Cikgu merungut

Tinggal seminggu lebih lagi baki persekolahan sebelum bermulanya cuti pertengahan penggal pertama. Untuk makluman, cuti sekolah akan bermula 26 Mei hingga 10 Jun 2012. 

Peperiksaan pertengahan tahun juga sedang giat dijalankan sama ada di sekolah atau tadika. Surat pemberitahuan juga sudah diedarkan lebih awal supaya ibu bapa dapat memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah pada hari peperiksaan berlangsung.

Namun, adakalanya tak semua murid dapat hadir. Sakit atau kerana kes kecemasan menjadi aral untuk mereka tidak dapat hadir ke sekolah. Kebiasaannya, cikgu akan mengadakan peperiksaan ulangan untuk murid-murid yang tidak hadir. Itulah antara tugas mulia guru yang memerlukan dedikasi dan komitmen yang tinggi - Terpaksa buat kerja dua kali.

Adapun begitu jugalah yang terjadi di tadika anak sahabat saya. 2 hari anaknya tidak dapat hadir ke sekolah. Dia sendiri telah berjumpa dengan guru kelas lebih awal untuk menjelaskan yang mereka terpaksa balik ke kampung atas urusan mahkamah. Ketika diberitahu, reaksi guru itu seperti kurang menerima. Namun dia cuba bersangka baik.

"Semalam anak saya cakap, cikgu 'marah'. Dia kata, 'mengapa tak datang sekolah'....'lain kali jawab periksa dulu baru balik kampung'..." cerita sahabat saya.

"mungkin cikgu tu tak marah, dia cakap je. Tapi anak sayalah jadi takut nak ke sekolah. Banyak kali jugak dia mengadu..."sambung sahabat saya lagi.

Begitulah luahan hati seorang ibu. Menjadi rutin harian setiap kali menghantar anak menunggu van sekolah, kami berkongsi cerita.

Apa yang dapat saya rasakan, memang betul cikgu tersebut tak marah. Mungkin cara dia melayan muridnya menjawab peperiksaan ulangan seperti tak berapa ikhlas dan 'merungut' pula. Budak kecil walaupun usia baru 6 tahun, kadang kala mereka juga bijak membaca emosi orang dewasa.

Tiba-tiba saya pula yang timbul perasaan tidak puas hati dengan guru tersebut. Masalahnya, sahabat saya telah memberitahu lebih awal tentang sebab kenapa mereka terpaksa balik ke kampung. Kalau urusan tersebut boleh ditangguhkan lain cerita. Bila tak boleh memahami kesulitan ibu bapa, guru seolah melepaskan rasa tak puas hatinya pada si anak.

Patut ke tak patut? Memang betul cikgu juga insan biasa dan kadangkala tersasar dari landasan professionalisme. Kisah ini untuk teladan bersama....

funny teacher cartoon
p/s
korang rasakan, budak usia 5-9 tahun yang mengambil peperiksaan tahu tak makna 'soalan bocor'. Maksudnya, kalau nak senang jawab peperiksaan ulangan, tanya sahaja kawan-kawan yang dah jawab kertas soalan terdahulu...atau ...

secara tak sengaja mereka tercerita tentang soalan-soalan yang telah keluar kepada kawannya yang bakal menghadapi peperiksaan ulangan. Rajinnya budak usia ni bercerita hal soalan peperiksaan yang dah lepas..Kenampakan saya cuma mereka enjoy main-maian...

I'm wondering.....sangat-sangat-sangat heran penilaian cikgu:(

Nak kongsi? Silakan...



1 comments:

CikGu onie@kakLoNG said...

selamat pagi ye...emm kesian anak tu ye...dah diberitahu oleh ibunya pun masih dimarahi.. sebenarnya mungkin guru tu tak marah TAPI cara dan penyampaian mungkin disalahertikan... mengenai soalan bocor tu.... biasanya guru tak akan kembalikan kertas soalan tu kepada murid-murid sebelum semua selesai menjawab...jadi bila difikirkan dapat ke murid yang berusia 5-9 tahun ini bercerita kembali mengenai soalan yang telah dijawab? dan murid sekarang lebih bijak.."eh, mana boleh bagitau awak soalan apa....nanti markah awak tinggi dari saya..." ini kemungkinan jawapannya... sekiranya murid khas pun boleh mengubahsuai cara dan perkataan guru memarahinya...tak mustahil murid kelas normal juga bijak memutar belitkan cara dan sebab guru memarahinya... oleh itu jangan kita percaya anak kita 100 % TETAPI kita harus selidik dahulu sebelum menerima 100% aduan anak kita k.... ini adalah pendapat dan cadangan saya sebagai seorang PENDIDIK.....