Dah grad dah....

*Salam sejahtera*

Semalam bertempat di Dewan Serbaguna AU2 berlangsung konvo tadika Almustofa. Alhamdulillah selamat dah pengajian tadikanya selama 2 tahun. Tahun depan masuk darjah 1 pulak ye anak. Jadi, wajib tingkatkan usaha untuk bersaing di kelompok yang lebih besar. Khabarnya SKS, tahun 1 aje akan ada 12 kelas. Wow.....patutlah sekolah KL ni semua 2 sesi. Kalau tak, mana  muat nak menampung kebanjiran anak-anak yang hendak bersekolah.

Jom layan gambar sekitar majlis. 


 


 











Apapun, terima kasih yang tidak terhingga buat semua kakitangan tadika yang telah memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang tahun ini. Terutama para guru yang mendidik Almustofa sampai pandai membaca, menghafal, mengaji, menulis dan mengira. Terdahulu, Luqman juga bersekolah di sini. Insha Allah Salahuddin juga akan dimasukkan di tadika ini tahun depan. Kalau ada rezeki Alfatih  pulak lagi 3 tahun saya pun nak masukkan dia ke tadika ini...hehe bagus tak bagusnya tadika ni.

Nak tahu kenapa saya puas hati?

Luqman masa 5 tahun bersekolah di tadika lain. Masa masuk tadika tersebut dia diletakkan di kelas budak 4 tahun dan alasannya Luqman tak pernah bersekolah. Pada hal masa masuk tadika tu dia sudah kenal huruf, nombor dan hafal ABC dimulut. Cuma Luqman ni lain sikit. Dia agak aktif dan berat mulut. Kadang-kadang apa yang cikgu tanya dia tak jawab dengan elok walaupun sebenarnya dia tahu. Akhirnya, habis tahun dia masih tak boleh membaca dengan betul...Saya berasa hati, mungkinkah pendekatan mereka gunakan kurang berkesan???

Masuk 6 tahun, kami daftarkan di Tadika Ummu Ain. Walaupun dia aktif tetapi masih boleh dikawal dengan bimbingan one-to-one oleh cikgu kelasnya. Di dalam kelas dia duduk di meja paling hadapan. Walaupun ada ketikanya dia banyak bermain, tetapi bila ditanya Alhamdulillah dia boleh menjawab dengan baik. Tamat pengajian, dia sudah boleh membaca. Leganya hati saya...

Berbanding Almustofa, dia masuk tadika ni ketika usia 5 tahun. Habis tahun  pertama aje dia  dah boleh membaca dengan baik. Sama ada dia memang advance dari abangnya atau tak, saya menganggap guru-guru tadika telah berjaya mendidik dengan baik sekali. Atas alasan inilah maka saya memilih Tadika Ummu Ain sebagai tadika untuk anak-anak saya bersekolah. 

Terlalu banyak tadika sebenarnya di sekitar rumah kita. Anda boleh bertanya kepada para ibu bapa yang lain. Betul, ada banyak yang lebih bagus dan lebih baik. Namun, dengan silibus yang mengandungi pelajaran teras yang seperti diajar di sekolah biasa, ditambah dengan pelajaran agama serta mengaji Alquran menjadikan Tadika Ummu Ain tidak kurang hebat berbanding tadika lain yang  setanding tetapi lebih mahal yuran pengajiannya atau kurang pelajaran agama di dalam silibusnya. Apa pun pilihan di tangan anda!


Oh ye jika sesiapa yang bekerja dan mahukan anak-anak diletakkan di nurseri, pihak tadika juga mempunyai perkhidmatan transit sampai petang. Pasal kenderaan pula, pihak tadika juga mempunyai kenderaan yakni van  sekolah mereka sendiri. Senang sangat...semua dalam 1 pakej je! Janji cukup waktu bayar...hehe.

Oklah ini sekadar testimonial dari pihak saya. Namun, mungkin bukan semua orang berpuas hati dan bersetuju dengan saya. Mana ada orang sempurna 100% kan...Entri ini ditulis disebabkan terdapat carian kepada 'Tadika Ummu Ain' yang tiba di blog ini. Harap, pihak berkenaan mendapat sedikit maklumat yang dikehendaki. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web http://ummuain.com/main/. 

Pendaftaran untuk sesi 2012 khabarnya sudah dibuka. Kepada yang berminat bolehlah mendaftar sekarang atau hubungi pejabat di talian 03-4256224/013-2059544/019-3133430. Bercakap dengan Ustazah Rohana/Ustaz Zahari. Ustaz Zahari merupakan pengasas tadika ini semenjak 1986. Kata beliau, masih bujang ketika itu dan setahun kemudian baru berkahwin dengan Ustazah Rohana....Alhamdulillah, semoga tadika ni terus maju jaya di bawah pimpinan generasi pewaris mereka...

*Pssstt: Cikgu ialah guru di sekolah dan ibu bapa ialah guru di rumah. Gabungan inilah pelengkap kejayaan anak dan bukannya sebelah pihak sahaja.....terkecuali golongan genius. Tak sekolah pun memang semulajadi pintar:)

0 comments: