Sunan Musafir

Alhamdulillah...

Syukur, dapat memiliki buku terlaris hari ini di Grup Buku Karangkraf, Sunan Musafir. Wah, memang laris sungguh tadi.  Sekejap aje, habis novel itu direbut orang. Tambahan dengan kehadiran sang penulis iaitu Ramli Awang Mursyid,  pastinya para peminat tidak melepaskan peluang untuk membeli dan mendapatkan  tandatangan beliau. Untungnya, belian pada hari ini boleh didapatkan  pada harga diskaun, RM33 (asal RM35 sebab berkulit tebal).

Untuk makluman, buku Sunan Musafir ini adalah cetakan kali pertama dan bakal dirasmikan esok di pentas PBKL. Insha Allah. Jadi kepada peminat beliau yang berhajat mendapatkan naskah Sunan Musafir, boleh hadir esok kerana menurut informer di Grup Buku Karangkraf mungkin cetakan sebanyak 300 buah akan diedarkan. Memandangkan esok hari cuti, sesi sign autograf dan bergambar mungkin tidak diadakan bagi mengelakkan kesesakan dek kebanjiran pengunjung yang ramai. Namun, siapa tahu kan, kot kot tetiba adaaa....so, jommmm heboh beramai-ramai :)

edisi hard cover 


Novelis thriller #1 di Malaysia

RAM ni nampak muda dari usia..Begitu juga dengan novelis Norzailina Nordin dan Hasreeyati Ramli yang  ditemui di tempat yang sama. Terasa macam sebaya je mereka tu dengan saya, padahal usia berjarak jauh juga:)
Hasreeyati Ramli 
Norzailina Nordin 

0 comments: