. 
Gegarkan Chow Kit 
Kehebatannya tidak terhenti apabila mampu menjadi artis pertama negara dalam sejarahnya yang berjaya menarik lebih 100 ribu warga kota untuk menyaksikan konsertnya di Chow Kit, Kuala Lumpur secara percuma. 
Penghasilan konsert itu adalah sebahagian daripada keluhuran budi Sudirman yang sanggup melayan peminatnya tanpa mengira pangkat atau darjat. 
Chow Kit adalah simbol untuk mereka yang kurang berkemampuan dan di lokasi itulah Allahyarham memperdagangkan bakatnya untuk para peminat golongan tersebut supaya dapat mendekatinya dalam satu persembahan percuma. 
Chow Kit dipenuhi kira-kira 100 ribu orang yang mahu menyaksikan persembahan Sudirman pada tahun 1986. 
Kemuncak keagungan Allahyarham apabila beliau diumumkan sebagai Penghibur Asia Terbaik, Asia Popular Music Awards Festival yang berlangsung di Dewan Royal Albert Hall, London pada 19 Mac 1989, mengalahkan lapan peserta negara Asia termasuk Anita Sarawak yang mewakili Singapura. 
One Thousand Million Smiles dan Send In The Clown menjadi tuah kepadanya dalam pertandingan itu. 
Sementara menerusi pertandingan Juara Lagu pada tahun 1987, Sudirman memenangi persembahan terbaik dengan lagunya Merisik Khabar apabila tampil menggunakan pemetik api sebagai simbolik dalam persembahan itu. 
Runtuhnya Istana Cinta 
Seperti insan lain, Sudirman juga mahu memiliki keluarga dan memilih tarikh 14 Februari 1981 untuk mendirikan rumah tangga dengan Kamariah Jamaluddin tetapi sayangnya, mereka bercerai tiga tahun kemudian tanpa memiliki anak. 

Penceraian itu disaksikan oleh rakan Sudirman sendiri iaitu penyanyi Norkumalasari yang menyifatkan suasana sayu menyelubungi perpisahan itu apabila pasangan tersebut tidak dapat membendung tangisan air mata tatkala cerai dilafazkan. 
Dua perkara yang benar-benar menyentuh hati Sudirman dalam hidupnya iaitu kematian ibu tersayang dan kegagalan perkahwinan yang dibina. 
Bukan Kerana HIV 
Kematian Sudirman dikaitkan dengan pelbagai spekulasi sehinggalah ada pihak yang membuat tuduhan kononnya beliau dijangkiti HIV. 
Allahyarham sebenarnya meninggal dunia akibat penyakit paru-paru yang tidak dapat berfungsi dengan sempurna selain turut dikaitkan dengan penyakit misteri. 
Malah Habsah Hassan dan juga wartawan veteran Utusan Malaysia, Bahyah Mahmod antara individu yang diberi peluang menatap jenazah Allahyarham pada hari kematiannya. 
Imej Jalur Gemilang begitu sinonim dengan Sudirman ketika membuat persembahan. 
Kata Habsah , tubuh Allahyarham begitu kecil seperti seorang kanak-kanak. Mungkin atas sebab itulah dia enggan gambarnya dirakamkan sewaktu sedang sakit kerana tidak mahu peminatnya meratapi ujian yang dihadapi itu.
Sudirman bagaikan sudah mendapat petanda dia sebenarnya tidak boleh hidup lama. Lagu Salam Terakhir yang ditulis oleh Manan Ngah sementara lirik oleh Habsah itu menggambarkan yang dia akan pergi buat selama-lamanya.
Kemuncak kejatuhan Allahyarham dalam kerjaya seninya bermula pada 17 Julai 1991 apabila dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Tawakal, Kuala Lumpur selama empat hari selepas dikatakan pengsan akibat terjatuh. 
Selepas peristiwa itu, Sudirman sukar dijejaki apabila keluarganya merahsiakan lokasi tempat beliau mendapatkan rawatan. 
Selama tujuh bulan peminat tertanya-tanya ke manakah hilangnya Allahyarham, akhirnya persoalan itu terjawab apabila beliau dilaporkan meninggal dunia pada 22 Februari 1992 di rumah kakaknya, Datin Rudiah Arshad di Lucky Garden, Bangsar Park. 
Dalam suasana pilu, jenazah Allahyarham dikebumikan bersebelahan pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh, Pahang. 
Ribuan peminat menziarahi jenazah Allahyarham termasuklah Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. 
Kejayaan Allahyarham dalam dunia seni sehingga berjaya mengharumkan nama negara membuatkan beliau dikurniakan pingat kebesaran Darjah Johan Mangku Negara oleh yang Dipertuan Agong pada tahun 1992 yang membawa gelaran Datuk. 
Sudirman, engkau pergi meninggalkan nama bersama jasa yang akan dikenang buat selama-lamanya. Al-Fatihah.
KAK AINA: 22-02-2012 = 20 tahun. Akak sangat meminati beliau. Hari ni MHI tv3 istimewa tribute 20 tahun pemergian arwah Sudir. Banyak perkara menarik disiarkan termasuk koleksi seorang peminat yang mengumpul pelbagai barangan berkaitan beliau. Juga penampilan Kenny Lee, seorang penyanyi yang mempunyai suara sepertinya. Semoga tempat beliau di sana di kalangan hamba-hamba Allah yang beroleh syurga. Ameen.

Terlupa rasanya


Salam.

Hari ni dengan semangat belikan anak Scott's Emulsion. Kononnya nak bagi mereka makan makanan tambahan supaya lebih cerdas dan cergas...Nampak pulak tag DHA kat situ. Wow...

Kebetulan ada promosi di Guardian, dapatlah beli pada harga lebih murah.

"Laaa kenapa beli tu? kenapa tak beli yang perisa oren ke......kan ke rasanya tak sedap." kata suami semasa akak tunjukkan botol Scott's Emulsion padanya.

Iyye ke????

Akak pun isi sedikit 15ml mengikut sukatan untuk dewasa minum.

"waaaaaa....cemana saya boleh lupa rasanya!!!!!!!!!!!"

"kan masa kecik-kecik dulu ada makan. Memang rasanya tak sedap. Ada 1 lagi tu ok sikit sebab rasanya oren." ujar suami akak lagi....

Yewwwww...3-4 kali sendawa terasa payau kat tekak. Kenapa akak boleh lupa rasanya, sedangkan masa  jadi budak-budak dulu memang pernah makan. Tapi, suami akak dia trauma kot, sebab itu dia masih  ingat akan rasa Scott's Emulsion itu.

"abang.....abang nak tak? Makanlah.." akak memujuk, tetapi dia menjuih.

Alaaaaaaaaaaaaa....banyak ni!!!!!!!!!!!!!!!!

Akak sudukan 2.5ml untuk Alfatih. Alhamdulillah, rilek aje dia makan. Tapi, abang-abangnya semua tak nak. Cium bau aje dah nak termun**h.

Alahai, cemana boleh lupa rasanya? Kalau ingat, mesti aku tak beli tau..... :(

Hakikat yang menakutkan

Purata enam bayi hasil perhubungan luar nikah lahir di negara ini bagi setiap sejam hasil perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam tempoh tiga tahun mulai 2008. 
Perkara itu yang didedahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim turut menunjukkan seramai 152,182 bayi tidak sah taraf telah didaftar di JPN pada 2008 hingga 2010. 
“Itu angka yang didaftarkan, mungkin ramai lagi bayi yang tidak didaftarkan kita tidak tahu,” katanya. 
Beliau berkata demikian selepas melawat Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh di sini semalam.
Turut hadir ialah Yang Dipertua rumah kebajikan itu, Juhaidi Yean Abdullah. 
Kata Mashitah lagi, purata dalam setahun seramai 50,727 bayi tidak sah taraf dilahirkan manakala dalam sebulan seramai 4,227 dan sehari adalah 141 bayi. [sumber]


Menakutkan! Sangat menakutkan. 
Kalau kita menelusuri jalan-jalan bandar, banyak pasangan muda mudi yang sahih bukan pasangan suami isteri  (kerana usia sangat muda) berjalan berpimpin tangan, berpelukan dan yang tak malu tu boleh buat adengan romantis ala-ala kebaratan di depan umum. Apatah lagi kalau berdua-duaan di tempat sunyi dan mendatangkan perasaan kuch kuch hota hai tahap maksimum.
Di tempat kami aje, berdekatan pusat tuisyen, para remaja tidak segan silu bergaul dan bertepuk tanpar sesama lain jantina. Di parking kereta di apartmen pula ramai menjadikannya tempat berdating di waktu petang hari. Walaupun tidak melakukan maksiat (zina) dan hanya berbual, tak salah kalau dikatakan itu langkah pertama ke tahap yang lebih proaktif dalam hubungan lelaki-perempuan.
Siapa kata tak salah?
Nak bercinta boleh. Naluri manusia ingin disayangi. Nak salahkan anak-anak 100% juga tak patut dan kalau disalahkan ibu bapa sepenuhnya juga tidak boleh. Ada cara dan aturan yang boleh diikuti, iaitu ajaran Islam. 
Habis tu kenapa ada anak imam/ustaz yang mengandung luar nikah?
Ajaran Islam itu sempurna. Kalau mengamalkannya Insha Allah selamat dunia akhirat. Ustaz/imam juga manusia biasa. Tidak sempurna. Hatta ada kalangan nabi-nabi terdahulu yang anak isteri mereka tidak patuh pada ajaran nabi dan Allah. Iman itu tidak diwarisi.
Sebagai ibu bapa, ketakutan dan kebimbangan tidak dapat dielakkan. Apatahlagi saya yang mempunyai anak lelaki yang ramai. Pastinya tanggungjawab itu lebih berat kerana mereka bakal ketua dan pemimpin masa depan. Tidak kepada negara tetapi kepada keluarga mereka sendiri.
Oleh itu hanya kepada Allah kita sentiasa bermohon pertolongan dan perlindungan dari segala malapetaka dan dosa maksiat. 


Maksudnya:

Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami, dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. [Doa dipetik dari ayat 74 surah Alfurqan]

Lee Chong Wei ke tu?
















Siapa tak kenal Dato' Lee Chong Wei? Pemain badminton no.1 Malaysia dan no.1 di dunia. Setakat tahu atau kenal orangnya juga?

Tengok 2 pic kat bawah...



"Itu Chong Wei ke?" tanya suami akak.

"Huh bukanlah..." jawab akak sambil menjeling aje beg tu.

"Iyer...." Kata suami akak lagi.

"Bukanlah!" akak berkeras cakap bukan, sebab Lee Chong Wei lagi lawa per!

Beberapa minit kemudian....

"Iyer saya rasa itu memang Chong Wei!" Suami akak tetap mengatakan 'student' KDU tu Chong Wei.

"Kalau bukan dia, kenapa hanya gambar tengah tu aje yang berwarna. Yang lain gelap?" tanya dia. Akak diam. Dalam hati, tetap menafikan lelaki yang macam student tu ialah Chog Wei. Muka kebudakkan sangatlah!

Sebab tak puas hati, akak google. Dapatlah beberapa info berkaitan Dato' Lee Chong Wei dengan KDU. Rupa-rupanya Chong Wei ialah duta KDU. Akak tersenyum malu sendiri. Haha...apsal muka dekat beg tu nampak muda sangat dan tak hensem.

"Betullah itu Chong Wei...." perlahan aje akak memberitahu suami. Yelah orang dah 'kalah' kan...Suami akak senyum je...Dia penyokong Chong Wei, lagi mau dilawan. Huhu....

"Dah kat situ muka Chong Wei lain sangat. Tak hensem!" akak memberikan alasan. Sorry Dato'...ampunnnn peminat Chong Wei!

"Oooo habis tu, Chong Wei hensem lah?" suami akak bertanya balik. Hamik ko, soalan cepu mas.

"errrr.....taklah hensem ....."jawab akak sambil senyum. Dalam hati duk kata ;

"tak hensem tapi manis dan bergaya jerrr" hehe...
MONDAY, JULY 25, 2011
Dato' Lee Chong Wei - Brand Ambassador for the KDU Education Group
Segak kan? hehe..
 Dato' Lee Chong Wei is now the brand ambassador for KDU Education Group. The official signing ceremony took place at KDU University College, Damansara Jaya Campus (Auditorium) on 20th July 2011.  
He has the determination and drive to pursue his dreams, and now, he is the world's No.1 ranked shuttler. The nation sees him as a huge source of inspiration. 
According to Datin Teh Geok Lian (CEO, The KDU Education Group), KDU Education Group is committed to inspiring and providing students with the right education to realize their dreams. By having Dato' Lee Chong Wei as the ambassador, he will be an inspiration to students to actively pursue their dreams.  
Link
 KAK AINA: Pasal itu pun nak berdebat....gurau-gurau somi isteri kan:P

Panggilan lewat malam








Apa perasaan anda....Apa perasaan anda bila sedang tidur di tengah malam, tiba-tiba mendapat panggilan telefon atau...paling tidak bunyi sms yang mengejutkan anda dari mimpi nan indah...

Adeh, memang kaco daun betul! Nasib baik nada dering sms tu sedap didengar. Walaupun terkejut, tapi alunan mendayu-dayu  sedikit menyamankan hati walaupun sebenarnya berdebar-debar. 

"Alamak siapa pulak message malam-malam ni? Janganlah ada apa-apa"hati akak berwasangka negatif. Sudahlah siang tu dapat berita permergian emak saudara.

Telefon suami yang berbunyi. Dia pulak tidur tak sedarkan diri.

Sempat akak duk meneka siapa penghantar sms tersebut. Jangkaan meleset sebab ia panggilan bertugas untuk suami. Alhamdulillah lega.....Akak pun kejutkan dia dan tunjukkan sms 'cinta'nya.

"Salam.Dapat aduan dari XXX yang sistem ada problem. Minta tolong tengok." Sms dari Mr. A. Nasib baik lelaki kan? Hehe...

Dia senyum. Matanya susah nak buka lagi.

"Tolong Yang, bukak sistem ABC" pintanya...Amboi...amboi....naseb baik panggil 'yang'. Cair...hehe.

Akak kan isteri taat. Taat kat suami aje, tak join pun Kelab Isteri Taat yang mengarut tu jadi tolonglah dia check kat pc...

Sistem nampak ok. Sangat ok. Suami geleng kepala.

"Tolong sms kat A. Cakap semua ok je. Kecoh betul XXX tu."

Hurmm..akak jugak! Maka, tekanlah keypad compose sms. Isteri taat kan, jadi buat lerrr....

"A, kecoh betul XXX. Sistem ok aje." Ayat lebih kurang macam tulah akak taip.

Tak lama kemudian balasan diterima...

"Hampeh betul XXX. TQ"Kata Mr. A.

Lepas tu masing-masing sambung tidur (agaknyalah kot si Mr. A tu). Jam hampir 3.30am.

Mr. A adalah client syarikat  di mana Encik Mat P kerja. Bila-bila sistem problem, terpaksalah tolong check. Malangnya yang buat aduan tu tak monitor elok-elok ke, problem tu kritikal atau tak sebelum report kat boss. Boss pulak mamai-mamai agaknya terus sms vendor suruh check problem.

Mula-mula nak marah gak sebab kejut tidur orang, tapi lama-lama fikir, kelakar pun ada... Tengah malam  demeh bersms pasal kerja. Mimpi yang terputus, jangan harap nak bersambung semula! Dah kerja kenalah buat kan....senyum je laki aku. Harap-harap ikhlas tu. Baru berkat kan? Ameen.

Hadis palsu berleluasa: Apa perlu kita buat

Kalau korang dengar IKIM.fm pagi ini, topik pagi yang dibincangkan deejay tentang kenyataan mufti Perlis tentang hadis palsu yang berleluasa di sebarkan di blog, fesbuk, tweet dan lain-lain laman sosial.Bahkan dalam ceramah di masjid, surau atau lain-lain majlis ilmu.

Sekat segera hadis palsu: Mufti
Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Norakmah Mat Youb bhnews@bharian.com.my2012/02/20 
Langkah elak Islam digambar agama tak konsisten dalam prinsip amalan 
KUALA LUMPUR: Tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang menyebarkan hadis palsu, yang semakin menular di kalangan pengguna Internet bagi menjaga kesucian Islam.
Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata tindakan itu perlu disegerakan bagi mengelak Islam digambarkan sebagai agama yang rumit dan tidak konsisten dalam prinsip amalannya.
"Lambakan hadis palsu yang mudah diakses menerusi laman sosial Facebook dan blog boleh menyebabkan kesucian Islam dicemari dengan perkara tidak masuk akal dan tidak benar," katanya selepas menghadiri perbincangan bertajuk 1Malaysia dan Penghayatan Islam pada Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan di sini, semalam. 

Juanda berkata, jika mahu menggalakkan orang hidup beragama, galakkan mereka mengikuti ajaran yang diajar Nabi Muhammad SAW iaitu agama mudah serta membentuk nilai kejiwaan tinggi. 

"Kita mahu umat Islam membuat sesuatu yang mereka tahu akan tindakan berkenaan. Setiap langkah mereka difahami dan menjurus kepada kebaikan di samping menguatkan jati diri," katanya. 

Dalam isu berkaitan, Juanda mahu penulis maya menjadi kumpulan pendesak selain mata dan telinga kerajaan bagi memastikan semua dasar dilaksanakan dengan sebaiknya demi kepentingan rakyat.  
Beliau berkata, bagaimanapun, golongan itu perlu menghindari sikap mengampu, sebaliknya menjadi kumpulan pendesak yang jujur dengan idea bernas serta mempunyai fakta tepat. 

"Kumpulan pendesak itu perlu berhujah menggunakan fakta benar supaya pandangan mereka dapat diterima dengan baik. Mereka juga berupaya menjadi pendesak yang kuat kepada kerajaan. 

“Namun, mereka perlu menyusun gerakannya supaya lebih teratur dan dapat mempengaruhi orang ramai mengenai agenda mahu dibawa dan dilaksanakan berlandaskan fakta benar," katanya. KUALA LUMPUR: Tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang menyebarkan hadis palsu, yang semakin menular di kalangan pengguna Internet bagi menjaga kesucian Islam.
Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata tindakan itu perlu disegerakan bagi mengelak Islam digambarkan sebagai agama yang rumit dan tidak konsisten dalam prinsip amalannya.
"Lambakan hadis palsu yang mudah diakses menerusi laman sosial Facebook dan blog boleh menyebabkan kesucian Islam dicemari dengan perkara tidak masuk akal dan tidak benar," katanya selepas menghadiri perbincangan bertajuk 1Malaysia dan Penghayatan Islam pada Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan di sini, semalam. 
Juanda berkata, jika mahu menggalakkan orang hidup beragama, galakkan mereka mengikuti ajaran yang diajar Nabi Muhammad SAW iaitu agama mudah serta membentuk nilai kejiwaan tinggi. 
"Kita mahu umat Islam membuat sesuatu yang mereka tahu akan tindakan berkenaan. Setiap langkah mereka difahami dan menjurus kepada kebaikan di samping menguatkan jati diri," katanya. 
Dalam isu berkaitan, Juanda mahu penulis maya menjadi kumpulan pendesak selain mata dan telinga kerajaan bagi memastikan semua dasar dilaksanakan dengan sebaiknya demi kepentingan rakyat.  
Beliau berkata, bagaimanapun, golongan itu perlu menghindari sikap mengampu, sebaliknya menjadi kumpulan pendesak yang jujur dengan idea bernas serta mempunyai fakta tepat. 
"Kumpulan pendesak itu perlu berhujah menggunakan fakta benar supaya pandangan mereka dapat diterima dengan baik. Mereka juga berupaya menjadi pendesak yang kuat kepada kerajaan. 
“Namun, mereka perlu menyusun gerakannya supaya lebih teratur dan dapat mempengaruhi orang ramai mengenai agenda mahu dibawa dan dilaksanakan berlandaskan fakta benar," katanya. [SUMBER]


Sebagai orang yang kurang ilmu dan termasuk kategori jahil, kita jangan sewenang-wenang terima 100% hadis dari orang yang berlagak 'alim' atau 'tahu agama' yang meletakkan hadis tanpa sunmber sahih atau memberitahu sanat hadis tersebut. Mentang-mentang bab agama, kebanyakan kita suka retweet, share dan forward kepada orang lain dengan tujuan yang baik untuk berkongsi ilmu.

Bahayanya, jika hadis tersebut termasuk dalam kategori palsu, bayangkan akibatnya kepada masyarakat Islam dan agak-agak dapat tak saham dosa kat kita?

Bagaimana nak tahu ia palsu / sahih?

Kalau tak dapat pastikan semasa mendengar / membaca dari orang tersebut atau penyebar hadis tersebut, sila tanyakan direct. Jika mereka juga tak dapat memperincikan sumber jangan 100% terima. Salin hadis tersebut dan bertanyalah pada yang lebih alim.

Insha Allah dengan cara itu, kita sebenarnya juga belajar dan dapat menimba ilmu.

Begitulah serba sedikit nasihat deejay Pian.

Jangan lupa dengarkan IKIM.fm setiap pagi untuk mendapat ilmu dan pengisian rohani kita.

Rujuk Facebook IKIM.FM untuk merujuk perkongsian dan pendapat orang ramai tentang topik ini.

Mulakan hari dengan zikir dan doa










Mari kita sama-sama berdoa dan berselawat sebelum mulakan hari kita...




KAK AINA: Insha Allah dengan izin-Nya kita bersemangat bekerja dan beribadah. Kalau pagi-pagi lagi dah Monday blues, elok baca banyak-banyak...kan?

Selamat kembali

Salam....hari ni hari terakhir untuknya di dunia. Sudah sampai serunya untuk kembali ke sisi pencipta manusia dan segala. Alhamdulillah pemergian yang lancar tanpa aral dan kesusahan. Semoga dirinya diterima baik oleh Allah s.w.t. Ameen. Dialah sepupu abah Kak Aina. Ngah paggilan kami padanya. Dia telah meninggal dunia pada tengah hari tadi kerana sakit tua. Sebenarnya usianya tidaklah sampai 70 tahun pun. Tapi sudah bertahun dia mengalami sakit kaki dan lutut yang menyukarkannya bergerak. Tapi dia bukan obes. Semasa mendapat berita melalui sms adik, akak terbayangkan wajahnya...senyum manisnya. Banyak kenangan zaman kanak-kanak akak dengannya. Masa kecil, akak sangat suka pergi bermalam di rumahnya. Rumah ngah ada sawah padi, ada pokok rambutan, ada sungai dan ada kambing. Kambing peliharaannya diberi minum susu dari susu botol. Ngah dengan selamba akan memeluk kambing-kambingnya untuk disusukan. Mana akak dan adik-adik tak teruja. Malah, ada sekali akak mengikut dia memotong getah. Kalau sekarang , mau aje akak membebel jika anak akak dibawa orang ke kebun getah. Namun, bila akak fikir 2 kali alangkah bagusnya pengalaman itu. Akak jadi betah dengan pacat dan nyamuk apabila dah besar. pengalaman itu diantara pengalaman yang benar menjadikan akak anak kampung sejati. haha perasan anak jati kampung kejap:D Ada satu lagi pengalaman bersama Ngah yang paling akak dan sepupu masih ingat sampai kini. Satu hari di hari raya, sewaktu balik dari beraya di rumah ngah kami (4-5 orang) berjalan kaki pulang ke rumah wan. adalah dalam 1km kot jaraknya. Tiba-tiba muncul ngah dengan sebatang lemang dtangan. Gayanya macam nak marah kami dan hendak mengejar kami. Tak pasti apa dosa kami, lalu kami berlari laju-laju sebab takut kena balun dengan batang lemang. Akhirnya dalam ketakutan kami terus berlari dan sampai rumah Wan. Demi melegakan ketegangan kami pergi mandi di sungai. Enjoy betul masa tu, padahal umur masing-masing masa tu belum pun 10 tahun. Beberapa hari kemudian, Ngah datang ke rumah Wan bawa berita. Rupa-rupanya di hari tersebut dia nak beri lemang tapi akak dan sepupu lari bagaikan dikejar hantu. Alahai sayangnya...rugi sebab tak dapat makan lemang free. Hari ini akak hanya ada kenangan Ngah untuk dikenang selagi ada hayat. Maaf tak dapat balik kampung dan tak dapat menatap wajahnya buat kali terakhir. Alfatihah dan Yassin mengiringimu Ngah, Azmah Binti Bainah.   Posted from Nokia phone.

Bertunang dulu atau terus kahwin?

Salam...Last week adik ipar Kak Aina dirisik. setelah kata sepakat dicapai, akhirnya ditetapkan dalam bulan Mac ini iaitu masa cuti sekolah mereka akan bertunang. Adik akak tu plan nak kahwin aje terus, tapi bf dia teringin nak merasa 'rasa' bertunang. Teringat pula zaman muda-muda akak dulu. Time merisik akak tengah belajar lagi. Jadi bila diberitahu ada yang merisik terus meroyan di pondok telefon. Bila cerita dengan kawan-kawan, kena pulak diejek-ejek. Akhirnya, kawan-kawan itu jugalah yang menasihatkan supaya berkenalan dulu sebab akak pun tak de sesiapa masa tu. Kesian sangat bunyinya kan? Dah tahun akhir kat U tapi masih tak de yang nak. Hu hu...Sebenarnya ada, tapi akak yang jual mahal. Akhirnya melepas. So itu salah satu sebab kawan-kawan akak suruh setuju jumpa si dia sebelum menolak. Nanti jual mahal dan melepas lagi, padan muka! Akhirnya, pada cuti semester akak dan si dia dipertemukan oleh keluarga di rumah kami. Nak tahu, pada malam sebelum kedatangan si dia dan familinya, rumah akak dikunjungi oleh seekor rama-rama yang sangat cantik. Kata orang itu tandanya ada orang jauh nak datang kan? Dalam kat tak suka, hati berdebar-debar juga. Pada pertemuan pertama memang kami tak bercakap apa pun. Main jeling-jeling aje dari jauh. Hanya selepas beberapa hari dia menelefon meminta akak supaya melakukan solat istikharah mohon pada Allah agar kalau kami berjodoh, maka berikanlah petunjuk-Nya. Oklah nak tolong adik ipar fikirkan apa hantaran nak diberikan. Semoga segala perancangan dan urusan berjalan lancar.  Kalau korang suka bertunang atau nak kahwin terus?        posted from my nokia phone

Tentang senyum


Senyum ada macam-macam jenis. Ni budak paling keletah dalam rumah tangga kami. Dalam rumah dialah heronya. Kalau di luar rumah, pendiam dan tak senyum pun dengan orang luar.


Katanya ni senyum macam nak berak...heee


Ni  kalau senyum cantik...

Hehe...itulah kisahnya akak melayan Alfatih sebelum nak tidur malam. Dia orang paling last tidur. Abang-abang pukul 9pm je memang dah kena masuk bilik tidur, sebab nak sekolah. Bila abang-abang sekolah, tinggal lah dia seorang di rumah.

Kalau dia kepenatan sangat-sangat......kat atas kerusi pun jadi tidurnya...



Alahai anak...nasib tak jatuh tau:)

Kalau dah jodoh









PETALING JAYA: Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang doktor pakar.
Malek berkata, majlis pernikahannya dengan ibu kepada lima orang anak itu akan diadakan secara sederhana di rumah keluarga perempuan di Kota Baharu, Kelantan pada 12 Mac depan.
Majlis resepsi perkahwinan pula akan diadakan sehari selepas itu di Hotel Renaissance, Kota Baharu.
Menurut Malek, dia amat bersyukur ketika berusia 56 tahun, Allah menemukan jodohnya dengan seorang wanita yang benar-benar mengambil berat terhadapnya selain bersifat penyayang. 
“Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana membuka pintu hati saya untuk berkahwin dan menemukan saya dengan wanita yang benar-benar baik untuk dijadikan seorang isteri,” katanya kepada mStar Online di sini, Khamis. 
Malek yang masih mahu merahsiakan identiti wanita tersebut berkata, dia mengenali doktor berkenaan yang bekerja di sebuah hospital swasta dekat sini sejak empat bulan lalu ketika membincangkan urusan perniagaan. [selanjutnya baca sini...]
Bagi sesiapa yang menonton rancangan Nona di TV3, 2 minggu lepas pasti sudah tahu siapakah bakal isteri beliau. Dalam rancangan tersebut Datuk Malek ditemuramah oleh Neelofa ada menyebut nama doktor pakar tersebut. Beliau turut berkongsi kisah dan bibit perkenalan dengan bakal isterinya.

Nona sekarang dihoskan oleh Farah Fauzana secara giliran dengan Neelofa. Hemm...Agak bagus juga mereka berdua sebagai pengacara Nona. Aura Neelofa memang menjadi. Manakala Farah Fauzana yang 'havoc' di konti Hot FM juga menjadi sangat ayu di dalam rancangan majalah kewanitaan itu. Moga, Nona akan terus maju jaya di bawah kendalian dua wanita ini:)

Alhamdulillah tumpang gembira untuk bakal pengantin, Datuk Malek Noor dan Doktor Wan A. Itulah namanya jodoh. Istilah bujang terlajak, andartu atau andalusia dsb hanya mainan bibir manusia. Allah jua menentukan segalanya. Satu lagi penghijrahan akan  dilalui oleh Datuk Malek Noor, iaitu menjadi seorang suami. Semoga perkahwinan mereka kekal ke syurga. Amin.

KAK AINA: Bulan Mac ni cuti sekolah seminggu. Ramailah orang nak kahwin dan bertunang termasuklah adinda iparku. Semoga dipermudahkan semua urusan.