Tak perlu lagi buat urine test untuk kesan dadah

*Salam sejahtera*

Dengar tak berita baru-baru ni tetang seorang penagih dadah yang menyimpan air kencing isterinya dan dibawa bersama bagi mengelakkan dikesan dadah di dalam air kencingnya sekira dicekup polis. Namun perbuatan 'cerdik' kononnya itu terbongkar dan dapat dikesan juga.

Kali ini ada cara terbaru untuk mengesan dadah. Tak perlu lagi buat urine test tetapi boleh dikesan melalui rambut si penagih. Tahniah kepada pengkaji. Syabas!

‘Kesan penagih dadah guna rambut’ juara BSN-SVC 201106/12/2011 2:19am
UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) mempertahankan kejuaraan mereka dalam “BSN Inter-Varsity Social Venture Challenge 2011” (BSN-SVC) dengan projek menggunakan rambut untuk mengesan penagih dadah.
Kumpulan empat penuntut universiti itu yang diketuai penuntut perakaunan Mohammad Nizamuddin Japri, 22, membentangkan pakej perniagaan ”Cut & Drop” bagi memudahkan penguatkuasa menjalankan pemeriksaan penagihan dadah dengan menguji cebisan rambut suspek, dan bukannya melalui ujian air kencing.
Keputusan menggunakan cebisan rambut ini juga dapat diperoleh dalam beberapa minit sahaja, kata Mohammad Nizamuddin kepada pemberita selepas menerima hadiah sijil simpanan premium bernilai RM25,000, iPad bagi setiap anggota kumpulan serta trofi dari Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Rohani Abdullah di Kuala Lumpur semalam.
Mohammad Nizamuddin berkata produk yang mereka hasilkan itu juga mendapat pujian daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Terengganu. [SUMBER]

*Pppssstt: jangan lepas ni ada pulak penagih yang pakai rambut palsu/pakat botak kepala dan bawa air kencing orang lain simpan dalam poket. Huhu habatnyer awok weihhh. Sebelum nak bodoh-bodohkan polis fikir dulu sama ada perbuatan awak tu cukup cerdik ke dok???

0 comments: