Pokok perempuan?

Pokok perempuan?

Bukan merujuk gender pokok tetapi hanya sebagai perumpamaan sahaja.Abu Saif di dalam blognya menulis:
Pokok semalu ini pokok perempuan.  Orang perempuan yang pakai tudung dan ada sifat malu, tidak membenarkan dirinya disentuh. Kalau orang nak sentuh, dia akan menutup dirinya
Inilah pokok perempuan yang saya temui semalam di tepian padang bola ketika menemankan anak-anak berlatih bola di akademi.




Nampak tak daunnya menguncup setelah disentuh?
Menurut Abu Saif lagi, 
Di dalam amalan tradisional, pokok semalu memang terkenal sebagai pokok herba yang digunakan untuk manfaat kaum perempuan. Pokok berkenaan jika direbus bersama buah manjakani dan asam keping, airnya berguna untuk membersihkan anggota sulit kaum perempuan serta mengembalikannya ke sifat asal terutamanya selepas bersalin. 
Itulah pokok semalu, yang sepatutnya bagus dimanfaatkan oleh kaum perempuan dan mesti diteladani sifatnya. 
Pokok semalu itu dengan sifat pemalunya tidak membenarkan diri disentuh. Ia akan menguncup menjaga keselamatan dan kehormatan dirinya. Malah apabila menjelang senja, pokok semalu akan menguncup sebagai isyarat kepada kaum wanita agar menjaga kehormatan diri tatkala mentari tenggelam. Balik ke rumah serta pelihara aurat dan diri.
Ada baiknya kita merenung alam dan kaitkan dengan diri kita sebagai manusia. Jika penat bercakap dengan manusia, sesekala berdialoglah dengan alam. Dengan alam juga kita boleh belajar dan lebih mengenal sunnatullah.

Untuk makluman, Abu Saif ialah Ustaz Hasrizal dan boleh ditemui di Saifulislam.com. Ketahui lebih lanjut 'ibrah beliau tentang pokok semalu ini di sini.

0 comments: