Kenapa tak suka buat ni?

*Salam sejahtera*

YES...

YES...

Year End Sale...hehe boleh shopping baju kan? Almaklumlah diskaun harga sampai tahap maksimum gitu. Jom pakat tambah koleksi pakaian yang ada dalam almari kita. Saper banyak duit bolehlah go on. Macam akak ni bajet pun dah tadek. Tak lama lagi persekolahan sesi baru akan bermula. Banyak barang keperluan anak-anak mesti dibeli. Heee...ingat ye, kita idop mesti kadar ke diri. Kalau tak, susahlah sikit...

OK bukan nak citer bab tu. Nak tanya sikit. Ada 1 masalah ni. Boleh dikatakan kebanyakan kita punya masalah yang sama ni. Jadi sebab Akak pun tak tahu jawapannya, akak nak tanya korang lah kan...

Masaalahnya macam ni.....

Kita bila pakai baju, then bila baju tu busuk atau kita nak tukar baju lain, maka mesti baju tu kita akan basuh kan?

Bila kita dah basuh baju, mesti kita akan sidai kan?

Bila baju dah sidai ia akan menjadi kering kan?

kenapa banyak 'kan' daaaa

Bila kering kita angkat baju kan?

Dah angkat baju, lepas tu letak dalam bakul. Maka baju-baju itu siap sedia untuk dilipat dan disusun di atas rak baju.

Kenapa masuk part MELIPAT BAJU aje mesti jadi MALAS ek?


Tips untuk yang malas macam aku:

* sidai baju dengan HANGER. Dah kering terus SANGKUT JA DALAM ALMARI


* carilah 'mesin lipat baju'. Opp yang ni belum dijual dipasaran. Tapi anda boleh dapatkannnya. Brand ni baik punya! Tapi manual tau. Manual pun ok, daripada tak de langsung kan? hehe nak tahu ape dia?

"BIBIK / TUKANG LIPAT BAJU (ambil upah)"

Ya, upahlah sesiapa yang nak buat kerja tu...................

* Paling mudah sekali. Pakailah baju PAKAI BUANG. Bukan setakat diaper anak je boleh pakai buang, dewasa pun boleh....tengok manusia ni...

Daripada bahan asli semulajadi. Kalau dah expired, buang je kan?


*Pppsstt: Kita pompuan tak boleh malas buat kerja rumah tapi melipat baju bukan kerja orang pompuan aje kan?Teringat masa dulu-dulu, zaman mak akak berpantang, pakaian seme abah yang cuci. Cuci kat sungai tau. Tapi sidai baju dan lipat, dia serah kat kami anak-anak dara dia yang buat. hehe 

1 comments:

sabree hussin said...

sidai pakai hanger je la senang