Selamat Datang...Welcome...Ahlan wa sahlan :) Tragedi Gunung Salak - Dunia Merah Jambu Saya

** PING **

Tuesday, May 15, 2012

Tragedi Gunung Salak

Barangkali ramai sedia maklum kejadian kapal terbang terhempas di Jawa Barat, Indonesia. Pesawat jenis Sukhoi buatan Russia itu terhempas ke lereng bukit di Gunung Salak dekat Bogor. Sehingga ke hari ini, pihak berkuasa Indonesia masih lagi berusaha mengeluarkan mayat mangsa dari tempat kejadian.

Difahamkan 45 orang termasuk juruterbang dan krew terkoban dalam nahas yang berlaku pada 9 Mei lalu. Gunung Salak ialah salah satu daripada gunung berapi yang terdapat di Indonesia. 
'Bismillahi tawakaltu' ayat terakhir pramugari

RABU lalu, pesawat komersial buatan Rusia, Sukhoi Superjet 100 (SSJ-100) yang membawa 45 penumpang terhempas di lereng Gunung Salak yang terletak di daerah Bogor, Jawa Barat, Indonesia.
Sukhoi sebelum ini dikenali sebagai pengeluar pesawat tempur yang tangkas mematahkan serangan musuh. SSJ-100 merupakan pesawat penumpang komersial pertamanya.
Mengimbas detik hitam kecelakaan udara yang dikhuatiri meragut nyawa kesemua 45 penumpangnya, pegawai menara kawalan trafik di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Mulya Abadi memberitahu, pada pukul 2.33 petang, juruterbang pesawat berkenaan, Aleksandr Yablontsev, ada menghubungi menara kawalan bagi meminta kebenaran untuk turun daripada ketinggian 10,000 kaki ke 6,000 kaki.
Tawakal
"Selain mahu terbang lebih rendah, Aleksandr turut meminta izin untuk menukar haluan ke arah kanan. Kebenaran diberikan kerana ketika itu pesawat berada di lokasi latihan penerbangan di Atang Sendjaja, Bogor.
"Juruterbang bebas melakukan apa saja pergerakan di situ kerana kawasan tersebut tidak berbukit dan bergunung. Pesawat latihan juga sering mendarat dan berlepas di situ.
"Namun, tidak lama selepas itu, pengawal trafik yang bertugas terputus hubungan dengan Aleksandr," jelas Mulya.
Pesawat malang yang berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta itu dipercayai terhempas selepas merempuh cenuram di salah satu daripada tiga puncak Gunung Salak yang tingginya sama seperti Genting Highlands di Malaysia iaitu kira-kira 1,800 meter daripada aras laut.
Rempuhan dahsyat itu berlaku selepas pesawat itu terbang buat kali kedua tanpa mengisi bahan bakar.
Ketika kejadian, SSJ-100 yang boleh membawa 98 penumpang sedang menjalani siri penerbangan promosi. Indonesia ialah destinasi keempat sebelum ia dijadualkan ke Laos dan Vietnam.
Ia menghentam cenuram berdekatan Kampung Loji, kira-kira 3.5 kilomter dari Cijeruk sehingga mengakibatkan badan pesawat hancur berkecai.
Penumpang penerbangan itu turut membawa 35 warga tempatan. Mereka ialah pramugari syarikat penerbangan, petugas media dan ahli politik.
Pembantu juruterbang SSJ-100, Alexander Kochetkov ada merakamkan gambar detik-detik akhir bersama pramugari dan penumpang sebelum pesawat tersebut berlepas petang Rabu lalu. Gambar itu ada dimuat naik dalam laman sosial internet.
Pramugari syarikat penerbangan Sky Aviation, Aditya Recondianty telah memuat naik gambarnya ke dalam telefon pintarnya sejurus sebelum pesawat itu berlepas. Selain gambar, Aditya juga sempat mengubah statusnya di telefon pintar itu sebelum pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan.
"Ini status terakhir Tya, 'Bismillahi tawakaltu' (Aku bertawakal dengan nama Allah)," kata ibu Aditya, Susan, yang tinggal di Jakarta Selatan.
Susan memberitahu, foto tersebut juga sempat dikirim kepada adik perempuan Aditya bernama Icha.
Halimun
"Kami sekeluarga hanya mampu berdoa agar jasad Aditya dapat ditemui dalam keadaan sempurna," katanya yang menjadikan foto anaknya itu sebagai wallpaper telefon bimbitnya.
Menurut laman berita tempatan, kesemua jenazah nahas berjaya ditemui, kebanyakannya di sebatang anak sungai berdekatan lokasi serpihan bangkai pesawat dijumpai.
Biarpun terdapat desas-desus yang mengatakan kemalangan udara itu disebabkan kecuaian manusia, ada juga pihak yang mengaitkan kehadiran kepulan awan tebal di puncak Gunung Salak yang lebih dikenali sebagai halimun dalam bahasa Sunda menjadi punca pandangan juruterbang tersekat.
Meneliti analisis cuaca daripada Pusat Sains dan Teknologi Atmosfera Antariksa dan Penerbangan Nasional Indonesia, satelit cuaca menunjukkan pesawat SSJ-100 mungkin dikepung awan tebal semasa terbang di puncak pertama.
SERAMAI 45 orang dipercayai terkorban dalam kemalangan udara ini.


"Ketika pesawat terbang di sekitar Gunung Salak, ia kelihatan sangat hampir dengan liputanawan kumulus pada ketinggian 37,000 kaki (11,100 meter).
"Awan itu sangat tebal dan berisiko menghalang pandangan juruterbang sehingga 70 peratus," kata penganalisis cuaca pusat itu, Thomas Djamaluddin.
Dalam keadaan tersebut, jelasnya, juruterbang biasanya akan mencari jalan untuk keluar daripada kepungan awan tersebut.
Jika berada pada ketinggian 10,000 kaki, juruterbang mempunyai tiga pilihan sama ada menaikkan atau menurunkan ketinggian pesawat atau mengalihkan arah sama ada ke kiri atau kanan.
"Sekiranya ingin meninggikan kedudukan SSJ-100, pesawat perlu dinaikkan daripada ketinggian 10,000 kaki sehingga 37,000 kaki. Namun, ia terlalu tinggi.
"Sementara itu, jika pesawat dialihkan ke kanan ataupun ke kiri, keadaan tidak banyak berubah kerana ia masih berada dalam kepulan awan tebal.
"Jika pesawat diturunkan daripada ketinggian 10,000 kaki kepada 6,000 kaki seperti yang diminta, keadaan tersebut dianggap paling munasabah walaupun terpaksa berdepan dengan risiko topografi gunung yang mungkin tidak mampu dilihat secara jelas," kata Thomas. - SITI NOR AFZAN KASIMAN KOSMO ONLINE
p/s

Semoga roh saudara muslim yang terkorban dicucuri rahmat. Ameen...

Nak share? Klik like. Thanks






Comments
0 Comments

0 yang jambu :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers