Biarlah tak original pun

Bagi suri dalam dapur seperti saya, hobi memasak sudah bukan menjadi hobi lagi. Kalau sudah kerjanya di dapur, sudah pastilah wajib memasak. Kalau tidak memasak, uruskan rumahtangga dengan membuat kerja-kerja suri yang lain. Jadi ini semua bukan hobi tapi tanggungjawab.

Jadi, hobi menghala ke direksi yang lain iaitu menulis. Kalau dahulu saya punya diari untuk menulis, kini blog menjadi lapangan utama. Jika ada masa terluang, sudah pastilah jari jemari akan mengetik keyboard untuk menzahirkan rasa hati dan buah fikiran.

Kini ada satu lagi hobi. Menembak(mengambil gambar). Sebenarnya bukan juga hobi baharu, kerana bertahun lalu minat ini timbul ketika berkenalan dengan seorang kakak di satu halaman forum. Beliau berkerja dengan KEMAS. Di samping tugasan di pejabat, beliau juga merupakan jurugambar sambilan yang baru belajar fotografi (pada masa itu, kini dah semakin pro). Setiap kelapangan, beliau mengupload gambar ke laman forum dan dari situ dapatlah kami berkongsi cerita.

Namun, minat saya tidaklah sampai hendak memiliki DSLR sepertinya. Harga sebuah DSLR tidak mampu untuk dimiliki. Saya hanya boleh bermimpi dan berangan seandainya ada orang sudi menghadiahkan kamera hebat tersebut. Apa yang ada, sebuah kamera canon murah dan mobile camera dengan 5.0 megapixel.

Untuk mendapatkan sisi lain efek fotografi, saya cuba muat turun perisan dan efek percuma dari Internet untuk kepuasan sendiri.

"Alaaa tak ori pun" komen seorang adik saya..

Tak berkecil hatipun, cuma apa yang saya buat sekadar untuk mendapat kepuasan bagi hobi yang saya mampu miliki. Jika saya tidak mampu, buat apa hendak berhobi lebih dari kemampuan kan? Biarlah tak oripun asalkan mampu dibuat dan dapat memuaskan hati. Peace.

Salah satu gambar fevret, aksi pakcik memasak char kue teow di pasar malam AU2
Hobi #1 dahulu...kini....???
p/s
Berhobilah dengan hobi yang bermanfaat dan mengikut kemampuan. Jika mampu sekalipun biarlah berpada-pada, jangan sampai membazir dan menimbulkan rasa riak dalam hati.



0 comments: