Bertunang dulu atau terus kahwin?

Salam...Last week adik ipar Kak Aina dirisik. setelah kata sepakat dicapai, akhirnya ditetapkan dalam bulan Mac ini iaitu masa cuti sekolah mereka akan bertunang. Adik akak tu plan nak kahwin aje terus, tapi bf dia teringin nak merasa 'rasa' bertunang. Teringat pula zaman muda-muda akak dulu. Time merisik akak tengah belajar lagi. Jadi bila diberitahu ada yang merisik terus meroyan di pondok telefon. Bila cerita dengan kawan-kawan, kena pulak diejek-ejek. Akhirnya, kawan-kawan itu jugalah yang menasihatkan supaya berkenalan dulu sebab akak pun tak de sesiapa masa tu. Kesian sangat bunyinya kan? Dah tahun akhir kat U tapi masih tak de yang nak. Hu hu...Sebenarnya ada, tapi akak yang jual mahal. Akhirnya melepas. So itu salah satu sebab kawan-kawan akak suruh setuju jumpa si dia sebelum menolak. Nanti jual mahal dan melepas lagi, padan muka! Akhirnya, pada cuti semester akak dan si dia dipertemukan oleh keluarga di rumah kami. Nak tahu, pada malam sebelum kedatangan si dia dan familinya, rumah akak dikunjungi oleh seekor rama-rama yang sangat cantik. Kata orang itu tandanya ada orang jauh nak datang kan? Dalam kat tak suka, hati berdebar-debar juga. Pada pertemuan pertama memang kami tak bercakap apa pun. Main jeling-jeling aje dari jauh. Hanya selepas beberapa hari dia menelefon meminta akak supaya melakukan solat istikharah mohon pada Allah agar kalau kami berjodoh, maka berikanlah petunjuk-Nya. Oklah nak tolong adik ipar fikirkan apa hantaran nak diberikan. Semoga segala perancangan dan urusan berjalan lancar.  Kalau korang suka bertunang atau nak kahwin terus?        posted from my nokia phone

2 comments:

Sya_Merpati Putih 88 said...

sweet lah kisah kak aina...pasti seronok rasanya bila bercinta selepas berkahwin kan, lebih indah..(^___^)

Aina said...

Alhamdulillah....

Bercinta selepas kahwin ada pro n kon. Terpulang mcm mana kita nk jadikan ia bahagia.

selepas kahwin baru nampak true colors.kalau boleh tolerate dan terima baik buruk pasangan Insha Allah segalanya ok.

Kalau hanya 1 pihak memberi sahaja atau menerima sahaja, tiada muafakat mungkin sebaliknya berlaku..