*Salam Sejahtera*
Beberapa iklan lama untuk pesanan khidmat masyarakat....
Selalunya kat tempat akak buat semburan gas aje...tapi di flat sebelah selalu juga buat gotong royong bersihkan kawasan rumah. Sebab, selalu dengar 'jeritan' speaker yang panggil penduduk turun untuk bergotong royong...agak-agak ramai tak yang turun? atau... sayang nak tinggalkan bantal dan tilam di pagi hari cuti? Hehe....biasa tu!
Berdasarkan pengalaman, memang susah sangat nak ajak 'anak-anak buah' ni. Melainkan mereka turut sama berada di dalam ajk pengendali ( hurrmmm...termasuklah yang menulis ni haaa..). Kemudian, kalau aktiviti tu ada merit laju je datangnya....
Apapun kalau malas nak bergotong royong, memadai juga kalau kawasan rumah sendiri sentiasa bersih dan selamat dari menjadi sarang wabak penyakit. Jangan kerana kita, seluruh kawasan akan menerima padah dan mendapat sengsara akibat sifat penting diri kita sendiri. Maaf bukan akak nak menggalakkan korang tak contribute gotong royong tapi sakit hati bila melihatkan sikap setengah pihak yang dahlah malas nak membantu tetapi membuat pula sampah dan menyediakan ruang untuk penyakit menular...
Kalau di tempat lain tak tahulah kan, tapi kat flat akak ni selalulah juga jumpa orang yang sesuka hati buang pampers kat tanah. Agaknya dia lempar ikut tingkap kot. Selain tu, meninggalkan plastik sampah di tepi tangga atau luar lif juga satu tabiat yang menjengkelkan...Biarpun tak selalu kejadian macam ni berlaku, mungkin sejak adanya cctv diletakkan di luar lif menjadikan semua orang berhati-hati untuk bertindak kurang wajar. Mana taknya, pernah aje pihak pengurusan print out dan menampal di board gambar dari cctv orang yang vandalisme untuk tontonan penduduk. Haha...cuak ler tu!
1 comments:
yeeeeyyyy....dh update pon blog.. hai k.aina.. hari ni silent reader terase nk mengomen..
Post a Comment