*Salam Sejahtera*
Perasan tak? Sedar tak, bila masa kita berazam nak buat sesuatu mesti susah je nak buat/laksanakan azam kita tu. Macam ada je halangannya di depan menanti.
Contohnya, kita berazam nak kurus, tiba-tiba ramai pulak yang menjemput kenduri kahwin. Bila kita berazam nak rajin berjimat cermat, banyak pulak sales 70%. Bila mana kita berazam nak jadi seorang penyabar, haih anak-anak saja pulak duk pecahkan pasu kesayangan, kencing dalam seluar, bergaduh sesama mereka dll. Ada pulak tu tiba-tiba ada kawan buat jahat kat kita. Kemudian, bila kita berjanji dah tak nak mengumpat orang, ada pula datang cerita gossip artis yang kita nak tahu juga ambil tahu...
Ok, itu sekadar contoh.
Rupa-rupanya....Rupa-rupanya, Allah nak test kita atas azam baru kita, dan masa itulah kita dinilai setakat mana istiqamahnya kita dalam berusaha mencapai kejayaan. Bila mana kita gagal di dalam test Allah tersebut, maka keazaman kita tergendala di tengah jalan, kita menjadi orang yang berputus asa dan tak berubah-ubah seperti yang dikehendaki.
Kebiasaan, masuk tahun baru, barulah nak tekadkan azam itu semula. Tapi macam mana setengah orang tu ye, nak buat azam baru tapi azam lama tak tercapai-capai?
*Pppssstt: Ujian? ujianlah jugak...tetapi kebanyakkannya ALASAN / SIKAP MALAS dan kalau orang itu betul-betul nak jadi lebih baik mesti dia akan terus berusaha kan tanpa menyalahkan nasib atau orang lain sebagai punca kegagalannya....
0 comments:
Post a Comment