Showing posts with label Pesta Buku PWTC. Show all posts
Showing posts with label Pesta Buku PWTC. Show all posts

Wordless Wednesday: Jerry D. Gray di Pesta Buku Antarabangsa KL (PABKL)

Pesta Buku, jom heboh heboh kat sana

Sharing pemandangan hari semalam.....meskipun orang ramai, tetap ada ruang kosong nak berjalan. Rasanya, hari ini dan esok (last day) mungkin lebih sesak memandangkan hari-hari terakhir untuk tahun ini...
barisan peminat RAM

Sunan Musafir

Alhamdulillah...

Syukur, dapat memiliki buku terlaris hari ini di Grup Buku Karangkraf, Sunan Musafir. Wah, memang laris sungguh tadi.  Sekejap aje, habis novel itu direbut orang. Tambahan dengan kehadiran sang penulis iaitu Ramli Awang Mursyid,  pastinya para peminat tidak melepaskan peluang untuk membeli dan mendapatkan  tandatangan beliau. Untungnya, belian pada hari ini boleh didapatkan  pada harga diskaun, RM33 (asal RM35 sebab berkulit tebal).

Untuk makluman, buku Sunan Musafir ini adalah cetakan kali pertama dan bakal dirasmikan esok di pentas PBKL. Insha Allah. Jadi kepada peminat beliau yang berhajat mendapatkan naskah Sunan Musafir, boleh hadir esok kerana menurut informer di Grup Buku Karangkraf mungkin cetakan sebanyak 300 buah akan diedarkan. Memandangkan esok hari cuti, sesi sign autograf dan bergambar mungkin tidak diadakan bagi mengelakkan kesesakan dek kebanjiran pengunjung yang ramai. Namun, siapa tahu kan, kot kot tetiba adaaa....so, jommmm heboh beramai-ramai :)

edisi hard cover 


5 Panduan untuk ke Pesta Buku PWTC

Akak nak share beberapa tips untuk mereka yang hendak berkunjung ke Pesta Buku yang masih berbaki 6 hari. Hopefully bergunalah kan;)

1- Harga makan/minum LEBIH dari biasa
"Mak aih, milo 4 ringgit???Nasi lemak 5ringgit???"

Itu adalah keluhan seorang budak sekolah sewaktu kami berbaris untuk membeli air yang dijual di dalam PWTC. Memanglah mahal dik, tengoklah tempat tu di mana kan. Pusat Dagangan Dunia Putra...Akak dahulu kejutan juga. Pertama kali baca menu di Riverside, roti canai RM4.....memang terkejut giler. Setiap kali lalu, pandang ajelah. Hanya mampu makan di gerai riverside luar jer. Kalau tak pun silalah makan di The Mall. Kalau malas nak ke TM sila bawa sendiri air dan makanan. Jimat duit anda!

Setuju?

2 - Beratur panjang dekat ATM
Oh ye, hanya ada atm CIMB. Itu yang akak jumpalah. Kunjungan sebelum ini, akak tak sempat nak keluarkan cash, jadi terpaksa beratur panjang. Rugi masa. Bagi pengguna kad kredit atau debit, tidak semua kuanter bayaran hanya terima cash, contohnya di Grup Karangkraf, kita boleh menggunakan kad untuk membuat bayaran. Mudahnya....tapi, still nak gunakan cash untuk pembelian yang sedikit.

Suka?

3 - Aktiviti MENARIK
Sila check aktiviti / jadual menarik sepanjang hari. Oleh kerana kekangan masa, kita kekadang tak cukup waktu nak terjah semua booth dan galeri buku. Untuk pengetahuan, tingkat atas pun ada booth dibuka. Seandainya kita tahu jadual dan apakah antiviti/event menarik sepanjang hari tersebut mungkin kita boleh merancang masa supaya dapat berkunjung ke semua tempat dan pada masa yang sama tidak ketinggalan mengikuti event menarik yang disediakan.

Nak check di mana jadual? mmmm entahlah, tapi anda boleh like fanpage Pesta Buku dan di sana biasanya ada sedikit info menarik untuk hari itu.Sila update diri anda selalu :)

OK?

4 - Buat BELANJAWAN sendiri

Ada yang mengeluh kerana mahu ke Book Fair 2012, tetapi ada buku yang dibeli tika Book Fair 2011/10 masih ada yang belum sempat dibaca. Kak Aina sendiri perasan, adik akak yang kaki buku itupun masih ada buku yang masih belum dibuka balutannya...Tak sempat bacalah tu.

Saat pesta begini kita sering buta mata. Nampak ada diskaun terus nak beli. Ada juga buku yang tiada diskaun yang mungkin ada boleh belinya di kedai luar. Jadi anda boleh bajet mana yang patut diberikan keutamaan. Memang betul, anda ada kemampuan membelimemborong, tetapi beli sesajapun tiada maknanya jika tidak dibaca.

Betul tak?

5 - Jika bawa ANAK KECIL
Ada sesiapa kehilangan anak di Pesta Buku????

Sebagai langkah berjaga-jaga, elok jika memberi amaran dan nasihat kepada anak-anak supaya sentiasalah bersama ibu bapa dan jangan terlepas pandang apabila berada di celahan orang ramai. Elok juga kalau anda berpakaian sedondon kan? Kalau nak cari, senang.

"Mak cik, Pak cik....saya hilang mummy/daddy saya....dia pakai baju t-shirt, sebijik macam saya pakai ni ha."

"Kak..abang...tolong telefon papa saya supaya amik saya boleh tak? nombornya 019...."

Haaa....ajar anak-anak. Ini akan memudahkan juga untuk orang lain membantu kita.

Okeylah 5 panduan ini sekadar pendapat peribadi sahaja. Anda mungkin ada pendapat lain dan kalau tak bersetuju tidak mengapa. Jika kita sependapat, moga ia berguna hendaknya.


War, warkan, boleh?
TERIMA KASIH

Bersih 4.0: Jom berhimpun di Book Fair 2012, PWTC

Ya, Book Fair datang lagi!

Jika semalam tertunda niat-niat disebabkan demostrasi jalanan, hari ini dengan keadaan yang aman damai dan suasana harmoni ramai kaki novel, ulat buku dan peminat hobi membaca membanjiri pwtc untuk sapu bersih semua buku, majalah dan novel yang dijual oleh pelbagai pengedar buku dengan harga diskaun.

Selain jualan buku, setiap galeri dan booth menjadi tumpuan dengan kehadiran selebriti, artis, kartunis, novelis, penulis buku, ustaz, dll. Pastinya, hari ini antara yang menjadi tumpuan ialah jutawan bola sepak negara, Safee Sali. Selain itu, calon angkasawan negara Mejar Dr. Faiz Khaleed juga hadir untuk menyertai aktiviti yang dijalankan di galeri Karangkraf. Khabarnya, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Hasrizal juga hadir, tetapi tidak pula bertemu mereka.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010





Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 kembali lagi. Aku dah pergi pun semasa hari pertama. Alhamdulillah dengan mendukung Alfatih seorang kami bergerak pantas walaupun sepanjang jalan disekat dengan promoter yang mengajak untuk mendengar ceramah mereka tentang program pendidikan untuk anak-anak.

Program pendidikan untuk anak-anak memang bagus dan elok. Cuma aku tak berminat dan kebetulan aku mengejar masa untuk pulang sebelum 6pm. Alhamdulillah dengan bajet ciput aku dapat membeli 3 buah buku dan 2majalah kanak-kanak untuk Luqman dan Almustofa. Pada ketika ini cuti sekolah mereka balik kampung. Jadi kesempatan inilah baru dapat ibu berjalan tanpa diiringi askar-askar.Hehe..

Ayuh! Pesta masih berlangsung. Cepat datang kerana buku-buku dengan harga istimewa menanti kita..:)