*Salam Sejahtera*
Entri pasal nak kurus, cara nak kurus cepat, tips untuk kurus dan langsing dan lain-lain yang berkenaan ada di dalam post sebelum ini. Ramai yang berhasrat nak kurus dan langsing, termasuklah yang menulis ni haaa. Hehe.....Kita nak kurus bukan semata untuk kecantikan aje, tetapi juga untuk kekal sihat.
Dengan pelbagai kaedah, rawatan dan cara digunakan ramai juga yang gagal mencapai matlamat yang disasarkan. Tapi, kalau tengok dalam tv dan program realiti untuk kurus, semuanya pasti berjaya dan comfirm kurus kan? Mana taknya, mereka mempunyai moderator, konsultan dan pihak yang bertanggugjawab untuk guide dan monitor perkembangan mereka. Jadi, elok juga kita melihat ini sebagai suatu saranan baik untuk diri sendiri mencari konsultan bertauliah untuk guide kita atau paling tidak berjumpa doktor untuk mendapat nasihat sebelum mengikuti sesuatu program dan mengambil ubatan secara sendirian.
Hormon kortisol berlebihan mewujudkan masalah kesihatan yang kita tak sedar bahawa hormon tersebutlah punca segala masalah. Hanya selepas berjumpa doktor kita dapat mengenalpasti sama ada hormon kortisol kita berlebihan ataupun tidak. Individu yang memiliki hormon kortisol berlebihan biasanya menghidap sindrom Cushing. Mereka tidak akan berjaya menguruskan badan secara normal seperti yang lain. Mereka perlukan nasihat doktor untuk memilih diet yang sesuai.
Hormon kortisol tu apa ek? Menurut kamus wiki yang diterjemahkan oleh google translate:
"Kortisol (hydrocortisone) adalah sejenis hormonsteroid, atau glucocorticoid, yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal. [1] Ia dikeluarkan sebagai tindakbalas kepada tekanan dan tahap rendah glucocorticoids darah. Fungsi utamanya adalah untuk meningkatkan gula dalam darah melalui gluconeogenesis; menindas sistem imun dan membantu dalam metabolisme lemak, protein dan karbohidrat" [pautan]
Kelenjar adrenal yang terletak pada buah pinggang kita. Oleh itu, penghasilan hormon kortisol melibatkan secara langsung dalam metabolisme lemak. Jika ia berlebihan atau berkurangan maka lemak akan berkumpul. Ia juga mustahak dalam penghasilan tenaga tubuh kita. Jika berkurangan atau berlebihan, maka tenaga tidak dapat terhasil dengan baik. Oleh itu, hormon kortisol harus berada pada tahap optimum supaya diet yang dilakukan berkesan dan kesihatan juga sentiasa di tahap yang baik.
Masalah hormon kortisol yang berlebihan sering berlaku kepada indidu yang obes dan jika melakukan diet, biasanya mereka akan mengalami kesukaran untuk menurunkan berat badan.
Selain itu, hormon kortisol yang tidak seimbang juga akan mengakibatkan gangguan terhadap perjalanan hormon lain seperti hormon tiroid, hormon estrogen, hormone progesterone dan lain-lain lagi. Ini kerana semua hormon saling bertindak secara synergistic. Kesan berlebihan atau ketiadaan satu hormon akan mengganggu tindakan hormon lain.
Akibatnya, terjadi masalah haid tidak teratur, tubuh yang sembab serta degupan jantung yang tidak sekata.
Contoh masalah:
Selama hampir 25 tahun Zanariah tercari-cari apakah masalah yang beliau hadapi. Simptom yang dialaminya termasuklah kejang otot, sakit kepala yang kerap sehinggakan terpaksa menyimpan panadol di rumah sepanjang masa kerana sakit kepala datang dengan tidak semena-mena. Ada kalanya dia terpaksa mengambil cuti sakit kerana terlalu sakit.
Dia turut mengalami peningkatan berat badan keterlaluan meskipun mengamalkan diet yang ketat. Hal ini membuatkan Zanariah berasa kecewa kerana dia suka bergaya dan teringin mencuba fesyen baju yang cantik dan terkini. Dia juga mudah letih dan lesu, serta wajahnya tampak sembap. Akibatnya dia tampak tua dan sering digelar mak cik oleh orang yang melihatnya lantaran itu Zanariah sering mengelak keluar rumah.
Akhir-akhir ini dia tidak tahan dengan perubahan cuaca, merasakan badan berpeluh dan berbau. Dia juga lenguh, sakit sendi, kebas kaki dan tangan mudah terseliuh. Doktor menasihatkannya supaya jangan berlari kerana tubuh yang berat sukar ditampung oleh kakinya yang kecil. Zanariah juga mudah terkena gastrik, kerap berdebar dan mudah panik.Pemeriksaan doktor menunjukkan dia mengidap darah tinggi, mempunyai kadar kolestrol yang tinggi serta kandungan gula dalam darah yang tinggi. Menurut doktor jika tidak berjaga-jaga besar kemungkinan dia akan diserang masalah kencing manis.
Zanariah mendapati tidurnya tidak lena, serta haidnya menjadi yang tidak menentu. Dia rasa tahap kesihatannya seperti orang tua meskipun usianya masih muda.
Ditanya punca masalahnya, doktor memberitahu keadaan itu disebabkan tubuhnya yang gemuk. Setiap kali Zanariah berdiet berat badannya semakin bertambah. Dia yakin tidak ada siapa pun percaya bahawa dia sememangnya menjaga pemakanan.
pemeriksaan
Seorang sahabat menasihatkan dia agar lebih banyak membaca serta membuat pemeriksaan paras hormon. Zanariah datang berjumpa saya untuk mengetahui lebih lanjut perihal masalah kesihatan berkaitan hormon.
Hasil pemeriksaan jelas menunjukkan dia mempunyai masalah hormon kortisol berlebihan. Keadaan ini dikenali sebagai Cushings Syndrome. Hormon kortisol yang tinggi mengubah penampilan seseorang. Lebih lama seorang itu terdedah kepada permasalahan ini maka lebih banyak perubahan yang kita nampak pada fizikalnya.
Ciri fizikal yang ketara ialah penambahan berat badan, lemak berkumpul pada muka perut, leher, belakang leher, manakala kaki dan tangan kelihatan kecil. Tanda regangan kulit mula kelihatan pada perut, payu dara dan bahu. Jerawat juga mudah tumbuh selain pertumbuhan bulu pada muka. Kulit wajah akan kelihatan kusam dan sesetengah wanita mengalami rambut gugur.
Kortisol yang berlebihan akan merangsang rasa lapar, membuatkan insulin meningkat dan rosak. Oleh kerana sel lemak bergantung kepada signal daripada kortisol untuk berpecah dan menghasilkan tenaga, maka hormon kortisol yang berlebihan akan menjadikan sel-lemak berkumpul dan membesar.
Rawatan bagi masalah seperti ini ialah memulihkan semula hormon dalam badan. Sebarang program diet dan senaman tidak mungkin berjaya lantaran kehadiran kortisol yang terlalu tinggi. [arkib kesihatan - Utusan Malaysia Online]
0 comments:
Post a Comment