*Salam Sejahtera*
Musim cuti sekolah sekarang, sana sini kenduri kahwin. Bila melihat pasangan pengantin makan beradap teringat zaman akak dedulu. Makan beradap sambil main cubit-cubit bawah meja. Biasalah jadi raja sehari, ramai yang mengusik dan kita pun malu-malu kucing konon kan...
Teringat ada satu drama kat tv di mana ada sorang anak tunggal (lelaki), anak kepada sorang ibu tunggal berkahwin. Huru hara rumahtangganya apabila si ibu mertua sibuk masuk campur nak uruskan anaknya sehingga menimbulkan cemburu dan rasa tak puas hati si menantu. Tambah pula si suami tersebut banyak mendahulukan emaknya dalam segala hal.....Soooo anak emak. Memang semua orang anak emak bapak diorang tetapi 'anak emak' di sini ialah anak manja yang masih bergantung harap kepada emaknya dalam segala hal. Cakap mudah ialah 'duk berkepit bawah ketiak mak dia jer'.
Adalah adik akak sorang ni, dah besar panjang dan dah kerja pun. Tiap minggu kalau boleh memang dia asyik nak balik kampung jumpa mak. Homesick katanya. Kalau tak balik mau meraung sesorang kat rumah sewanya. Gelak akak dibuatnya. So, kahwin nanti macam mana? Tersipu-sipu malu pulak dia. Tandanya nak kahwin ler tu....heeee:)
Ada juga 'anak mak' yang jenis angguk je apa mak suruh. Nak jadi anak soleh yang taat kata mak ayah konon. Alhamdulillah, bagus tetapi kalau semua benda mak minta dibelikan sampai berhutang, alamatnya nak kahwin tak cukup duit...lepas kahwin tersepit di antara permintaan emak dengan permintaan isteri. Isteri yang anak emak merajuk sikit balik jumpa emak. Emak pulak tegakkan keadilan untuk anak. Suami yang anak emak pulak memang wajib dahulukan emak tapi kalau bukan pada perkara yang betul, akhirnya hak isteri terabai dan emak emas itu jadilah semakin lemak dan berlagak dialah satu-satunya berhak ke atas anak lelakinya....akhirnya tercetuslah 'perang dunia'.
Ada setengah orang tak berkepit di bawah ketiak mak, tetapi kepit 'bantal busuk', teddy bear, dan macam-macam toys kesayangan. Akak tak de, korang ade?

Bagi pasangan kepada 'anak emak' ni nampaknya kena banyak bersabar. Dalam perkahwinan memang wajib ada tahap kesabaran yang tinggi, lebih-lebih lagi pada stage awal perkahwinan, kita baru nak menyesuaikan diri dengan keluarga mertua. So, biasalah setiap pasangan akan ada kelemahan masing-masing yang baru 'terbongkar' selepas kahwin. Menerima dengan redha is ok tapi kenalah juga baiki diri dan belajar. Selain itu kena bijak memberi dan menerima.
Masa inilah nak ambil hati mertua. Belajar dengan ibunya cara-cara nak menguruskan si anak emak. Kena pandai-pandailah, tak semestinya 1 cara sesuai untuk semua orang. Para anak-anak emak juga, ajarlah pasangan cara-cara untuk ambil hati emak/ayah anda! Ada orang sebelum kawin so berusaha 'tackle' dan mengurat parents pasangan tapi lepas kawin 'keras' macam batu.
Akak nak syorkan selepas perkahwinan, pasangan buat 'site visit', yakni menziarah sanak saudara kedua belah pihak untuk berkenalan dan beramah mesra. Jadi, takdelah pasangan kita tu 'keras' semacam je dan bila time kenduri kendara jadi 'beruk sumbang' tak reti nak bercampur dengan orang. Kalau jenis yang ringan tulang dan mulut peramah tu rasanya tiada masalah kot.
Antara hidangan wajib, trend di majlis perkahwinan masa kini |
Apapun anak emak atau bukan anak emak, sesiapa nak kawen wajiblah ada persediaan mental yang baik. Bukan setakat fizikal je nak bagus tapi akhirnya orang akan melihat kebaikan kita juga. Sabar dan bertoleransi antara satu sama lain teras utama. Belajar dan terus belajar kerana setiap hari banyak perkara baru muncul dalam hidup kita. Asam garam rumahtangga itu juga pelbagai. Harus kreatif hasilkan resepi baru supaya hidup lebih meriah dan aman selalu...
Selamat pengantin baru kepada yang bakal/baru melangsungkan perkahwinan. Lapangkan sedikit waktu blogwalking dengan membaca kisah teladan alam rumahtangga di blog ini.
Selamat pengantin baru kepada yang bakal/baru melangsungkan perkahwinan. Lapangkan sedikit waktu blogwalking dengan membaca kisah teladan alam rumahtangga di blog ini.
*Pppssstt: Hope tahun depan adalah di kalangan adik-adikku yang dah ready nak kawin:D
1 comments:
hahahahahhahahahaaa.....
Post a Comment