Good job!

*Salam Sejahtera*

Apa khabar semua? harap korang sehat dan bergembira....

Semenjak dua tiga menjak ni susah sikit nak meluangkan masa dan mendapat masa blogging macam awal tahun dahulu...keadaan sekarang seolah-olah kembali seperti setahun sebelumnya. Semua lembab. Haih, ditambah dengan musim tengkujuh  yang dah pun datang. Tempias sampai sini kot? hehe...anggap jelah begitu.

Apa-apa pun, terkini, tahniah buat pasukan Harimau Muda kita yang berjaya mara ke separuh akhir bola sepak sukan SEA-26. Pemburuan pingat emas bola sepak yang dianggap sebagai 'ibu' bagi segala pingat emas di temasya sukan kali ini meletakkan harapan seluruh rakyat Malaysia dikepala semua pemain dan bahu jurulatih serta semua yang terlibat di padang. Berpeluh juga lah bersorak dan menyokong mereka malam tadi. Alhamdulillah, tak sia-sia menyumbang suara  nan merdu ini...hihi
Terdahulu, berita 'kemenangan' anak saudara mendapat 5A di dalam UPSR menceriakan hati kami seluruh keluarga terutama mak dan bah (mertuaku).  Mana taknya, cucu itu dibela sejak usia 2 tahun, yakni semenjak arwah ibunya, Kak Sam meninggal dunia. Tahniah, Muhammad Ikram! Hari ini aki dan nenek mengalirkan airmata kegembiraan. Nanti cuti datang KL ok. Ayteh dan mak teh belanja makan. Makan apa sahaja kecuali KFC hehe ..Insha Allah.


Hari esok tiada siapa mengetahui bagaimana keadaannya. Semoga kejayaan demi kejayaan serta kebahagiaan mengiringi hidup kita selalu. Insha Allah. Namun hakikatnya, kehidupan tidak selalunya indah dan tidak pula selalu gelap...

" Kalau engkau jatuh
Jangan engkau lemah
Kerana hidup mengajar kita
Jangan cepat mengalah
Bila yakin diri
Mampu kita lakukan
Tiada yang mustahil
Segalanya boleh !! "  [gemuruh suara kat sini...]

0 comments: