Menghina atau bergurau?

*salam sejahtera*

Petikan pantun:

" Kerana pulut santan binasa,
sebab mulut badan binasa..."

Baru ni kecoh ada artis nak saman menyaman bila mulut tak berlapik tu terlepas kata menyebabkan tercalar perasaan orang lain. Lebih teruk, ia dikatakan menghina dan mengaibkan. Kemudian, isu lawak yang menggunakan peribadi dan keadaan fizikal seseorang sebagai bahan gelak ketawa di pentas. Rasanya ini bukan perkara baru, kerana kita sering gelak sekali bila ada komedi yang menampilkan orang yang gemuk, hitam metalik, jongang, sengau dan sebagainya...

Barangkali, ketandusan idea atau sikap sopan santun sudah hilang dalam diri kita? Jangan kata artis, pelawak, pelakon, ahli politik(?) bahkan kita orang biasa juga suka bergurau menggunakan 'MO' yang sama. Kekadang silap orang kita nampak sangat tapi sebenarnya kita pun ada buat silap yang sama...kenapa ek jadi macam tu??? Akhirnya keluar kenyataan.."sebenarnya saya tak berniat untuk menghina sesiapa pun" atau "'ini sekadar bergurau aje" dll. 

Persoalannya, kenapa ada masa kita gelak sekali dan ada masa kita marah dan tak setuju dengan 'gurauan' sedemikian? Ada orang cakap, "bergurau boleh, tapi biarlah bertempat". Oooooo maknanya, nak gurau a.k.a kutuk orang kat pentas tak boleh, kat tv tak boleh, twitter/muka buku pun tak boleh tapi cakap belakang bolehlah? Cakap kat kedai kopi, kutuk kat tepi padang atau mengumpat di tepi longkang elok sangat lah?? Haaaaa...tu pasal mulut pun bau longkang!

Bukan di kalangan orang peringkat rendah (IQ), tapi ada golongan cerdik pandai dan belajar tinggi yang dua kali lima jugak. Mungkin kita label atau letak term molek sikit sebab orang itu kita suka. Kita pun gelak sekali sebab orang kesukaan kita tu bergurau 'manja' je, dan lagi pula dia bercakap pasal fakta. Jika pada orang yang kita tak suka pulak, kita cakap dia tu bodoh. Oppss...

Itulah kita ni kan...dabel standard? Pilih kasih?

Kisah sadis
Baru ni adalah member sorang ni 'terlepas tangan' lempang pipi anak sedaranya umur 6 tahun sebab duk mengajuk paras boyprennya bergigi jongang. Panas hati beb! Aksi spontan di depan ibunya sendiri (kakak member tu) memang silaplah! Akak yang mendengar dia bercerita tu pun rasa macam nak cili-cili mulut budak tu. Kecik-kecik dah pandai ejek orang dewasa. Hurmmm...sadis jugak sebenarnya. Yelah macam mana kalau anak kita yang kena cabai mulut sebab kurang ajar dengan orang, malu kita kan? Apapun akak taklah cakap bersetuju dia melempang budak sekecil itu. Tapi, akak yakin bukan kuat mana pun sebab dia cakap budak tu tak menangis pun. Cuma bila ibunya masuk campur, muncunglah member tu.

Kekadang kita fikir sudah 'cukup ajar' pada anak-anak. Tetapi mereka terpengaruh dengan anasir luar rumah atau terikut-ikut dengan cara pihak luar. Tengok tv, tiru! Tengok kawan cakap macam tu, ikut! semua benda baru follow je suka hati.

Apapun orang dewasa wajar tunjuk contoh baik pada kanak-kanak. Mungkin sebab itulah kita dinasihatkan elok bergurau tengok tempat. Cakap siang pandang-pandang. Kalau silap tempat, depan umum di mana anak-anak kecil menonton sekali alamatnya jadi macam cerita kawan akak tu....dia tolong 'ajar' anak kakaknya...

Anak kadang sukar ditegur. Suka merajuk dan menangis.
(sekadar gambar hiasan. Alfatih sedang tidur tu, bukan merajuk)

*Pppsssttt: geram tengok setengah mak bapak gelak sakan bila anak cakap sesuatu tak patut, lawak kasar dan kurang ajar depan orang dewasa/masa bermain dengan kawan. Konon anak mereka sangat keletah dan kreatif. Kalau ibubapa pun tak boleh beza mana baik dan buruk alamatnya, besar nanti anak tu jadilah 'pelawak' yang tak bermaruah. Nauzubillah.

3 comments:

nuriz said...

betul jugak tu bergurau jgn sampai memalukan orang lain, mengaibkan orang..emm mcm kes johan dgn ogy tu ada la jugak johan malukan ogy..mungkin kita tak tahu perasaan dalam org tu..

ni pengajaran buat semua la kan..bergurau ada batasnya

Anonymous said...

salam..
apa yg ditulis semua btl...ratu berpengalaman dalam hal sedemikian..ratu mmg ditakdirkan tidak cantik..tapi jgn hina ciptaan ALLAH...kalau hina ratu,ratu mmg buat pekakkan sj telinga ni..yg pns mak ratu sndr kena hina...time tu ratu terus pukul..seb bek tak jadi kes polis...mak bapak budak tu yg malu balik...

Aina said...

nuriz,
kalau kontroversi tu boleh diterima sbg pengajaran oklah tp ada gak yg budus sombong x nak mengaku salah tp dia ckp kita org malaysia x leh terima pendekatan lawak baru.

Ratu,
alahai mcm itu ke kisah awak.teringt pulak kisah sepupu sy.nak tumbuk org kurang ajar kat dia tp tertumbuk tiang.retak tangan dia.apapun sabar ye...