Wow, info menarik di blog Pn.Stoberi! Tentang diet yang sesuai mengikut jenis darah kita.
Anda tahu jenis darah anda? Sila cucuk jari dan keluarkan darah tu, nanti anda tahulah jenisnya. No, itu salah! Anda tak boleh meng'test' sendiri. Sila buat pemeriksaan di klinik atau hospital. Lebih bagus, pergi menderma darah dan ketika itu anda akan ketahui jenis darah anda. Jenis darah kita samada A, B, AB dan O...Nak info lengkap, nanti semasa pemeriksaan silalah interview doktor, pembantu doktor, misi(nurse) atau pihak yang berkaitan okeh.
Berbalik tentang diri saya, saya jenis darah kumpulan B+. Hemm...dalam 4 orang anak saya, Luqman sahaja yang komfem darah sama jenis. Kalau tak silap, hubby pun jenis kumpulan B juga. Jadi anak-anak B lah kot semuanya. Kalau sekeluarga dah sama, senanglah nak menyediakan hidangan diet. Seperti perumpamaan, 1 saiz sesuai untuk semua orang. Hehe..
Jom baca ini dengan SERIUS. Bukan hanya untuk mereka yang NAK KURUS, tetapi juga untuk menJAGA keSIHATan.
Diet Untuk Golongan Darah 'B'
- Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
- Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
- Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
- Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
- Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
- Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
- Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
- Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
- Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:
- Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
- Snek: Jus anggur
- Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
- Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
- Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
Ok, kalau nak tahu bagaimana diet untuk mereka yang darah jenis lain pula sila baca sendiri kat sini. Patutlah sejak 2 menjak ni diet macam takde kemajuan. Harapkan mengempis, rupa-rupanya makin memberatkan penimbang. Ke penimbang rosak ek?
Moga dengan info ini kita sama-sama dapat merancang semula diet kita. Selamat menguruskan badan! Kalau tak berjaya, jangan marah. Mungkin ada silap kat mana-mana tu...Berfikiran positif dan teruskan berusaha!
Suke?
Suke?
0 comments:
Post a Comment