11.1.11

*Salam Sejahtera*

Alhamdulillah istimewanya tarikh hari ini. Jatuh pula dihari Jumaat yang mulia. Suasana pun ceria juga. Ditambah dengan cuaca yang cerah dan angin sepoi bahasa yang beralun di jendela rumah saya di tingkat 10....melewati pandangan di jalan raya, seakan segalanya mengiyakan kata hati ini.  Trafik yang lancar, senyuman mak cik penjual nasi lemak dan lambaian anak untuk ke sekolah. Alhamdulillah, syukur pada-Mu Allah kerana masih bernafas di muka bumi-Mu ini...


Google Image....

Apa istimewanya tanggal 11.11.11 selepas 1.1.11 dan 11.1.11 dan juga 1.11.11 pada tahun ini? Malah ada yang memperincikan lagi tanggal tersebut dengan jam  1:11:11am/pm dan 11:11:11am/pm.....Sama seperti tahun-tahun yang telah lepas, ramai yang nekad untuk menikah dan melahirkan anak pada tarikh yang sangat cantik tersebut. Kepada yang berolehnya secara kebetulan Alhamdulillah......Namun, ramai juga yang telah membuat keputusan awal untuk meraikan hari bersejarah mereka pada tanggal ini. Untuk itu, ramai yang telah mendaftar dengan pihak hospital untuk melahirkan anak secara 'paksa' semata-mata untuk memperolehi tarikh lahir yang sangat cantik. Ironisnya, apa kebaikannya untuk si anak yang bakal lahir tersebut?

Tiada salah dan tidak pula berdosa jika memilih untuk suatu tarikh yang cantik untuk menjadi hari bersejarah kita. Malah, menarik juga jika berkongsi tarikh yang sama dengan begitu ramai orang terutama sahabat handai serta saudara mara yang sepakat meraikannya beramai-ramai. Dibuatnya pula, ada pemberian 'hadiah' atau liputan media pihak tertentu sempena tanggal yang cantik ini.

Memang tiada salah dan tidak berdosa juga selagi perkara yang dilakukan titu tidak mendatangkan kemudaratan dan kesengsaraan kepada diri sendiri atau orang lain. Namun, jangan sesekali mengaitkan kepercayaan karut yakni khurafat dan menyeleweng dari agama kita. Manalah tahu ada yang berfikiran mahukan si anak kelak dan rumahtangga akan menjadi kekal bahagia, atau mendapat tuah dan keuntungan berganda jika diadakan dan dilahirkan pada tanggal yang tersebut. Sesungguhnya, rezeki kita di tangan Allah. Sikit atau banyak kepada-Nya kita memohon. Malah, jangan berhenti memohon dan teruslah meminta sesuatu dari-Nya...

Jom kita sama-sama berdoa pagi ini!

Doa Dhuha oleh UNIC yang diuploadkan oleh Bazlihazwan di Youtube.com

 *Psssstt: Tahun masihi kita cakna sangat-sangat. Tahun hijrah agak-agak cakna jugak ker??? oh ye hari ni 15 Zulhijjah 1432 tau:)

2 comments:

Anonymous said...

office mate hari ni operation untuk lahirkan anak, best juga kan

anumuchan said...

mmg cantik date hari ni kan.huhuu