Misteri Kucing Hilang

"Misteri Kucing Hilang" , tajuk tu macam dalam cerita siri penyiasatan pulak. Buku penyiasatan bersiri paling saya minati ialah karya Enid Blyton. Kisah 5 penyiasat yang diketuai oleh si Gemuk dan anjingnya bernama Buster serta watak polis yang angkuh bernama Encik Goon.

So, khabarnya ada berita kehilangan kucing secara misteri di Melaka sejak September tahun lalu. Ada sesiapa nak siasat misteri ini???

Hehe...terima kasih ajelah sebab misteri ini sudah berjaya diselesaikan....
Kucing Hilang Ditemui, Digunakan Untuk Hasilkan Minyak Pengasih

MELAKA: Seseorang aktivis haiwan yang menyiasat mengapa banyak kucing dilaporkan hilang sejak kebelakangan ini menemui pautan menarik berkiatan 'Pengasih' dan pakaian dalam yang telah digunakan sebagai tujuan menggoda.
Persatuan Pencegahan Kekejaman Haiwan (SPCA) sebelum ini menerima laporan banyak kucing di Melaka, telah hilang dari rumah pemiliknya sejak September.
Dalam kes baru-baru ini, seorang wanita berusia 45 tahun di Padang Temu mendapatkan bantuan SPCA selepas kucing Parsi miliknya hilang.
Pengerusi SPCA Melaka, Vincent Low, bersama beberapa orang ahli dan Pegawai publisiti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Tan Joek Kwang melawat pemilik, Christine, untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Selama beberapa hari, beberapa petunjuk membawa Low ke sebuah rumah di pinggir bandar di mana beliau mendapati seorang wanita Indonesia yang hidup dengan puluhan ekor kucing.
"Hanya selepas itu, saya mengetahui bahawa bulu dan air liur kucing digunakan di dalam upacara membuat minyak Pengasih," katanya dalam satu temu bual.
Beliau berkata wanita itu mendakwa dia hanya memberi perlindungan kepada kucing dan tidak mencurinya.
Wanita itu bagaimanapun, kemudian mengakui bahawa dia merendam air liur dan bulu kucing bersama pakaian dalam yang telah digunakan untuk membuat ubat pengasih.
Low berkata wanita itu mendakwa minyak pengasih yang dihasilkannya membantu mengukuhkan ikatan di antara pasangan dan juga berfungsi sebagai anti-penuaan.
Hasil lawatan beliau, Low merampas empat ekor kucing.
Pada Selasa, beliau pergi ke sana sekali lagi untuk mengambil lapan ekor kucing lagi tetapi wanita itu telah hilang.
Low berkata terdapat kes-kes warga asing yang menangkap kucing jalanan untuk dimasak.
"Kali ini, SPCA terkejut apabila mendapati bahawa haiwan ini telah hilang dari rumah pemilik," katanya. [mstar online]
Macam-macam cara manusia untuk mengamalkan ilmu hitam. Bila sudah sesat, macam-macam hal yang pelik untuk difikir oleh akal kita boleh berlaku. Semuanya angkara tipu daya syaitan. Kesian kucing-kucing yang jadi mangsa...

Nauzubillahi min zalik

0 comments: