Orang sebelah

   Suasana malam sunyi sepi. Bunyi cengkerik bercengkarama dan berdrama sesama mereka memecah sunyi....sesekali kedengaran bunyi suara orang bergelak ketawa. Entah dari bilik sebelah, bilik tv, bilik study ataupun dari blok asrama sebelah. Dari arah mana jua, segalanya mungkin. Lisa melihat jam di tangan. Sudah 12.30 tengah malam. Dia keseorangan di bilik, dan masih meneliti baki nota ekonomi di meja studynya. Peperiksaan jam 2 petang esok. Dia mesti lulus cemerlang. Ini adalah semester dan tahun akhir untuknya di universiti.

   Tiba-tiba telefon bimbitnya di atas meja berdering. Lisa terkejut besar. Vibrate telefon itu aja hampir menyebabkan nota-nota ekonomi ditangannya bertaburan di lantai. Missed call. Lisa melihat nama pemanggil. Khairul. Teman baiknya yang belajar di sebuah universiti di pantai timur.  Lisa senyum. Khairul memang suka meninggalkan panggilan tidak berjawab. Lebih-lebih lagi di waktu malam. Alasannya, bergurau dan supaya Lisa ingat padanya sebelum tidur. 

   Kekadang sikap Khairul itu membuat Lisa terfikir mungkinkah teman baiknya yang juga teman sekampung dan sesekolah itu ada menaruh hati terhadap dirinya? Namun mereka jarang berbual lama di telefon. Juga jarang mengirim sms. Mereka bukanlah pasangan kekasih untuk bercerita panjang kisah seharian. Mereka sekadar berkawan. Bak kata orang masakini, teman tapi mesra...
   
   Tok! Tok! Bunyik ketukan pintu. Alamak siapa pula? Roomatenya Amani tidur di bilik member untuk menyiapkan assignment kumpulan. Takkan Amani menukar fikiran untuk balik di tengah malam pula? Fikir benak Lisa. 

"Siapa?" tanya Lisa.

"Orang sebelah" jawab suara di luar. 

   Lisa sedikit hairan mendengar jawapan itu. Namun dia tidak menghiraukan perasaan tersebut. Dia bangkit dari kerusi untuk membuka pintu. Fikirnya itu tentu  si Enot dari bilik sebelah yang datang untuk meminta ihsan maggie sebungkus. Biasalah hidup budak asrama. Waktu malam mesti kelaparan. Kepada rakan taulanlah tempat mengadu. Malah dia sendiri juga pernah 'meminjam' maggie sebungkus, minta roti sekeping dua atau tumpang sos cili member ketika tekak dan perutnya mendambakan. 

   Sebaik membuka pintu alangkah terkejutnya Lisa. Satu lembaga pelik sedang berdiri betul-betul di depannya. Betul-betul juga hanya sebelah badan dari atas hingga bawah. Lisa kaku tiba-tiba. Tanpa bersuara, terus dunianya menjadi gelap gelita....sebelum pengsan, Lisa sempat melihat lembaga itu sebenarnya juga tidak berkaki dan rambutnya berjurai melepasi hujung jubahnya yang lusuh...

   Keesokan harinya, gempar di seluruh kolej cerita Lisa dengan 'orang sebelah'. Kisah itu juga tersebar dari mulut ke mulut sehingga meliputi seluruh universitinya. Ketika cerita tersebut disampaikan kepada Khairul, maka secara automatiknya berita itu juga tersebar hampir suku Malaysia. Khairul pula tanpa simpati hanya tergelak besar ketika mendengar cerita Lisa itu...
Amacam? Seram tak? tak seram...okeh, korang memang kuat semangat. Syabas!!

   Itulah antara kisah-kisah seram yang seringkali sampai ke cuping telinga saat menjelangnya peperiksaan di universiti. Kadang kala cerita yang lebih kurang sama hadir dengan versi yang berbeza-beza. Yang peliknya time exam memang menjadi-jadi cerita macam ni. Walaupun dekat mulut cakap jangan percaya, cerita tu semua tipu dll namun, tetap meninggalkan cuak di dalam hati untuk study sendirian di malam hari. 

   Ada satu kisah tu cerita budak lelaki tengah study kat tingkap. Tiba-tiba datang member dia minta rokok sebatang. Apa lagi budak baik tu hulurlah rokok sebatang. Masa nak amik lighter baru dia teringat bilik dia tu letaknya di tingkat 3 dan macam mana kawan tu boleh muncul kat tingkap. Alih-alih masa dia nak lari keluar bilik, member kat tingkap cakap...

"hoi aku dah tau yang kau dah tahu...."

   Harap tiada yang 'cuak' membaca kisah ini di malam hari...Bacalah ayat-ayat pelindung diri ketika sendirian. Memang betul kita tidak sendirian. Di samping kita ada syaitan yang berkeliaran. Di samping kita juga ada malaikat pelindung. Jangan lupa itu. Sesungguhnya, paling utama Allah itu ada. Dia Maha Berkuasa. Pada-Nya kita mohon pemeliharaan dari segala kejahatan.

   Buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan di universiti, kolej dan sekolah, selamat berjaya untuk anda semua ya. 


*pssst: ni citer pedo'oh aje tau...telah diedit sesuka hati untuk menakutkan orang yang membaca.... Harap ada yang takut:D tapi memang siot betol orang yang menyebar cerita tahyul ni kan...akibatnya nak kemana-mana pun suruh kawan temankan. Member pulak datang study kat bilik terus tak jadi balik. Sangat indah kenangan zaman study dulu:)

1 comments:

nurul said...

well done... best bace cter ni.. mmg terkejut, tp i bace waktu nk dekt maghrib.. dn rmai org.. sib baik... teruskan menulis ye kakak ku... u've got talent!