Seri Paduka Baginda YDPA ke -14

*Salam Sejahtera*


Hari ini bakal mencatitkan satu lagi sejarah kepada Malaysia, di mana YDPA ke-14 akan dilantik menggantikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah selamat berangkat pulang semalam. Untuk 5 tahun yang akan datang, giliran Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim akan memegang tampuk yang teratas di dalam kepimpinan negara Malaysia.


Inilah riwayat hidup bakal YDPA kita yang baru. 


Nama Penuh: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi 
                  Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum  
                  Sultan Badlishah 


Tarikh keputeraan (DOB): 28hb. November 1927


Pendidikan: Sekolah Melayu Alor Merah
                Sekolah Melayu Titi Gajah
                Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar (1946 – 1948).
                Wadham College, Oxford London (1952)

Sultanah: (1) Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah (berkahwin pada Mac 1956 di   
              Istana Sri Menanti, Negeri Sembilan Darul Khusus)
              Almarhumah adalah merupakan Puteri sulung kepada Yang diPertua 
              Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad(YDPA 
              pertama Persekutuan Tanah Melayu)
              3 puteri (Yang Teramat Mulia Tunku Soraya, Yang Teramat Mulia Tunku 
              Sarina (mangkat) dan Yang Teramat Mulia Tunku Puteri Intan Safinaz)
              Baginda telah mangkat pada 26 Ogos 2003.

             (2) Yang Mulia Che Puan Hajjah Haminah binti Hamidun (berkahwin pada      
             25 disember 1975) 
             9 Januari 2004, beliau telah dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah yang 
             baru dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah. 
             Beliau dilahirkan di Bagan Serai Perak, Darul Ridzuan.

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN
TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH,
D.K.,D.K.H.,D.K.M,D.M.N.,D.U.K., D.M.K., D.K.(KELANTAN), D.K.(PAHANG),D.K.(SELANGOR), D.K.(PERLIS),
D.K.(NEGERI SEMBILAN), D.K.(JOHOR),D.K.(TERENGGANU),D.K.(PERAK),D.K.(BRUNEI),D.P.(SARAWAK),
D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K.,D.H.M.S.,D.G.M.K., GRAND CORDON OF THE ORDER OF THE RISING SUN OF JAPAN,
BINTANG MAHA PUTRA ADIPRADANA(INDONESIA), ORDER OF RAMMATA THAILAND,
HONOURABLE KNIGHT GRAND CROSS ORDER OF THE BATH OF U.K., ASSO. KNIGHT ORDER OF ST. JOHN.
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SULTANAH HAJJAH HAMINAH BINTI HAMIDUND.K.H. , D.K (KEDAH)
SULTANAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN
SUMBER: http://kdymmtuankusultan.kedah.gov.my/index.php

SENARAI YANG DIPERTUAN AGONG TERDAHULU (1-13)

header1
Kediaman rasmi, lagi baru, Istana Negara Jalan Duta.

*Pppssttt: Siapa bijak, cuba teka siapa pula bakal jadi Timbalan Yang Di pertuan Agong kali ni??? Hehe...ce teka ce teka :D

[Clue---------negeri asal Apex KFC]

2 comments:

Anonymous said...

sultan kelantan kan, wah dah 84 umur agong baru ni

Aina said...

hehe...Tina pandai:)