Budak kota yang berusaha menjadi budak kampung

*Salam Sejahtera*

Apa celup? no no...ni bukan celup. Memang dah asal ibu dan abahnya orang kampung, maka darah orang kampung sudah mengalir di diri mereka. Kalau sudah namanya budak kampung, mesti lah pandai panjat pokok, tak geli meredah paya dan tak takut dengan pacat atau lintah kan....kan.... Lihat aja usaha anak-anakku yang cuba nak menjadi budak kampung:)

Alkisahnya pada cuti Aidil Adha yang sebentar aja tu, kami balik kampung Jengka 14. Untung aki mereka ada pokok-pokok buah yang membesar di sebelah rumah sahaja. Maka bolehlah cucu-cucunya belajar memanjat pokok. Kat kota, mana ada pokok buah untuk dipanjat? Kalau ada pun pokok 'hiasan' tu...nak buat apa dipanjat kan...

Masih hijau kebanyakan buah rambutan di pokok

Mencari-cari rambutan kuning di sebalik rimbunan dedaun...

"Anak, tanggallah selipar dulu sebelum panjat tuh"

"haaa dah tanggal kan senang nak panjat pokok"

"ibu lihat saya bergayut"

Nampaknya perlukan bantuan nenek untuk ke atas....hehe

Pokok tak berapa tinggi dapatlah 'lesen' memanjat kan:)

Alhamdulillah sampai ke 'puncak' jua...hehe anak ibu!


Adik Alfatih pun nak join sama


Inilah 'game' zaman ibu kecik dahulu

Hehe ada sorang tak berani panjat pokok ye...

Pokok manggis pun ada!

Tapi masih ijau buahnya...

Percubaan Aman memanjat pokok rambutan yang lebih tinggi

"Alamak tersangkut pulak!"


Panjat lepas, nak turun takut. "Aki tolong!!!"

Alhamdulillah hasil 'buruan' hari tersebut. Tak banyak tetapi dapatlah 'cuci mulut' lepas makan :)

Khabar mak dari kampung, "rambutan sudah kuning. Balik nanti boleh lah makan....(puas-puas)". Yeke?  Tunggu ye nenek, tak lama lagi cucu-cucumu ini akan terjah kampung tercinta!!!
Yea...balik kampungggggggg!!!

3 comments:

Terbang Bersamaku said...

wah..bestnye..
dulu mase sy kecik2 pu suka panjat2 pokok jugak..tp bila adik sy dah mninggal sbb jatuh terus jadi fobia tempat tinggi...smpai sekrang fobia tue masih ade.

ZYASH said...

manggis...pecinta manggis...

Aina said...

Terbang Bersamaku,

ooo mcm itu ye kisahnya.Hopefully 1 hari fobia sya akan hilang juga.


ZYASH,

i like manggis too..tapi manggis x masak lagi..