Can You Handle It?

*Salam Sejahtera*



Wah wah...lagi mau tanya kan. Can you handle it? of course YES!!!

Yummy... yummy... yummy...!


Nampak sangat mengiurkan kan???  so can you handle it?
lawat PizzaHut.Com.My untuk keterangan lanjut..


Kepada sahabat yang berdiet macam Puan Tina dan yang dalam tempoh berpantang macam Puan Chuya tu memang tak leh handle lah kan...Jangan marah tau:D Heeee...

Sebenarnya dah lama pizza ni keluar tapi baru ni dapat peluang mentedarah makan....Alhamdulillah rezeki. Memang tak mengecewakan especially kepada pizza lovers and cheese. Nampak tak yang bulat-bulat putih dalam pic tu? Mula-mula ingatkan fishball atau telur ke apa, rupa-rupanya ia salah satu dari 7 keju yang terdapat dalam pizza ni. Dah pun namanya Ultimate Cheesy, memang best lah! sah sah menambah berat badan wooo!!


Inilah barisan-barisan keju yang terdapat di dalam pizza ni.


The kids tak berapa suka sangat dengan cheese so, untuk diorang pizza pepperoni. Terbaikkkk macam kata Tok Abba....


Haha...ada space pulak kat 1 slice tu. Biasalah kalau take away adalah eksiden sikit kat tengah jalan

Sampai rumah, kotak pun sedikit lencun sebab haba panas tu meruap dan membasahkan kotak. Bila angkat 1 slice terkopak sekali dengan kertasnya. Amekkow...

Kalau jadi kejadian macam tu, janganlah terus suap ke mulut! Almaklumlah tengok pizza yang sangat cheesy tu, terus kecur air liur tak sabar nak makan. Buang ler kertas tu dulu(check kalau ada la), baca basmalah  dan baru makan. Hehe tangan pun mesti cuci bersih ye. Yelah kekadang kita ni suka mencuaikan diri sendiri untuk benda yang memang tahu...Jadi terpaksalah akak membebel memberi nasihat kat korang. 

For this reason, mungkin pihak pizza hut boleh fikirkan cara untuk upgrade kotak bungkusan tu. Apa, korang tak kisah??? eemmmm ..... iyyolah tu. U olls takut nanti kena caj lebih pulak kan...kan....heee...

Oklah sementara masih available cepat-cepatlah berkunjung ke teratak pizza yang terdekat di tempat anda. Buat adinda Dayah di kampung, kat sana memang takde Pizza Hut. Jangan meleleh air liur ok. Nanti datang KL belanjalah diri sendiri ok....Oopp lupa, kalau lambat pizza baru keluar dan Ultimate Cheesy pun tak de dah la....hehe (senyum kejam ni). Untuk Cik Misi, haaa jangan nyesal ek. Bz sampai tak sempat datang rumah kita kan:P

*pssttt: tulisan ini bertujuan untuk menggalakkan korang pergi makan pizza hari ini juga. Disebabkan itu wujud penggunaan ayat yang digunakan agak mengada-ngada dan 'kejam' bagi sesetengah orang. Tiada kena mengena dengan pihak Pizza Hut melainkan idea penulis blog sendiri. Harap Maaf. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin :D

2 comments:

Tina Othman said...

kejam, terbuntang bijik mata tina tgk pizza ni hehe, harus order untuk mlm ni

nurul said...

erkkkk.. mmg yummeh! naaakkkkk jugggkkk.. i am one it.. cheesy lover.. tp x berpeluang rse lg la k.ain... (nk suh ayh belanje la)