AMARAN dari Pusat Racun Negara

Jangan Guna Minyak Masak Lebih Dari Sekali

PETALING JAYA: Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.
"Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
"Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang" katanya ketika dihubungi The Star.
Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.
"Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek. [Mstar Online]
Alamak, seram jugak dengar amaran ni. Tapi biasanya kita ni sekali dua je gerun lepas tu buat semula. Alasannya 'sayang nak buang'. Akak memang tak pakai sekali. Biasanya, 3 kali baru buang. Kalau sekali dah nampak kotor, mestilah buang terus.

Pasal minyak masak 1 kg tu, orang di kampung kebanyakkannya guna kot. Kalau mak-mak akak kat kampung memang itulah brand yang digunakan sebab senang didapati di kedai runcit. Alasannya murah. Akak pula kalau membeli suka brand Saji atau Alif. Kekadang jenama Giant. Beli terus yang 5kg. Boleh pakai sebulan lebih.

Ada baiknya kita ambil perhatian serius pasal benda ni. Ini bertepatan dengan statistik yang diwar-warkan oleh pihak Kementerian Kesihatan hari ini.

4.2 Juta Rakyat Malaysia Berisiko Hidap Penyakit Ginjal Kronik


KUALA LUMPUR: Seramai 4.2 juta orang atau 15 peratus daripada populasi rakyat Malaysia berisiko tinggi menghidap penyakit ginjal kronik (CKD), kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hassan Abdul Rahman.
Katanya terdapat lapan golongan berisiko tinggi terhadap penyakit tersebut antaranya pesakit diabetes Mellitus, hipertensi dan golongan berumur 65 tahun ke atas.
"Langkah pemeriksaan dan pencegahan awal mampu menghalang penyakit hinggap ini kerana tiada simptom awal yang dapat dilihat," katanya ketika melancarkan buku panduan 'Clinical Practice Guideliness (CPG) Management of Chronic Kidney Disease in Adults' di sini, Selasa.
Buku itu diedarkan secara percuma dan boleh didapati di klinik-klinik kesihatan negeri dan seluruh jabatan kesihatan negeri. Ia merupakan buku ke-66 mengenai penyakit kronik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan sejak 2000.
Sementara itu, Ketua Runding Kebangsaan Nefrologi (Buah Pinggang) Hospital Kuala Lumpur Datuk Dr Ghazali Ahmad berkata penyakit CKD itu terbahagi kepada lima peringkat dan kebanyakan pesakit hanya datang menerima rawatan apabila sampai ke peringkat terakhir. "Kerajaan membelanjakan hampir RM760 juta setahun untuk kos rawatan CKD ini mengikut perspektif kiraan Kementerian Kesihatan dan tidak termasuk kos-kos lain yang ditanggung oleh pesakit," katanya.
Kementerian Kesihatan memerlukan 173 pakar nefrologi setiap tahun bagi menampung bilangan pesakit kronik seramai 23,000 serta pertambahan 4,000 pesakit baru CKD setiap tahun, katanya.
Beliau juga memaklumkan seramai 23,000 pesakit dialisis telah didaftarkan untuk menjalani rawatan di seluruh negara hingga akhir tahun lepas dan 2,000 pesakit telah menjalani “transplan” ginjal dalam tempoh yang sama.
"Negara membelanjakan sebanyak RM50 juta setahun diperuntukkan untuk ubat-ubatan khusus berkaitan dengan transplan ginjal tidak termasuk kos-kos yang lain," katanya. - BERNAMA

0 comments: