Hukum pasal khitan (sunat) anak lelaki dan perempuan baca sini.
Kalaulah ada yang bertanya, mana lebih baik sunat anak(lelaki) masa kecil(baby) kah? atau dah besar(kanak-kanak)?
Sudah pasti saya akan menjawab masa kecil. Ini kerana mereka senang diuruskan dan luka cepat sembuh.Anak saya 4 orang (lelaki) kesemuanya disunatkan ketika berusia kurang 7 hari. Paling awal ialah anak sulung dan yang kedua iaitu bersunat ketika berumur sehari. Alhamdulillah semua 4 beradik itu tiada masalah menjaganya.
Saya pernah mencadangkan kepada seorang teman supaya menyunatkan anaknya sebaik lepas lahir. Dia menolak kerana mahu meraikan anaknya kelak secara meriah.
Gambar hiasan - Google image
Pengalaman ketika menyaksikan adik dan sepupu disunatkan ketika zaman kanak-kanak mereka, saya menjadi seriau tatkala mendengar mereka menjerit kesakitan memanggil emak. Mana taknya, proses dilaksanakan secara tradisional iaitu dibuat oleh tok mudim di rumah. Hebatnya, sebatang pokok pisang disediakan. Kalau tak silap, sebelum bersunat mereka juga disuruh mandi manda di sungai supaya kembang kulit dan mudah untuk dipotong (kot).
"Baby kecil lagi, mereka tak tahupun makna sakit" kata doktor.
Iyer ke? kalau tak sakit macam mana mereka menangis kan? Mungkin itu cara doktor nak psiko parents kot. Akhirnya, saya berani untuk melihat anak disunatkan. Semua anak kecuali yang kedua(Almustofa) saya bersama suami melihat doktor melakukan proses menyunat. Masa Almustofa hendak disunatkan, saya berada di dalam toilet(wad). Tahu-tahu aje, suami telefon suruh datang ke bilik rawatan di tingkat 1. Alahai, ibu dalam pantang macam mana nak jalan laju-laju. Akhirnya saya menyuruh aja mereka teruskan tanpa saya.
"Berani maknya. Ada orang tak berani tengok tau" kata doktor sambil menyediakan peralatannya. Sambil tangan buat kerja, mulutnya tak henti berbual dan memberikan info. At least, lega sikit dalam hati. Bila suntikan bius dikenakan pada baby, dia mulai menangis dan tak sampai seminit baby diam semula.
Kali terakhir, saya melihat masa Alfatih (anak ke4) disunatkan. Masih doktor yang sama bertugas menyunatkan baby.
"Anak saya 4 orang semua bersunat dengan doktor." Kata saya.
"Iyer ke? Haaa...kalau macam tu mesti salah sorang pernah kencing pada saya kan?" tanya doktor. Saya gelak dan menjawab "memang pun".
Memang lawak, elok-elok aje doktor dah sapu ubat pada punai tiba-tiba baby pancut. Apa lagi terpaksa pulak cuci dahulu. Nasib baik doktor pakai apron getah. Memang itulah tujuannya kot. Haha..Kemudian ada juga yang sempat mem'buang', mmmm terpaksa juga doktor tunggu sekejap supaya ibu cucikan bontot baby. Macam-macam ragam baby nak bersunat. Hingga rasa takut atau seriau pun hilang walaupun semasa melihat kulit baby digunting.
Tak sampai 5 minit semua settle. Doktor akan memberitahu cara-cara untuk mencuci kemaluan baby dan kurang seminggu jugalah luka mereka telah sembuh apabila alat untuk clamp pada kemaluan baby tertanggal sendiri. Yang penting, semasa mandi dan selepas menukar lampin baby kita mesti cuci bersih dan sapu ubat yang doktor bekalkan.
Ada juga ibu bapa terlebih risau kerana apabila balik ke rumah baby menangis teruk kononnya kesakitan disebabkan kesan bius sudah hilang. Maka, mereka membawa baby ke hospital semula. Rupa-rupanya baby bukan bermasalah disebabkan sakit bersunat. Biasalah, dalam pantang ada masanya baby akan kerap menangis terutamanya di waktu malam. Kemudian, perut mereka juga masih tak kuat untuk menahan 'angin' jika tersalah makan. Memang baby tak makan, tetapi air susu ibu yang bersumberkan pemakanan ibu akan menyumbangkan kepada masalah meragamnya perut baby.
Pernah sekali jiran yang pertama kali menyunatkan baby boy, memanggil untuk periksa sama ada luka babynya ok atau tak. Sebagai orang yang dah berpengalaman, sedikit info dapatlah dikongsikan.
Ada satu lagi kisah menarik pasal anak-abak yang sudah bersunat ini. Setiap kali mandi dan selepas mandi bersama sepupu mereka, ada anak saudara lelaki tu perasan yang punainya tak sama dengan anak-anak saya. Lalu dia mengadu kepada ibunya dan meminta untuk mempunyai 'punai' yang sama begitu juga. Kami gelak besar. Pada mulanya memang ibunya buat dek sebab anaknya sangat lasak. Selepas banyak kali anaknya mendesak, ketika umur 6 tahun barulah disunatkan di klinik. Tapi, sunat anak besar agak leceh. Seminggu belum pasti lukanya akan sembuh sepenuhnya kerana tangan yang panjang itu asyik merayap untuk menggaru. Gatal katanya...
KAK AINA: Bila terkenang saat-saat menjaga baby dan ragam masing-masing masa kecil memang buat saya tersenyum atau terasa sebak sorang-sorang. Suka belek album gambar mereka masa dahulu. Itulah antara kenangan manis menjadi seorang ibu. Namun bukan setiap hari adalah manis. Setiap ujian akan menjadikan kita untuk berusaha menjadi ibu yang lebih baik, dan manusia yang lebih cemerlang di sisi pencipta. Selamat hari lahir Almustofa yang ke 7 tahun. Abahnya macam lupa ajer tanggal hari ini....Nak tunggu siapa yang ingat :)
KAK AINA: Bila terkenang saat-saat menjaga baby dan ragam masing-masing masa kecil memang buat saya tersenyum atau terasa sebak sorang-sorang. Suka belek album gambar mereka masa dahulu. Itulah antara kenangan manis menjadi seorang ibu. Namun bukan setiap hari adalah manis. Setiap ujian akan menjadikan kita untuk berusaha menjadi ibu yang lebih baik, dan manusia yang lebih cemerlang di sisi pencipta. Selamat hari lahir Almustofa yang ke 7 tahun. Abahnya macam lupa ajer tanggal hari ini....Nak tunggu siapa yang ingat :)
2 comments:
salam..kak aina sunatkan anak kat mana..berminat nk buat la..
Ria,
Pusat Perubatan Naluri Wangsa Maju. Doktor pula import dr PUSRAWi...Dr. Zain. Memang bagus doktor tu. Tentang bayaran kena contact klinik. Mungkin beza rate dulu dan sekarang:)
Post a Comment