Bubur guli


Inilah guli-guli yang dibuat daripada campuran tepung ubi, tepung beras dan tepung pulut. Campuran tepung-tepung tersebut dijadikan doh dan dibahagikan kepada 3 bahagian mengikut warna. Kemudian masak guli di dalam air panas dan tunggung hingga terapung/timbul. Selepas timbul boleh angkat ke tepi.
Sebelum boleh dimakan, buatkan kuah terlebih dahulu. Santan dimasak bersama gula, secubit garam dan jangan lupa masukkan daun pandan untuk menambah harum bubur anda.

 Ya, selepas kuah hampir masak, masukkan biji sagu dan guli-guli tadi...Inilah hasilnya selepas sudah dimasak...

Nom..nom....Sapa nak? Meh sini nganga mulut, nak suap. Bissmillah....

0 comments: