Keluarga felda dapat durian runtuh

Hari ini memang hari yang ditunggu oleh warga felda. Alhamdulillah PM kita DS Najib Razak dah umumkan...Siaran langsung di kaca tv kami tonton bersama pagi tadi sambil melayan Luqman menyiapkan kerja sekolahnya.

Suami tersenyum lebar bila pengumuman telah dibuat.

"Ibu, Aman dapat jugak ke?" Ibu gelak besar dengar soalan Luqman.

"Aki dan nenek dapat. Aman tak..."jawab saya.

Luqman dah generasi ke 3, dan lagi kita bukan duduk di felda nak oi...Apapun, tahniah buat semua warga felda yang meraih durian runtuh dan durian gugur...Durian yang runtuh bak bunyi motokar 'bruuuummm' kata DS Najib. Haha...suka juga tengok dia berseloroh dengan rakyat (kecualikan bab politik). Memang beruntung orang felda dan orang Pahang bila PM kita orang negeri kita. Tapi kata DS Najib, yang penting ialah sebab felda diasaskan oleh almarhum ayahandanya Tun Abdul Razak dan pertama kalinya tanah yang diteroka ialah Felda Lurah Bilut di Bentong Pahang.

Moga rezeki kurniaan Allah itu dapat dimanfaatkan bersama. Selepas ini mana-mana anak peneroka yang berada rasa sudah lama tak balik kampung dapat lebih buka mata untuk menghargai tanah tumpah darah mereka terutama ibu bapa kalau berasa sudah lama tak dijenguk. Emm...jangan hanya nak balik untuk tuntut durian runtuh ya....

Jasa dan pengorbanan peneroka serta jerit perih mereka pada 30-50 tahun kebelakang di mana peneroka generasi pertama membangunkan tanah rancangan perlu kita hargai. Mungkin orang bukan peneroka dan bukan kakitangan felda terasa sedikit iri hati dek apa yang mereka dapat ini, namun berbanding kesusahan mereka dahulu mungkin kita boleh katakan ianya berbaloi! 

Saya masih ingat sewaktu kecil suka melawat mak saudara yang juga orang felda. Rumah di sana tak besar dan kehidupan tak mewah hari ini. Berbanding, anak-anak mereka yang ramai dan pendapatan mereka ketika itu tidak setinggi sekarang. Syukur hari ini kalau kita masuk ke felda, rumah-rumah sudah besar dan kalau masuk ke dalamnya pula terasa limpahan rezeki yang mereka telah dapat. Namun, generasi pertama felda kebanyakannya sudah tiada hari ini. Dalam kegembiraan ini mari sama-sama kita sedekahkan Alfatihah, semoga ada limpahan 'nikmat' juga buat mereka di alam sana. Walaupun, tidak dapat merasai untung dunia, moga ada saham akhirat atas pengorbanan mereka dahulu.

Insha Allah.

2 comments:

Sya_Merpati Putih 88 said...

untung orang felda dpt bonus 15K...:)

Aina said...

Alhamdulillah...hari ini beruntung setelah bertahun3 mengerah keringat di ladang.bukan senang nak senang seperti hari ini.