Pesanan seorang ayah yang anaknya mati bunuh diri

Hati mana tak berduka bila anak sendiri meninggal dunia. Apatah lagi jika cara kematiannya tragis dan meninggalkan trauma dalam hidup. Begitulah kasihannya Dr. Ko, seorang doktor pakar kulit yang kehilangan anaknya akibat membunuh diri.

Kes bunuh diri terjadi dari pelbagai sebab. Sebagai orang awam, kita berasa bunuh diri ialah perkara paling bodoh yang dibuat oleh manusia yang putus asa. Lebih-lebih lagi sebagai orang Islam, bunuh diri merupakan dosa besar yang tidak diampunkan oleh ALLAH s.w.t. Sesungguhnya mati itu hak ALLAH dan tiada manusia boleh berdoa supaya cepat mati, atau meminta Tuhan mematikan orang lain. Apatah lagi jika diri sendiri menjadi hakim dengan menjatuhkan hukuman mati untuk diri sendiri atau hukum bunuh untuk manusia lain.

Kekecewaan dalam hidup harus ditangani dengan positif. Sebagai orang Islam kita disuruh mengadu kepada ALLAH jika menghadapi masalah. Masalah dalam hidup adalah asam garam yang tidak boleh diketepikan selagi kita bernyawa. Tanpa asam dan garam ini pasti 'tawar' hidup kita. 

Masalah juga ialah ujian dan tanda 'kasih' Tuhan terhadap hambanya. Hamba yang lulus ujian akan menerima ganjaran kelak di 'hari perhitungan'. Hidup tanpa masalah menjadikan manusia selesa dan lalai mengingati Tuhannya. Mana mungkin kita boleh menjadi manusia yang ampuh dengan kecewaan dan kental dengan kesakitan? Bila kesusahan, pastinya manusia akan kembali kepada Yang Maha Esa.

Sebagai ibubapa kita harus menyiapkan anak-anak kita sejak dari kecil untuk menjadi manusia yang cekal dan tabah. Teguhkan jiwa mereka dengan agama. Diri yang bertiangkan agama INSHA ALLAH akan sentiasa teguh bila diusik dengan cabaran. Andai mereka tersasar, pasti mereka tahu jalan untuk pulang. Dan, jika mereka tercari-cari pelindung mereka akan memohon dari satu-satu Tuhan yang boleh menyelamatkan, ALLAH TAALA!

Berbalik kepada kisah Dr. Ko yang kehilangan anak lelaki satu-satunya. Anak lelaki yang bijak dan pandai sejak kecil. Anak lelaki yang menjadi harapannya dan keluarga. Namun anak itu sudah tiada lagi di dunia fana ini. Dalam nada yang berbaur sedih dan kekesalan beliau berpesan...
"kepada semua ibu bapa, habiskanlah banyak masa dengan anak-anak kita. Jangan manjakan mereka dengan memberi apa sahaja yang mereka mahukan. Jika tidak, nanti mereka tidak tahu perasaan bila kemahuan mereka ditolak. Ada benda di dunia ini yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit..."
Untuk pengetahuan, anak Dr. Ko, Steven seorang pelajar jurusan perubatan. Dia dikatakan terlibat dengan percintaan 3 segi dengan sahabatnya sendiri. Sebelum dia ditemui terjatuh dari sebuah parking kereta dekat pusat membeli belah, Steven sempat menghantar sms kepada gadis terbabit memberitahu bahawa dia tidak mahu menimbulkan sebarang masalah dan memberi tekanan kepada gadis itu. Malah, berpesan supaya dia menonton filem Casablanca.

Berita asal dekat sini.



0 comments: