Tahniah Harimau Muda, Juara bola sepak Sukan SEA-26!

*Salam Sejahtera*


Syukur lillah...


Subhanallah...

Pingat emas bola sepak Sukan SEA kekal milik Malaysia. Tahniah skuad Harimau Muda Malaysia! 

Tadi sempat shoot scene Baddrol ambil penalti yang terakhir. Sorrylah sebab mutu video 'amat kureng' sebab record guna phone camera jer....sebab tu lip lap lip lap imejnya...takpelah ni sendiri punya. Malas nak selongkar orang lain punya kat Youtube.


video
Jaringan kemenangan oleh kapten Harimau Muda, Baddrol Bakhtiar. Huih masa ni memang cemas lah. BP pun rasa macam tinggi jerrr...kepala pening aih. Namun gol!!!!! Hehe syukur....
(suara latar En. Mat P dan Luqman)


video
Lagu negaraku gah berkumandang di Stadium Gelora Bung Karno


Selepas melalui pelbagai rintangan, akhirnya 'ibu' segala pingat emas menjadi milik   Malaysia. Tahniah buat semua terutama pemain, jurulatih dan mereka yang terlibat di dalam skuad bola sepak kebangsaan di temasya kali ini. 

Perlawanan malam tadi ini sangat 'fair play'....bukan sahaja 'bersih' namun kejutan, serangan serta 'fake goal' kedua pasukan boleh pulak jadi berbalas-balas ...bila si baju merah dijatuhkan dengan kasar, giliran si baju kuning pula melakukan aksi yang sama. Bila pengadil bagi kad kuning kat kita, tak lama tu mesti Indon pulak dapat se...Tak perlu dipertikaikan keadilan pengadil, kerana segalanya sudah  pun tamat! Semoga tiada isu berbangkit dan berita keganasan akibat kekecewaan dek kekalahan malam ini. Namun elok sangatlah pihak kita sudah pun menghantar laporan kepada FIFA berikutan ancaman keselamatan pasukan Malaysia oleh penyokong Indonesia. Emmm ...

Semoga Harimau Muda selamat kembali pagi nanti. Haha...agak-agak ramai tak penyokong tunggu kat airport 2.30 pagi nanti??


*Psstt: Pujian lebih sikit untuk penjaga gol dan benteng pertahanan Malaysia yang berdiri teguh depan gawang. Mantopp gilerrr arrr. Kalau tak memang sah sah kita kena ganyang habis-habisan bak kata penyokong depa yang sombong dan angkuh sangat tuh....TERIMA KASIH...TERIMA KASIH...TERIMA KASIH! Khamis ni bagi menang lagi okeh:) akak nak dedicate sajak khas ini untuk pasukan Harimau Muda.

2 comments:

Terbang Bersamaku said...

tahniah buat semua pasukan Harimau muda...saya banga ada team bola sepa yg hebat..=)

Aina said...

Alhamdulillah...hopefully diorang x sombong dan lupa diri dengan kemenangan ini.kita bukan nak jd terbaik di asia tenggara je,tapi di asia juga kan:)

perjuangan belum selesai!