Minggu menanam lemak

Sudah lama suami tercinta teringin nak makan lasagna. So, minggu lepas isteri mithalinya ini pun memberanikanlah diri untuk mencuba potensi diri memasak makanan barat pulak. Kemain berejam mak ngah mencari bahan-bahan di Jusco. Mana taknya, first time mencari bahan masakan barat, jadi peninglah sikit. Dah jumpa, kena check pula sama ada logo halal disahkan Jakim atau tidak.

Alhamdulillah setelah berpening lalat di Jusco, akhirnya berjaya memasak. Ingatkan makan berdua aje dengan encik suami, mana tau anak-anak pun suka juga!

sebelum dibakar

Pesanan seorang ayah yang anaknya mati bunuh diri

Hati mana tak berduka bila anak sendiri meninggal dunia. Apatah lagi jika cara kematiannya tragis dan meninggalkan trauma dalam hidup. Begitulah kasihannya Dr. Ko, seorang doktor pakar kulit yang kehilangan anaknya akibat membunuh diri.

Kes bunuh diri terjadi dari pelbagai sebab. Sebagai orang awam, kita berasa bunuh diri ialah perkara paling bodoh yang dibuat oleh manusia yang putus asa. Lebih-lebih lagi sebagai orang Islam, bunuh diri merupakan dosa besar yang tidak diampunkan oleh ALLAH s.w.t. Sesungguhnya mati itu hak ALLAH dan tiada manusia boleh berdoa supaya cepat mati, atau meminta Tuhan mematikan orang lain. Apatah lagi jika diri sendiri menjadi hakim dengan menjatuhkan hukuman mati untuk diri sendiri atau hukum bunuh untuk manusia lain.

Kekecewaan dalam hidup harus ditangani dengan positif. Sebagai orang Islam kita disuruh mengadu kepada ALLAH jika menghadapi masalah. Masalah dalam hidup adalah asam garam yang tidak boleh diketepikan selagi kita bernyawa. Tanpa asam dan garam ini pasti 'tawar' hidup kita. 

Masalah juga ialah ujian dan tanda 'kasih' Tuhan terhadap hambanya. Hamba yang lulus ujian akan menerima ganjaran kelak di 'hari perhitungan'. Hidup tanpa masalah menjadikan manusia selesa dan lalai mengingati Tuhannya. Mana mungkin kita boleh menjadi manusia yang ampuh dengan kecewaan dan kental dengan kesakitan? Bila kesusahan, pastinya manusia akan kembali kepada Yang Maha Esa.

Sebagai ibubapa kita harus menyiapkan anak-anak kita sejak dari kecil untuk menjadi manusia yang cekal dan tabah. Teguhkan jiwa mereka dengan agama. Diri yang bertiangkan agama INSHA ALLAH akan sentiasa teguh bila diusik dengan cabaran. Andai mereka tersasar, pasti mereka tahu jalan untuk pulang. Dan, jika mereka tercari-cari pelindung mereka akan memohon dari satu-satu Tuhan yang boleh menyelamatkan, ALLAH TAALA!

Berbalik kepada kisah Dr. Ko yang kehilangan anak lelaki satu-satunya. Anak lelaki yang bijak dan pandai sejak kecil. Anak lelaki yang menjadi harapannya dan keluarga. Namun anak itu sudah tiada lagi di dunia fana ini. Dalam nada yang berbaur sedih dan kekesalan beliau berpesan...
"kepada semua ibu bapa, habiskanlah banyak masa dengan anak-anak kita. Jangan manjakan mereka dengan memberi apa sahaja yang mereka mahukan. Jika tidak, nanti mereka tidak tahu perasaan bila kemahuan mereka ditolak. Ada benda di dunia ini yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit..."
Untuk pengetahuan, anak Dr. Ko, Steven seorang pelajar jurusan perubatan. Dia dikatakan terlibat dengan percintaan 3 segi dengan sahabatnya sendiri. Sebelum dia ditemui terjatuh dari sebuah parking kereta dekat pusat membeli belah, Steven sempat menghantar sms kepada gadis terbabit memberitahu bahawa dia tidak mahu menimbulkan sebarang masalah dan memberi tekanan kepada gadis itu. Malah, berpesan supaya dia menonton filem Casablanca.

Berita asal dekat sini.



Lady Gaga join Bersih pulak?

Alkisah suatu petang nan indah, Tok Mok duduk bersimpuh membaca surat khabar sambil menonton tv dengan anak cucunya....

Berita hangat:

FPI tidak akan benarkan Lady Gaga ke Indonesia
JAKARTA 10 Mei - Barisan Pembela Islam (FPI) semalam memberi amaran bahawa mereka tidak akan membenarkan diva pop Amerika Syarikat (AS) Lady Gaga menjejakkan kaki ke Indonesia.
Pengerusi FPI Jakarta, Salim Alatas berkata, mereka akan menggerakkan seramai 30,000 peserta penunjuk perasaan bagi membantah kehadiran artis itu pada 3 Jun depan termasuk menghalangnya di lapangan terbang.
``Kita akan menghalangnya (Gaga) daripada memasuki negara ini. Lebih baik dia tidak menyebarkan ajaran syaitannya ke Indonesia,’’ katanya. - AFP [Utusan Malaysia]

"Wah tak habis-habis Lady Gaga ni...." rungut Tok Mok.

"Wah, tok kenal Lady Gaga? fuiyyo..."tegur Maya Karini cucu Tok Mok darjah 5.

"Ni Lady Gaga, tak habis kecoh kat Malaysia, nak buat Bersih dekat Indonesia pulak..." kata Tok Mok lagi.

"Lady Gaga buat Bersih?" pelik dan hairan si anak Tok Mok, Zizan  - ayah kepada Maya Karini.

"Ni....." Tok Mok tunjuk petikan berita kepada Zizan.

"Laaa...mak ni! Lady Gaga ni penyanyi omputih. Yang buat Bersih tu Ambiga, mak!" jelas Zizan.

"Ooooo ye ke" mereka bertiga gelak besar.

"Mak ingat Lady Gaga dan Ambiga tu orang yang sama"

Zizan geleng kepala. Maya Karini sakit perut gelak. Tok Mok geli hati sendiri.


Fakta:
Inilah Lady Gaga
Ini pula, Lady Ambiga

p/s
Kisah ini saduran dari kisah benar. Memang saya gelak besar.
Biasalah orang tua kekadang ada silap faham. Maafkan mereka :D

Punca-punca perceraian

Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah merumuskan, antara punca-puncra perceraian di Malaysia seperti berikut. Moga menjadi teladan dan renungan bersama....

Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas. TQ
Nota:
Fan page fesbuk ini merupakan fan page rasmi DFK yang juga dikendalikan oleh pasukannya dari DMFK Inspirations Sdn Bhd.

Harga setem hari ini

Zaman dulu (lewat 80-an sampai lewat 90-an) kalau saya nak pos surat mesti mintak kat mak duit 20 sen untuk beli setem. Surat tu sama ada surat  nak hantar peraduan kat majalah, surat buat pen pal atau kad raya. Dengan 20 sen mesti surat sampai punya! Sekarang boleh dikatakan dah tak gunakan khidmat pos sebab e-mel pun dah banyak mengambil alih fungsi surat menyurat sebelum ini.

Pada hari ini, kalau kita silap tampal setem (nilai tak cukup) siaplah nanti kita dapat pula 'surat' dari pos malaysia suruh tambah bayaran kalau nak surat tu sampai ke pihak penerima. Ingat lagi tahun lepas, suami saya terima nota pemberitahuan dari pihak pos. Tapi, dia tak pergi pun bayar dan bila orang pos telefon tanya dia suruh buang je surat tu sebab surat tu dah kira sampai lambat dan hal penting dan pun settled.

Minggu lepas saya pergi ke pos malaysia di Jusco Au2. Hajat nak mengepos surat bagi pihak suamilah. So, nasib baik tunjuk surat kat akak pos di kaunter tu. Jadi dia bagi tahu surat tu kena setem 60 sen.

"Mahalnya..."kata saya dalam hati. Selepas tu saya mintak pula setem 50 sen dua keping.

"50 sen? Nak letak pada surat macam mana tu? Takut nanti tak cukup," kata akak pos comel tu.

"oooo ye ke. Saya nak tampal setem seringgit pada surat sekolah. Diorang yang mintak. Saya saja nak letakkan setem tu 50-50 sen" jelas saya.

"oklah cam tu" 

"Kalau kad raya kena setem berapa sen?" tanya saya pulak.

"Belum tahu lagi. Tunggu pengumuman nanti" jawab kakak pos comel.

Selepas membuat bayaran dan mengucap terima kasih saya pun beredar. Punyalah lama tak menggunakan khidmat pos malaysia ni, jadi macam blur je dekat situ. Nak masukkan surat pun puas cari kotak suratnya. Alahai....
surat saiz biasa dan ringan je pun...alamak renyuk!

Pekan Buku @Perpustakaan Kuala Lumpur


Alhamdulillah sedang dalam sesi menghabiskan bacaan novel Sunan Musafir, karya novelis thriller nombor 1 Malaysia Mr. Ramlee Awang Murshid. Memang tak rugi beli novel ini masa pesta buku 2012 yang lalu. 

Ada yang belum milikinya? Ini ada satu lagi peluang. Peminat buku dijemput untuk hadir ke Pekan Buku di Perpustakaan Kuala Lumpur, Ahad ini jam 8 pagi. Aktiviti yang dianjurkan oleh Perbadanan Kotabuku ini akan turut disertai oleh RAMFC dan mereka akan mengadakan sesi jualan bonet kereta bermula jam 8 pagi. Kemudian disusuli dengan rakaman untuk program RTM, Kembara Buku jam 10pagi.


*Perpustakaan Kuala Lumpur 

  1 Jalan Raja, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
p/s
"Ikhlas dan sabar itu Islam" - Laksamana Sunan

Secret circle dan Desperate housewives

Anda peminat Secret Circle(SC) dan Desperate Housewives(DH)?

SC baru saja bermula musim pertama. DH pula sudah menemui pengakhirannya di mana musim ini, musim ke 8 bakal menutup tirai siri kegemaran ramai itu...Tak sabar nak tunggu episod akhirnya.

SC dan DH dua drama yang berbeza genre. SC sesuai untuk remaja dan peminat drama-drama bercorak fiksyen dan supernatural. Manakala DH ialah cerita bercorak kekeluargaan.

Haaa...adakah ini episod terakhir/final Desperate Housewives?

Detik-detik cemas kemalangan Ferrari-Teksi-Scrambler di Singapura

Berita sebelum.

Sebenarnya, kejadian tersebut melibatkan 3 kenderaan, Ferrari, teksi dan motosikal. Manakala ada 2 orang yang terselamat dan 3 orang meninggal dunia. Yang meninggal seperti sedia maklum ialah pemandu Ferrari Ma Chi,31 seorang warga China, Cheng Teck Hock,52 pemandu teksi malang dan penumpangnya Shigemi Ito, 20-an seorang warga Jepun yang tinggal dan berkerja di Singapura.

2 yang terselamat ialah Muhd. Najib Ghazali, penunggang motosikal dan seorang lagi wanita 'misteri' yang berada di dalam Ferrari. Menurut Najib, kebiasaannya bila lampu isyarat hijau saja, dia dan kawannya akan memecut laju tetapi pada hari kejadian mereka lambat bergerak dan hal itu menjadi  penyebab dia terselamat walaupun turut mengalami kecederaan tulang belakang dan patah rusuknya. Beliau juga menceritakan detik cemas apabila teksi melihat melambung tinggi di udara dan tayar teksi betul-betul berada di depan mukanya.


"My friend said that the he heard the sound of the Ferrari only after the impact, which shows how fast the vehicle was going.
"The taxi was flung 30 to 50 metres away.
"I saw the wheel of the taxi in front of my face as the vehicle was airborne.
"Usually, my friend, who rides a scrambler, would move off very fast at the signal. but on that day, for some reason, he did not move of.
"He was looking at his bike, and checking his signal light. Then he looked up and smiled at us.
"We were wondering what was wrong with his bike, which was why we moved of slower than usual.
"This delay ended up saving our lives." [read more..]

Cikgu merungut

Tinggal seminggu lebih lagi baki persekolahan sebelum bermulanya cuti pertengahan penggal pertama. Untuk makluman, cuti sekolah akan bermula 26 Mei hingga 10 Jun 2012. 

Peperiksaan pertengahan tahun juga sedang giat dijalankan sama ada di sekolah atau tadika. Surat pemberitahuan juga sudah diedarkan lebih awal supaya ibu bapa dapat memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah pada hari peperiksaan berlangsung.

Namun, adakalanya tak semua murid dapat hadir. Sakit atau kerana kes kecemasan menjadi aral untuk mereka tidak dapat hadir ke sekolah. Kebiasaannya, cikgu akan mengadakan peperiksaan ulangan untuk murid-murid yang tidak hadir. Itulah antara tugas mulia guru yang memerlukan dedikasi dan komitmen yang tinggi - Terpaksa buat kerja dua kali.

Adapun begitu jugalah yang terjadi di tadika anak sahabat saya. 2 hari anaknya tidak dapat hadir ke sekolah. Dia sendiri telah berjumpa dengan guru kelas lebih awal untuk menjelaskan yang mereka terpaksa balik ke kampung atas urusan mahkamah. Ketika diberitahu, reaksi guru itu seperti kurang menerima. Namun dia cuba bersangka baik.

Video Ferrari rempuh teksi di Singapore yang capai jutaan hit di Youtube

Ada pelbagai cara manusia cuba menunjukkan kehandalan mereka. Tidak kisahlah ruangan mana, tapi jangan sesekali menunjukkan handal di jalan raya. Kalau nak jadi Schumacher atau Rossi sila ke litar. Jadilah anak mak bapak yang boleh membanggakan mereka. Juga jadilah warganegara yang membanggakan negara. Hatta bila dah mati meninggalkan nama yang harum untuk dikenang orang.
Klip Video Kemalangan Ferrari Langgar Teksi Di S'pura Capai 1.4 Juta Hits 
PETALING JAYA: Klip video yang menunjukkan bagaimana sebuah kereta Ferrari dengan kelajuan melebihi 180km/j telah melanggar sebuah teksi di sini lalu mengorbankan pemandunya telah mencapai 1.4 juta hits dalam laman YouTube.
Bagaimanapun pemeriksaan mStar Online pada jam 7.30 malam Khamis mendapati, klip video berkenaan telah pun dikeluarkan dari laman tersebut.
Kemalangan itu telah mendapat perhatian ramai termasuklah Kerajaan Republik Rakyat China yang mana pemandu Ferrari tersebut adalah warganya malah Perdana Menteri Singapura tidak terlepas daripada turut memberi komen serta reaksi.
Kerajaan China menerusi kedutaannya di Singapura pada Rabu mengeluarkan kenyataan menyeru warganya agar menghormati undang-undang negara lain.
"Kami benar-benar berasa sedih dengan apa yang berlaku," kata Setiausaha Pertama Kedutaan, Wen Penghui.
"Dan kami juga berharap semua warga kami yang menetap dan bekerja di republik ini menghormati nyawa, nilai dan keselamatan orang lain, mematuhi undang-undang dan hidup dengan penuh tanggungjawab dan bersopan," kata setiausaha itu lagi.
Para pekerja asing dari China di Singapura telah menjadi subjek kritikan daripada warganegara itu ekoran kejadian menyayat hati yang berlaku di awal pagi Sabtu lalu.
Pemandu kereta Ferrari berkenaan adalah seorang warganegara China berusia 31 tahun bernama Ma Chi yang bekerja di Singapura telah memecut keretanya dalam kelajuan yang sangat tinggi lalu menghentam sebuah teksi yang membawa seorang penumpang warga Jepun.
Kesemua mereka terbunuh dalam kemalangan berkenaan.
Klip video yang merakamkan insiden itu telah diambil dari sebuah teksi lain yang sedang berhenti di simpang empat ketika lampu isyarat merah.
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong turut memberi reaksi di dalam laman Facebooknya.
Beliau menyeru warga Singapura agar tidak menjadikan kejadian itu sebagai sebab untuk melepaskan kemarahan kepada warga asing yang bekerja di republik itu.
Akibat daripada kemalangan itu, Ma terbunuh serta merta di tempat kejadian manakala penumpang teksi berkenaan seorang wanita warga Jepun berusia 41 tahun meninggal dunia dua jam kemudian di hospital.
Pemandu teksi berusia 52 tahun itu pula meninggal dunia sehari kemudian. [sumber]

Misteri Kucing Hilang

"Misteri Kucing Hilang" , tajuk tu macam dalam cerita siri penyiasatan pulak. Buku penyiasatan bersiri paling saya minati ialah karya Enid Blyton. Kisah 5 penyiasat yang diketuai oleh si Gemuk dan anjingnya bernama Buster serta watak polis yang angkuh bernama Encik Goon.

So, khabarnya ada berita kehilangan kucing secara misteri di Melaka sejak September tahun lalu. Ada sesiapa nak siasat misteri ini???

Hehe...terima kasih ajelah sebab misteri ini sudah berjaya diselesaikan....
Kucing Hilang Ditemui, Digunakan Untuk Hasilkan Minyak Pengasih

MELAKA: Seseorang aktivis haiwan yang menyiasat mengapa banyak kucing dilaporkan hilang sejak kebelakangan ini menemui pautan menarik berkiatan 'Pengasih' dan pakaian dalam yang telah digunakan sebagai tujuan menggoda.
Persatuan Pencegahan Kekejaman Haiwan (SPCA) sebelum ini menerima laporan banyak kucing di Melaka, telah hilang dari rumah pemiliknya sejak September.
Dalam kes baru-baru ini, seorang wanita berusia 45 tahun di Padang Temu mendapatkan bantuan SPCA selepas kucing Parsi miliknya hilang.
Pengerusi SPCA Melaka, Vincent Low, bersama beberapa orang ahli dan Pegawai publisiti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Tan Joek Kwang melawat pemilik, Christine, untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Selama beberapa hari, beberapa petunjuk membawa Low ke sebuah rumah di pinggir bandar di mana beliau mendapati seorang wanita Indonesia yang hidup dengan puluhan ekor kucing.
"Hanya selepas itu, saya mengetahui bahawa bulu dan air liur kucing digunakan di dalam upacara membuat minyak Pengasih," katanya dalam satu temu bual.
Beliau berkata wanita itu mendakwa dia hanya memberi perlindungan kepada kucing dan tidak mencurinya.
Wanita itu bagaimanapun, kemudian mengakui bahawa dia merendam air liur dan bulu kucing bersama pakaian dalam yang telah digunakan untuk membuat ubat pengasih.
Low berkata wanita itu mendakwa minyak pengasih yang dihasilkannya membantu mengukuhkan ikatan di antara pasangan dan juga berfungsi sebagai anti-penuaan.
Hasil lawatan beliau, Low merampas empat ekor kucing.
Pada Selasa, beliau pergi ke sana sekali lagi untuk mengambil lapan ekor kucing lagi tetapi wanita itu telah hilang.
Low berkata terdapat kes-kes warga asing yang menangkap kucing jalanan untuk dimasak.
"Kali ini, SPCA terkejut apabila mendapati bahawa haiwan ini telah hilang dari rumah pemilik," katanya. [mstar online]
Macam-macam cara manusia untuk mengamalkan ilmu hitam. Bila sudah sesat, macam-macam hal yang pelik untuk difikir oleh akal kita boleh berlaku. Semuanya angkara tipu daya syaitan. Kesian kucing-kucing yang jadi mangsa...

Nauzubillahi min zalik

Bila anak tiba-tiba tak nak ke sekolah

Sudah beberapa hari saya tidak nampak anak jiran pergi ke sekolah tadika. Selalunya ketika menghantar Salahuddin menunggu van tadikanya sampai, kami pasti terserempak. 

"Adik tak sekolah sebab sakit perut." Beritahu mamanya.

"Ooo yeke, kenapa?" Tanya saya balik.

"Entahlah, asal bangun pagi aje sakit perutnya mulalah datang. Lately ni memang dia suka buat perangai"

Lepas beberapa kali asyik mengadu sakit perut, mamanya telah membawa ke klinik. Bila diperiksa dia tidak ada apa-apa penyakit. Syukur, kemudian mamanya bercerita pada doktor sakit perut itu berlaku sejak keengganan anak perempuannya (6tahun) itu yang tidak mahu ke sekolah.

Sebenarnya, si anak ada memberitahu ketika di sekolah cikgu garang. Kalau buat bising cikgu nak stepler mulut. Kalau tak dengar cakap cikgu, cikgu nak tolak markah. Pernah sekali ketika membuat latihan bersama rakan-rakan, ada seorang kawannya meniru hasil kerja. Dia mengadu kepada cikgu. Kali pertama aduannya diterima dan cikgu 'memarahi' kawannya yang meniru itu. Apabila berlaku lagi dan mengadu untuk kali kedua, cikgu hanya berbuat tidak tahu. Jadi, dia berasa sangat kecewa.

Harian Metro minta maaf



p/s
Pepatah menyebut, 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'. Namun tak rugi untuk memohon maaf atas keterlanjuran. Moga apa yang terjadi akan menjadi teladan pada masa depan. Akhbar ini memang terkenal kerana penyiaran berita panas dan sensasi di muka depan. Harap ia juga menjadi iktibar kepada sesiapa sahaja yang mahu menulis kena ada merujuk sumber yang tepat dan boleh dipercayai.

Biarlah tak original pun

Bagi suri dalam dapur seperti saya, hobi memasak sudah bukan menjadi hobi lagi. Kalau sudah kerjanya di dapur, sudah pastilah wajib memasak. Kalau tidak memasak, uruskan rumahtangga dengan membuat kerja-kerja suri yang lain. Jadi ini semua bukan hobi tapi tanggungjawab.

Jadi, hobi menghala ke direksi yang lain iaitu menulis. Kalau dahulu saya punya diari untuk menulis, kini blog menjadi lapangan utama. Jika ada masa terluang, sudah pastilah jari jemari akan mengetik keyboard untuk menzahirkan rasa hati dan buah fikiran.

Kini ada satu lagi hobi. Menembak(mengambil gambar). Sebenarnya bukan juga hobi baharu, kerana bertahun lalu minat ini timbul ketika berkenalan dengan seorang kakak di satu halaman forum. Beliau berkerja dengan KEMAS. Di samping tugasan di pejabat, beliau juga merupakan jurugambar sambilan yang baru belajar fotografi (pada masa itu, kini dah semakin pro). Setiap kelapangan, beliau mengupload gambar ke laman forum dan dari situ dapatlah kami berkongsi cerita.

Namun, minat saya tidaklah sampai hendak memiliki DSLR sepertinya. Harga sebuah DSLR tidak mampu untuk dimiliki. Saya hanya boleh bermimpi dan berangan seandainya ada orang sudi menghadiahkan kamera hebat tersebut. Apa yang ada, sebuah kamera canon murah dan mobile camera dengan 5.0 megapixel.

Untuk mendapatkan sisi lain efek fotografi, saya cuba muat turun perisan dan efek percuma dari Internet untuk kepuasan sendiri.

"Alaaa tak ori pun" komen seorang adik saya..

Tak berkecil hatipun, cuma apa yang saya buat sekadar untuk mendapat kepuasan bagi hobi yang saya mampu miliki. Jika saya tidak mampu, buat apa hendak berhobi lebih dari kemampuan kan? Biarlah tak oripun asalkan mampu dibuat dan dapat memuaskan hati. Peace.

Salah satu gambar fevret, aksi pakcik memasak char kue teow di pasar malam AU2

Wordless Wednesday: Jendela Senja





photo effect

Wordless Wednesday: Bubur sum sum


Just for U, teacher!

Anak nak sambut Hari Guru, ibu pening kepala

"Ibu esok sambut hari guru"

"Ibu nanti kena bawak hadiah"

"Ibu ustazah cakap, kena bawak juadah jugak"

Adoi....pening kepala ibu. Anak-anak yang nak menyambut Hari Guru, ibu yang pening kepala untuk sediakan semua yang diminta. Bukan setakat di sekolah kebangsaan, sekolah agama KAFA juga akan menyambut Hari Guru.

Zaman ibu di bangku sekolah dahulu, sambutan Hari Guru tak de pulak nak bagi cikgu hadiah. Sekadar melihat cikgu-cikgu bergembira beramai-ramai bersukaneka dan melakukan aktiviti indoor seperti berbalas pantun dengan murid-murid. Tambahan pula, duit belanja pun cukup-cukup untuk makan aje. 

Memandangkan esok nak sambut, malam ini baru nak beritahu kena bawak juadah memang peninglah nak fikir apa nak masak untuk anak bawak ke sekolah esok.

"boleh bawak apa-apa ajer..."kata Luqman. 

Amboi senang aje dia bercakap. Kalau sekali petik, turun hidangan dari langit orait ler jugak. 

"Ibu, esok nak bawak hadiah apa?" tanya Almustofa pulak.

"Tak payah bawak apa-apa. Cukuplah sekadar bagi ucapan aje." jawab saya.

"mmmm tak naklah!" terus muncung...Cikgu bukan mintak hadiah pun, deme je yang lebih-lebih.

Alahai, anak-anak punya hal ibu dah naik pening ni. Sila bentang tilam ibu nak pengsan jap.

SELAMAT HARI GURU!

Suke?




Eksplorasi flora dan fauna

Eksplorasi bermula dekat hutan ni..
Hiii...apa tu??

Tragedi Gunung Salak

Barangkali ramai sedia maklum kejadian kapal terbang terhempas di Jawa Barat, Indonesia. Pesawat jenis Sukhoi buatan Russia itu terhempas ke lereng bukit di Gunung Salak dekat Bogor. Sehingga ke hari ini, pihak berkuasa Indonesia masih lagi berusaha mengeluarkan mayat mangsa dari tempat kejadian.

Difahamkan 45 orang termasuk juruterbang dan krew terkoban dalam nahas yang berlaku pada 9 Mei lalu. Gunung Salak ialah salah satu daripada gunung berapi yang terdapat di Indonesia. 
'Bismillahi tawakaltu' ayat terakhir pramugari

RABU lalu, pesawat komersial buatan Rusia, Sukhoi Superjet 100 (SSJ-100) yang membawa 45 penumpang terhempas di lereng Gunung Salak yang terletak di daerah Bogor, Jawa Barat, Indonesia.
Sukhoi sebelum ini dikenali sebagai pengeluar pesawat tempur yang tangkas mematahkan serangan musuh. SSJ-100 merupakan pesawat penumpang komersial pertamanya.
Mengimbas detik hitam kecelakaan udara yang dikhuatiri meragut nyawa kesemua 45 penumpangnya, pegawai menara kawalan trafik di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Mulya Abadi memberitahu, pada pukul 2.33 petang, juruterbang pesawat berkenaan, Aleksandr Yablontsev, ada menghubungi menara kawalan bagi meminta kebenaran untuk turun daripada ketinggian 10,000 kaki ke 6,000 kaki.
Tawakal
"Selain mahu terbang lebih rendah, Aleksandr turut meminta izin untuk menukar haluan ke arah kanan. Kebenaran diberikan kerana ketika itu pesawat berada di lokasi latihan penerbangan di Atang Sendjaja, Bogor.
"Juruterbang bebas melakukan apa saja pergerakan di situ kerana kawasan tersebut tidak berbukit dan bergunung. Pesawat latihan juga sering mendarat dan berlepas di situ.
"Namun, tidak lama selepas itu, pengawal trafik yang bertugas terputus hubungan dengan Aleksandr," jelas Mulya.
Pesawat malang yang berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta itu dipercayai terhempas selepas merempuh cenuram di salah satu daripada tiga puncak Gunung Salak yang tingginya sama seperti Genting Highlands di Malaysia iaitu kira-kira 1,800 meter daripada aras laut.
Rempuhan dahsyat itu berlaku selepas pesawat itu terbang buat kali kedua tanpa mengisi bahan bakar.
Ketika kejadian, SSJ-100 yang boleh membawa 98 penumpang sedang menjalani siri penerbangan promosi. Indonesia ialah destinasi keempat sebelum ia dijadualkan ke Laos dan Vietnam.
Ia menghentam cenuram berdekatan Kampung Loji, kira-kira 3.5 kilomter dari Cijeruk sehingga mengakibatkan badan pesawat hancur berkecai.
Penumpang penerbangan itu turut membawa 35 warga tempatan. Mereka ialah pramugari syarikat penerbangan, petugas media dan ahli politik.
Pembantu juruterbang SSJ-100, Alexander Kochetkov ada merakamkan gambar detik-detik akhir bersama pramugari dan penumpang sebelum pesawat tersebut berlepas petang Rabu lalu. Gambar itu ada dimuat naik dalam laman sosial internet.
Pramugari syarikat penerbangan Sky Aviation, Aditya Recondianty telah memuat naik gambarnya ke dalam telefon pintarnya sejurus sebelum pesawat itu berlepas. Selain gambar, Aditya juga sempat mengubah statusnya di telefon pintar itu sebelum pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan.
"Ini status terakhir Tya, 'Bismillahi tawakaltu' (Aku bertawakal dengan nama Allah)," kata ibu Aditya, Susan, yang tinggal di Jakarta Selatan.
Susan memberitahu, foto tersebut juga sempat dikirim kepada adik perempuan Aditya bernama Icha.

Xu Jiao

Pada masa ini TV3 menerusi slot Pearl Screen sedang menayangkan filem hebat CJ7 lakonan Stephen Chow. Pelakon fevret Kak Aina tu...

Sebelum ini ada mendengar pelakonan kanak-kanak utama, Xu Jiou (melakon watak anak lelaki Chow) ialah sebenarnya seorang kanak-kanak perempuan. Sebagai anak gadis, dia lebih cute. Usianya pada masa sekarang ialah 15 tahun.

Kami bukan kembar

Luqman (kanan) adalah abang kepada Almustofa. Dia anak sulung Kak Aina. Beza usia mereka ialah 2 tahun. Almustofa baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-7 pada 10 Mei lalu..

Kebelakangan ini, akak sering diaju dengan pertanyaan "kembar ke anak akak ni?" Bukan seorang dua yang bertanya pulak tu... 

"Taklah yang ini abang" jawab akak sambil merujuk kepada Luqman.

"Ooooo yeke" jawab mereka atau paling tidak hanya tersenyum.

"gap 2 tahun ni" terang akak lagi kerana memahami kekeliruan mereka.

Semakin membesar, ketinggian dua beradik ini lebih kurang sama. Jadi tidak hairan orang melihat mereka seperti kembar. Kembar tidak seiras. Mungkin faktor usia yang rapat, kebanyakan adik beradik dilihat seperti itu sehingga ada yang terkeliru melihat adik seperti abang atau kakak dan sebaliknya. 

'dendam' berbalas!

pic mstar online, dilomokan @dumpr.net
TAHNIAH!

Malaysia Rangkul Juara Piala Remaja Asia Selepas 20 Tahun
MELAKA: Malaysia melakar sejarah apabila muncul juara Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia 2012 buat julung kali selepas mengalahkan Pakistan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Bukit Serindit di sini, malam Ahad.
Malaysia mengakhiri penantian 20 tahun untuk merangkul kejuaraan itu dengan jaringan minit kedua Faizal Saari dan jaringan padang oleh Mohd Syamim MohdYusof pada minit ke-17.
Pakistan, juara tiga kali pada edisi pertama 1987, 1992 dan 1996, menjaringkan gol tunggal pada separuh masa kedua menerusi Muhammad Irfan pada minit ke-42.

Berita lanjut kat sini.

Lomo efek @Tuxpi.coM

ORIGINAL
LOMO

Pokok perempuan?

Pokok perempuan?

Bukan merujuk gender pokok tetapi hanya sebagai perumpamaan sahaja.Abu Saif di dalam blognya menulis:
Pokok semalu ini pokok perempuan.  Orang perempuan yang pakai tudung dan ada sifat malu, tidak membenarkan dirinya disentuh. Kalau orang nak sentuh, dia akan menutup dirinya
Inilah pokok perempuan yang saya temui semalam di tepian padang bola ketika menemankan anak-anak berlatih bola di akademi.


Keindahan 'hutan' padang bola

Kini sudah menjadi minat, sambil menemankan anak-anak di padang bola tangan ini akan 'menembak' sasaran yang menarik menggunakan c6 kuasa 5.0. Memandangkan cuaca petang ini agak suram, pemandangan langit kebiruan dan awan-awan nano yang berselerakan tidak dapat dilihat. Maka, sasaran beralih arah..
Langit tak selalunya indah dan cerah....
Tetap ceria....kegembiraan itu bermukim di hati bukan dicongak dari langit
Bila mendongak ke langit, jangan lupa rumput di bumi. Jika langit cantik kebiruan, rumput yang menghijau pula umpama permaidani yang sangat elok buatannya. Allahu akbar!
Inilah 'hutan' belukar di tepian padang tempat anak-anak akademi berlatih bola sepak

Upgrade kualiti amalan dengan belajar

Hari jadi siapa ibu?

Alhamdulillah dah 7 tahun usia Almustofa. Sempat juga lewat petang tadi belikan kek untuk dia. Semuanya tidak dirancang pun. Cakap-cakap dengan abahnya dan dia setuju pulak. Terus ibu capai tudung biru untuk ke Jusco. Dalam kemalasan dan ditambah hujan renyai-renyai, gagahkan kaki melangkah...

"kesian pulak anak kalau tak de kek."Getus sang hati. 

Padahal Almustofa sendiri pun tidak tahu hari ini ialah hari kelahirannya. Semuanya rahsia. Pesan pada suami, jangan bagitahu pada anak-anak. Mana tahu yang dicari tiada, nanti menangis pula demenya.

Syukur akhirnya urusan selesai. Usai Maghrib, suami bertugas buat pengumuman. Bila kek dibuka, terus mereka bertanya...

"hari jadi siapa ibu?" 

Sorang ke sorang bertanya. Abahnya tolong eksplen untuk ibu yang sibuk menyediakan meja...

Ciskek, fevret abahnyer..

Teka teki, teka tekuk


Teka teki ini ditujukan khas buat adinda-adindaku yang berada di sana, di sana dan di situ tu...
Setiap tekaan yang tepat, adalah hadiahnya.
Kat bawah ni petunjuk. Renunglah mata-mata anakanda berempat ni...mana satu deme masa kecik di atas?
(dari kiri) Aman, Almustofa, Addin dan Alfatih (bawah)

p/s
sapa-sapa pun nak teka, bulih.saja nak gurau adik beradik:)

Khitan(sunat) baby lelaki

Hukum pasal khitan (sunat) anak lelaki dan perempuan baca sini.

Kalaulah ada yang bertanya, mana lebih baik sunat anak(lelaki) masa kecil(baby) kah? atau dah besar(kanak-kanak)?

Sudah pasti saya akan menjawab masa kecil. Ini kerana mereka senang diuruskan dan luka cepat sembuh.Anak saya 4 orang (lelaki) kesemuanya disunatkan ketika berusia kurang 7 hari. Paling awal ialah anak sulung dan yang kedua iaitu bersunat ketika berumur sehari. Alhamdulillah semua 4 beradik itu tiada masalah menjaganya.

Saya pernah mencadangkan kepada seorang teman supaya menyunatkan anaknya sebaik lepas lahir. Dia menolak kerana mahu meraikan anaknya kelak secara meriah.
Gambar hiasan - Google image

Pengalaman ketika menyaksikan adik dan sepupu disunatkan ketika zaman kanak-kanak mereka, saya menjadi seriau tatkala mendengar mereka menjerit kesakitan memanggil emak. Mana taknya, proses dilaksanakan secara tradisional iaitu dibuat oleh tok mudim di rumah. Hebatnya, sebatang pokok pisang disediakan. Kalau tak silap, sebelum bersunat mereka juga disuruh mandi manda di sungai supaya kembang kulit dan mudah untuk dipotong (kot). 

"Baby kecil lagi, mereka tak tahupun makna sakit" kata doktor.

Langit lagi...



Who is Fatin Liyana?

Masa blogwalking, Kak Aina ada terbaca beberapa post blogger tentang Fatin Liyana. Sebelum ini pernah juga dengar namanya, tapi tak pernah ambil kisah. Alah banyak lagi blogger lain yang femes dan cun. 

Tak kenal maka tak cinta. Bukan hanya pada rupanya yang cun dan cute itu, bakal doktor ini juga mempunyai skill menulis yang tersendiri. So, kiranya dia punya pakejlah untuk menjadi blogger pujaan ramai. Tapi, apa yang paling akak suka ialah, Fatin Liyana menulis tentang pelbagai tips. Ada tips  kecantikan, tips fesyen, tips kesihatan, melancong dll. Kita kalau nak beli ubat, mesti tengok testimoni yang berjaya. Nak ikut fesyen, mesti mencontohi mereka yang cantik dan nampak arif tentang cara pemakaian yang berstail.So, blog Fatin Liya ada kesemua daya penariknya. Tahniah dik!

Tips paling anggun dan sesuai untuk akak, pastinya tips untuk kurus! Haha...semua orang gemuk pun mahu kurus kan? Yang dah kurus nak lagi kurus. Akak sangat suka bila Fatin Liyana cadangkan kalau nak kurus jangan drastik sangat, yakni crash diet! Makan seperti biasa pagi-petang-siang-malam tetapi mesti kurangkan jumlahnya. Kemudian sentiasa kekal aktif, dan elakkan junk food. Berjalan kaki (laju) sekurang-kurangnya sejam juga membantu proses pembakaran lemak. Cakap bukan sebarang cakap, cakapnya bersimpul pengalaman sendiri, ilmu perubatannya dan rujukan yang dipercayai. Huraian lanjut dekat sini.

Merenung gambar dan membaca blognya, pasti kita akan kagum dengan empunya diri bernama Fatin Liyana ini. Selepas ini, boleh ramai-ramai pakat nak jadi macam Fatin Liyana- kurus, cantik, berilmu dan bergaya :)
Fatin Liyana
klik untuk loncat ke blog Fatin Liyana

Main nyorok-nyorok