Harga setem hari ini

Zaman dulu (lewat 80-an sampai lewat 90-an) kalau saya nak pos surat mesti mintak kat mak duit 20 sen untuk beli setem. Surat tu sama ada surat  nak hantar peraduan kat majalah, surat buat pen pal atau kad raya. Dengan 20 sen mesti surat sampai punya! Sekarang boleh dikatakan dah tak gunakan khidmat pos sebab e-mel pun dah banyak mengambil alih fungsi surat menyurat sebelum ini.

Pada hari ini, kalau kita silap tampal setem (nilai tak cukup) siaplah nanti kita dapat pula 'surat' dari pos malaysia suruh tambah bayaran kalau nak surat tu sampai ke pihak penerima. Ingat lagi tahun lepas, suami saya terima nota pemberitahuan dari pihak pos. Tapi, dia tak pergi pun bayar dan bila orang pos telefon tanya dia suruh buang je surat tu sebab surat tu dah kira sampai lambat dan hal penting dan pun settled.

Minggu lepas saya pergi ke pos malaysia di Jusco Au2. Hajat nak mengepos surat bagi pihak suamilah. So, nasib baik tunjuk surat kat akak pos di kaunter tu. Jadi dia bagi tahu surat tu kena setem 60 sen.

"Mahalnya..."kata saya dalam hati. Selepas tu saya mintak pula setem 50 sen dua keping.

"50 sen? Nak letak pada surat macam mana tu? Takut nanti tak cukup," kata akak pos comel tu.

"oooo ye ke. Saya nak tampal setem seringgit pada surat sekolah. Diorang yang mintak. Saya saja nak letakkan setem tu 50-50 sen" jelas saya.

"oklah cam tu" 

"Kalau kad raya kena setem berapa sen?" tanya saya pulak.

"Belum tahu lagi. Tunggu pengumuman nanti" jawab kakak pos comel.

Selepas membuat bayaran dan mengucap terima kasih saya pun beredar. Punyalah lama tak menggunakan khidmat pos malaysia ni, jadi macam blur je dekat situ. Nak masukkan surat pun puas cari kotak suratnya. Alahai....
surat saiz biasa dan ringan je pun...alamak renyuk!
60 sen tau!
Jadual operasi Pos Malaysia di Jusco AU2, tingkat 2

p/s 
Pos Malaysia yang di petronas setiawangsa sudah ditutup. Agaknya yang itu kot pindah kat sini....kot le ada yang tak tau kan...



3 comments:

mywriteday said...

harga setem sekarang semakin mahal

Soleh Google ☁️ 👓 📙 said...

Salam,

Asalkan surat sampai..hehe

Unknown said...

Kalo pos surat ke kelang lama berapa pula sen setem kena guna?