Masa blogwalking, Kak Aina ada terbaca beberapa post blogger tentang Fatin Liyana. Sebelum ini pernah juga dengar namanya, tapi tak pernah ambil kisah. Alah banyak lagi blogger lain yang femes dan cun.
Tak kenal maka tak cinta. Bukan hanya pada rupanya yang cun dan cute itu, bakal doktor ini juga mempunyai skill menulis yang tersendiri. So, kiranya dia punya pakejlah untuk menjadi blogger pujaan ramai. Tapi, apa yang paling akak suka ialah, Fatin Liyana menulis tentang pelbagai tips. Ada tips kecantikan, tips fesyen, tips kesihatan, melancong dll. Kita kalau nak beli ubat, mesti tengok testimoni yang berjaya. Nak ikut fesyen, mesti mencontohi mereka yang cantik dan nampak arif tentang cara pemakaian yang berstail.So, blog Fatin Liya ada kesemua daya penariknya. Tahniah dik!
Tips paling anggun dan sesuai untuk akak, pastinya tips untuk kurus! Haha...semua orang gemuk pun mahu kurus kan? Yang dah kurus nak lagi kurus. Akak sangat suka bila Fatin Liyana cadangkan kalau nak kurus jangan drastik sangat, yakni crash diet! Makan seperti biasa pagi-petang-siang-malam tetapi mesti kurangkan jumlahnya. Kemudian sentiasa kekal aktif, dan elakkan junk food. Berjalan kaki (laju) sekurang-kurangnya sejam juga membantu proses pembakaran lemak. Cakap bukan sebarang cakap, cakapnya bersimpul pengalaman sendiri, ilmu perubatannya dan rujukan yang dipercayai. Huraian lanjut dekat sini.
Merenung gambar dan membaca blognya, pasti kita akan kagum dengan empunya diri bernama Fatin Liyana ini. Selepas ini, boleh ramai-ramai pakat nak jadi macam Fatin Liyana- kurus, cantik, berilmu dan bergaya :)
klik untuk loncat ke blog Fatin Liyana |
0 comments:
Post a Comment