Hari ini tak boleh blues!

*Salam Sejehtera*

Syukur masih panjang usia untuk menyambung urusan dunia kita...Thanks to Allah Tuhan Semesta Alam.

Biasa Isnin mesti blues ajekan? Since cuti persekolahan sudah bermula, akak pun sedikit merasa nikmat 'kemerdekaan' walaupun sebenarnya tugas sebagai ibu, isteri dan suri rumah itu tiada cutinya. Hari sekolah ataupun cuti sekolah sama juga! Kalau ibu bekerja, lagilah sibukkan? Balik rumah, harus 'bersilat' di dalam rumah pula....kecuali mereka yang ada pembantu rumah lah kot?

So, ada yang blues? emm janganlah weh. Hari ini kita kena semangat. Malam nanti 'harimau muda' kita nak gempur Stadium Bung Karno untuk lawan 'garuda'. Huih, cuak je rasanya...boleh ke garuda ditumpaskan. Tumpas sekali lagi! Lagi sekali!

Pertembungan jam 8.30 malam ini ialah bagi merebut pingat emas bola sepak Sukan SEA XXVI. Dianggap, juara bukan sahaja mendapat medal dan title, tetapi paling utama maruah tercalar dek kekalahan sebelum ini menjadikan Indonesia benar-benar terdesak untuk memenangi perlawanan. Sikap fanatik penyokong tuan rumah rumah harus dibenamkan di bumi mereka sendiri supaya tidak egois dan angkuh bila isu -isu semasa melibatkan Malaysia-Indonesia dipalit bersama dalam kancah sukan. Huh sangat tak sehat pemikiran itu! Apa jua masalah luar padang, harap pemain bermain penuh kesukanan dan profesionalisme.

Kepada yang tidak minat bola sepak, marilah bersama mendoakan supaya pasukan Harimau Muda kita dapat mempertahankan kejuaraan sebelum ini. Insha Allah.

Haihhh....memang tak sabar tunggu malam ni. Wajib settle segala urusan sebelum  wisel mula berbunyi! Hehe semangat..semangat okmeh weh

Pertembungan maruah
ONG Kim Swee memberi amanat terakhir kepada pemainnya pada sesi latihan terakhir di Jakarta semalam, menjelang pertemuan dengan Indonesia, hari ini.


JAKARTA 20 Nov. – Malaysia dibelenggu kecederaan tonggak menjelang final bola sepak Sukan SEA XXVI hari ini, namun ‘semangat 1979’ menjadi azimat skuad Harimau Muda untuk menumbangkan Garuda.
Tiga puluh dua tahun lalu, gol tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari membantu Malaysia mencatat kemenangan paling masyhur 1-0 ke atas Indonesia untuk membawa pulang kejuaraan di Jakarta.
Biarpun kita kalah 1-0 dalam pertemuan final Sukan SEA terakhir dengan negara itu, juga di Jakarta 1987, namun moral pemain amat tinggi ketika ini selepas menumpaskan tuan rumah 1-0, Khamis lalu.
Namun, kecederaan tiga tonggak, Izzaq Faris Ramlan; sayap kanan, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria dan sayap kiri, Mohd. Fandi Othman sedikit merencatkan persiapan.
Izzaq cedera lutut kiri ketika bertemu Myanmar kelmarin dan terpaksa menggunakan topang.
Penjaring gol kemenangan Malaysia ketika mengalahkan Indonesia, Syahrul Azwari Ibrahim juga belum pasti dapat diturunkan.
Ong Kim Swee kini terpaksa mengatur strategi baru dengan harapan disandar kepada A. Thamil Arasu dan Yong Kuong Yong, selain Mohd. Zubir Azmi.
“Tidak banyak yang boleh saya lakukan kerana masalah ini, saya terpaksa menurunkan pemain yang ada. Mujurlah Thamil dan Yong boleh beraksi di mana-mana posisi depan.
“Thamil dan Yong saya harap dapat mengimbangi kepantasan sayap kiri Indonesia menerusi pemain mereka Octovianus dan sayap kanan mereka, Titus Bonai.
“Kita tidak boleh ambil kira perlawanan dengan Indonesia sebelum ini kerana skuad mereka esok pasti sama sekali berbeza,’’ kata Kim Swee. - Utusan


*Ppssstt: DeqNun, jangan lupa tarik nafas dalam-dalam....hembussss...best gak kan kalau sambil menonton, sambil makan apam polka dot? hehe...[klik sini kalau sape minat nak beli baju oren Team Malaysia (Panthera Jersey)]

2 comments:

nurul said...

hahhahahaa... apam polka dot eah.. dah buat ke.. ai pon awal2 lg dh siap mandi seme.. nk tgk bola ni..

Aina said...

hehe samelah. ai bentang tilam awal2 landing depan tv.abis guling duduk, lepas tu melompat, berdiri...akhirnya menang gak.Alhamdulillah seb baik x ikut hati merajuk tido awal...hehe