Kini sudah menjadi minat, sambil menemankan anak-anak di padang bola tangan ini akan 'menembak' sasaran yang menarik menggunakan c6 kuasa 5.0. Memandangkan cuaca petang ini agak suram, pemandangan langit kebiruan dan awan-awan nano yang berselerakan tidak dapat dilihat. Maka, sasaran beralih arah..
![]() |
Tetap ceria....kegembiraan itu bermukim di hati bukan dicongak dari langit |
Bila mendongak ke langit, jangan lupa rumput di bumi. Jika langit cantik kebiruan, rumput yang menghijau pula umpama permaidani yang sangat elok buatannya. Allahu akbar!
![]() |
Inilah 'hutan' belukar di tepian padang tempat anak-anak akademi berlatih bola sepak |
![]() |
Titis-titis air hujan yang masih tersisa di daun |
![]() |
Tik tik...di mana kau dik? Nanti kita reunion di langit ok..... |
![]() |
Sang semut juga menikmati nikmat dari langit. Thanks Rabbi |
![]() |
Pucuk muda sangat manis dan comel. Kesian kat daun tua tu kan? |
![]() |
Kenal tak 'parasit' ni?? |
![]() |
Kami bukan parasit, kami cuma hendak menumpang kasih je... |
![]() |
Pisang kurus yang 'segan' nak berbuah. Banyak makan hati berulam jantung kot?? |
![]() |
Parking kereta |
![]() |
Pisang kemetot kuberi nama....cikkebum cikkebum!! hehe |
![]() |
Sakitnya dedaun itu dimamah ulat dan serangga...walaupun didera, hidupnya bermakna kerana menjadi sumber kelangsungan hidup jiran tetangganya. Subhanallah :) |
0 comments:
Post a Comment