Aktiviti Hujung Minggu # 6



Pemandangan-pemandangan ini saya petik di Taman Metropolitan Kepong...Biasanya anak-anak suka bermain layang-layang, tapi, pada hari itu mereka hanya bermain di taman dan kemudian menaiki tren..Memang seronok!









Sajak dari Khadijah Hashim

Dalam saya memikirkan soal hutang PTPTN, badan makin gemuk dan sebagainya, kali ini saya ingin berkongsi seuntai puisi yang begitu menarik hasil karya Khadijah Hashim. Masa sekarang masyarakat sibuk bercerita tentang harga barangan yang tak turun-turun walaupun harga minyak sudah diturunkan beberapa kali. Saya juga tertanya-tanya bilakah tambang van sekolah anak hendak turun kerana semasa harga minyak naik, tambang dinaikkan sebanyak RM5. Walaupun angka 5 nampak tidak begitu besar tapi bagi yang kurang berkemampuan dan mempunyai banyak tanggungan, nilai 5 sen pun akan memberi impak yang besar. Mari kita renung bersama puisi ini....

Sepinggan Nasi Yang Sedap ~ Khadijah Hashim
Akal pintar memilih yang terbaik
andai terpilih mempelam berulat
kuterima takdir yang tersurat
reda menerima badai dan taufan
terus berikhtiar mensyukuri kehidupan
insaf akan balasan dan ujian Tuhan.

Tiada niat menongkah kebiasaan
kuturuti saja gerak arus fitrah alam
seperti menjemur pada kala hari panas
menadah air pada waktu hujan
bertukang setelah lengkap perkakas
memasak apabila cukup bahan.

Kubangga pada kebijaksanaan
mencanang wawasan jauh ke desa
aura penemuan baru biar banjir ilmu
melimpah ruah sampai ke tangga rumah
lalu terbuka pintu hati
berkongsi idea untuk hidup bererti
seperti sepinggan nasi yang sedap
biar habis dimakan bukan dibuang.

Khadijah Hashim
TTDI, Kuala Lumpur
Mei 1, 2007

Kalau kita di kampung dan menternak ayam itik, lebihan makanan boleh lah diberikan kepada ayam, itik atau kucing peliharaan. Bagi kita yang hidup tanpa ternakan di bandar ini, makanan yang berlebihan akan terus ke tong sampah. Nak bagi pada kucing pon, mereka tak mau sebab friskis lagi best. Terasa macam membazir pulak kan...

"Kenapa Malas?" - oleh Jiwa Rasa

Mengapa orang Malaysia kurang membaca? Itu pertanyaan saya kepada Pak Jawahir, orang kuat Alam Raya, kedai buku di Jalan Pahang Barat, KL, yang banyak mengedarkan buku-buku dan majalah dari Indonesia.

Saya terkejut melihat macam-macam jenis buku dari Indonesia yang dijual di kedai Alam Raya milik beliau. Kami berbincang banyak tentang tabiat membaca kedua-dua di Indonesia dan di Malaysia. Di Indonesia, aktiviti terjemahan sangat rancak. Berbagai-bagai genre buku yang telah diterjemahkan dari berbagai bahasa ke Bahasa Melayu Indonesia. Perbincangan dan perdebatan khalayak di Indonesia juga bercabang banyak. Adakalanya terlalu kompleks sehingga boleh memeningkan kepala orang luar yang mahu membuat kajian. Pemikiran Islam di Indonesia sebagai contoh telah melahirkan bermacam-macam aliran pemikiran yang rencam.Kata Pak Jawahir, di Indonseia, berkhutbah sewaktu Solat Jumaat adalah perkara biasa bagi semua orang. Saintis biasa berkhutbah di sana, dan isi khutbahnya bukan tentang isu-isu biasa seperti di sini. Khatib di sana berkhutbah tentang dunia sains, penemuan sains dan wahyu, mengkaji Sains dan hubungannya dengan Al-Qur’an.

Khatib di Malaysia tidak berkhutbah, tetapi membaca teks khutbah. Tanpa teks tidak ramai yang boleh berdiri tegak tanpa lutut menggeletar dan berpeluh dingin di mimbar. Isu yang dibincangkan pun isu-isu ringan. Isu-isu yang selamat yang tidak mahu menyinggung perasaan sesiapa walaupun orang yang memang sepatutnya disinggung.

Teks khutbah di Malaysia menepati syarat resepi untuk mendodoi jemaah pendengar untuk tidur.Bukan sahaja khutbah, perbicangan khalayak di Malaysia juga berkisar benda-benda ringan. Isu-isu yang dibincang adalah isu-isu pop dan ringan. Tengok sahaja kandungan perbincangan di internet. Tengoklah kandungan blog-blog penulis berbahasa Melayu di internet. Ya, memang bilangan blog berbahasa Melayu sudah meningkat. Namun berapa banyak yang punya kandungan yang bagus? Berapa banyak pula yang menulis menggunakan bahasa yang baik?Berapa banyak blog yang menulis dengan bahasa yang hodoh, dan mereka ini bukan lulusan sekolah atap. Sekurang-kurangnya ada SPM. Lulusan universiti, ada ijazah malah ada yang punya doktor falsafah, tetapi blognya langsung tidak membawa manfaat kepada pembaca. Berapa banyak blog pemegang ijazah yang hanya menulis tentang berapa kali makan dan berak dalam satu hari. Berapa banyak blog yang tuannya punya sarjana tetapi tidak boleh ditumpang kesarjanaannya. Tidak ada langsung tulisan yang boleh diambil manfaat. Tidak ada langsung hasrat mahu memandaikan bangsa. Bahasanya hodoh, sekerat bahasa ibunda sekerat bahasa asing, sekerat putih sekerat hitam macam panda. Bahasa utamanya bahasa pasar dan bahasa sms, dan mereka semua ada sijil!

Blog orang kita dalam bahasa Inggeris pun boleh dikira yang betul-betul bermanfaat. Lebih banyak mencarut dari yang bercerita menyampaikan ilmu.Itulah realiti masyarakat kita. Masyarakat yang malas membaca. Malas berfikir. Zaman berfikir berhenti sejurus keluar dari dewan peperiksan di hari terakhir di universiti. Segulung ijazah jadi lesen untuk berhenti membaca. Kenapa orang Malaysia malas membaca? Kenapa orang Malaysia malas berfikir?` Mungkin kerana orang Malaysia sudah hidup senang, sudah hidup mewah. Kesenangan hidup sudah tidak memerlukan orang membaca lagi. Apa guna membaca dan berfikir yang berat-berat, kerana sudah ada segala-galanya. Ada rumah besar, kereta besar. Apa guna lagi pening kepala berfikir benda yang berat-berat?’ kata Pak Jawahir.Tanpa sedar saya mengangguk setuju dengan Pak Jawahir.

Perut yang kenyang rupanya membawa bencana kemusnahan buat peradaban manusia. Perut kenyang buat manusia berhenti berfikir. Ramai yang dulunya berjuang, berhenti berjuang kerana takutkan perut tak terisi. Ramai yang berhenti berjuang kerana mengejar makanan untuk disumbat ke dalam perut. Orang besar malas membaca, apa lagi orang kecil. Pemimpin malas membaca, apa lagi yang dipimpin.Orang dewasa malas membaca dan berfikir, bagaimana remaja dan kanak-kanak? Lebih teruk lagi, kita malas membaca bahan bacaan serius, kita paksa anak-anak kita membaca bahan bacaan ringan. Mungkin mereka menyangka, jika otak tidak digunakan untuk berfikir, maka nilainya makin bertambah, boleh dijual mahal kerana urat-urat, saraf dan sel otak itu tidak digunakan. Kalau begitu fikir mereka, simpanlah otak itu baik-baik. Sesak-sesak nanti bolehlah dijual...

Sumber :http://jiwarasa.blogspot.com/2008/01/kenapa-malas.html

NOTA: Sungguh sinis penyampaian penulis. Tapi, amat menarik kerana boleh menyedarkan kita takat mana tahap pengetahuan dan pemikiran kita yang bergelar mahasiswa, pelajar cemerlang di kolej pegawai tinggi di sektor awam dan menjawat jawatan dan gaji tinggi di syarikat swasta. Walau kita bagus di mata orang, tapi di depan diri kita sendiri (lihat kat cermin) cuba tanya, betul ke kita ini malas macam yang dikatakan di dalam tulisan di atas? kalau saya, ye kot....sama-sama kita berubah..biar sikit tapi konsisten.

PTPTN.......Oh hutang!!

Baru-baru ini PTPTN akhirnya menurunkan caj perkhidmatannya kepada 1%. Alhamdulillah walaupun ia sepatutnya dijadikan 0%, bagi penganggur seperti saya atau mereka yang bergaji rendah tentunya ia membantu meringankan beban. Semalam saya menyemak baki semasa dan alangkah sedihnya jumlahlah hutang masih belum berkurangan. Selama 2 tahun saya membayar secara konsisten RM100/200 sebulan ianya hanya untuk jumlah caj perkhidmatan tertunggak sejak tahun 2002. Jumlah hutang sebenar RM19,500 menjadi 21,000++. Wow apakah maknanya ini? Itupun macam-macam lagi alasan untuk tidak menjadikan caj sehingga 0%. Malah dengan kadar 1% itupun, bukan semua layak mendapatnya kerana bagi mereka yang liat membayar masih dikenakan caj 3%. Hutang tetap hutang dan wajib dibayar namun adilkah caj masih dikekalkan sebanyak 3%?

Bagi yang berkemampuan tentu akan menggunakan wang sendirii. Namun bagi orang yang susah terpaksa menerima pinjaman untuk meneruskan pelajaran. Walaupun begitu, tindakan peminjam juga tidak patut kerana sudahlah diberi pinjam tetapi tidak mahu membayar. Mereka mungkin bukan tidak mahu membayar hutang, tetapi banyak tanggungan lain. Namun, banyak lagi cara lain untuk mendenda mereka termasuk menyenarai hitam nama atau kenakan tindakan mahkamah.

Saya dikira bertuah kerana suami banyak membantu untuk melunaskan pinjaman setiap bulan. Bukan setakat PTPTN, malah hutang dengan Yayasan Pahang turut dibayarnya. Jika diberi pilihan sudah semestinya dia tidak mahu membayarkan hutang-hutang ini. Bukan sebab tidak mahu menolong isteri tetapi tidak mahu bersubahat dengan RIB*! Terima kasih abang untuk segalanya.....

Kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh melawat laman http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung untuk mengetahui sebarang maklumat tentang pinjaman anda. Di sana juga para peminjam boleh menyemak secara online baki pinjaman atau tunggakkan yang perlu dijelaskan. Menerusi E-Fes peminjam juga boleh melihat transaksi akaun pinjaman dari tahun ke tahun. AWAS! Bagi yang belum pernah membayar pinjaman, jumlah hutang anda pastinya semakin akan bertambah biak dari bulan ke bulan....Malah, hukuman disenarai hitam juga menanti anda!

Untuk login ke E-Fes, peminjam perlu memasukkan no.ic dan juga no pin yang boleh diperolehi menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS). Sila taip PTPTN NOPIN[JARAK]NOKP dan hantar ke 33199. Caj yang dikenakan bagi setiap SMS ialah sebanyak RM0.50. Perkhidmatan ini beroperasi 24 jam sehari.

Syawal

Alhamdulillah kita masih dalam mood hari raya. Almaklumlah puasa sebulan dan raya pun hendak selama sebulan jugalah. Di mana-mana rumah terbuka masih berlangsung dan pastinya ramai yang akan mengeluh berat badan akan semakin meningkat. Bukan nak mengata orang lain, saya sendiri pun terasa semakin gemuk. Bulan puasa turun sekilo, selepas raya naik 3 kilo.Emm...bukan tak cuba nak menahan selera tetapi, bila dah makan macam lupa pulak kene berhenti sebelum kenyang.Kadang-kadang bukan lapar sangat pun, cuma nak menghabiskan makanan takut membazir.Apa-apa pun bunyinya macam saja nak bagi alasan.Baru ni dalam tv seorang doktor memberitahu bahawa kalau berat badan meningkat pun pastikan lilitan pinggang (bagi perempuan)mestilah tidak lebih 40cm.Ops tak ukur pun!rasa-rasanya taklah sampai 40cm sebab baju-baju zaman belajar masih boleh dipakai.
Menyebut tentang makan lebih, teringat kata-kata seorang ustazah bahawa di antara tanda/penyebab mati hati ialah banyak buat dosa, banyak bercakap,banyak tidur dan banyak makan!

Laporan PTPTN 1: PTPTN turun kepada 1%. Perlukah mengucapkan tahniah kepada kerajaan?

Isu PTPTN : TAHNIAH KEPADA KERAJAAN? Kadar caj perkhidmatan yang dikenakan oleh kerajaan 1 peratus melihatkan bahawa kerajaan semakin “bijak” dalam merencana keputusan. 1.04 juta peminjam diploma dan ijazah sarjana muda dan 2,473 lagi peminjam dari ijazah sarjana dan kedoktoran pasti menyambut “baik” usaha kerajaan ke arah memajukan pendidikan negara.Jika sebelum ini kadar yang dikenakan PTPTN ialah 4 peratus pada 1997 sebelum ia turunkan kepada 3 peratus dan kini 1 peratus pastinya mengaburi mata pelajar yang merasakan diri mereka sudah terbela.

Kerajaan mungkin berasa dengan penurunan ini mahasiswa akan berpuas hati dan terus menyokong kerajaan. Namun mahasiswa semakin intelek dalam membuat keputusan dan melalui anjakan paradigma yang dilaung-laungkan oleh sesetengah pejuang memberi impak baru terhadap pemikiran mereka. Pada dasarnya kerajaan perlu melihat bahawa pinjaman kepada pendidikan sebenarnya adalah tidak relevan untuk dikenakan caj perkhidmatan kerana faedah jangka masa panjang yang akan kembali semula kepada negara dalam bentuk tenaga kerja yang kompeten. Siapakah yang akan menjadi pewaris pimpinan negara? Siapakah yang akan memastikan ekonomi dan politik negara sentiasa stabil? Siapakah yang akan merealisasikan visi 2020? Siapakah yang akan membela nasib Malaysia di mata dunia? Tidak lain dan tidak bukan mereka-mereka itu pastinya seorang pelajar pada waktu ini.

Jika pinjaman ini diberi secara qardhul Hassan iaitu pinjaman yang tidak dikenakan apa-apa caj pasti dilihat sebagai satu usaha yang menunjukkan kerajaan benar-benar prihatin kepada mahasiswa.Di dalam buku Preaching Way: between Leaders and Followers karangan Mustafa Masyur menyatakan beberapa peringatan untuk pimpinan dan satu yang saya mahu ungkapkan di sini ialah “Pimpinan hendaklah bersungguh-sungguh untuk mengangkat tingkat keupayaan mereka yang berada dalam kedudukan barisan “pelapis”, serta melatih mereka dalam bidang tanggungjawab mereka, dengan mengambil faedah dari setiap benda baru yang berguna..”Walaubagaimanapun, keputusan menurunkan kadar caj perkhidmatan yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri minggu lalu dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengesahkan ia tidak bertentangan dengan syariah juga masih diragui. Jika merujuk kepada laporan di dada akhbar-akhbar utama contohnya UTUSAN,MFK memberitahu bahawa caj perkhidmatan selama ini yang dikenakan adalah tiada unsur riba’ :“Bagaimanapun, pada 28 Julai lalu, Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan memutuskan caj perkhidmatan itu tidak menyalahi syarak tetapi mahu kadar caj tiga peratus sedia ada diturunkan bagi meringankan beban pelajar.”

Jika kita merujuk kepada blog Mufti Perlis Ustaz Asri, menyatakan:

“Apa yang saya difahamkan, bahawa yang dianggap oleh Jawatankuasa Fatwa sebagai tidak bertentangan dengan syarak adalah kaedah caj baru yang bakal diubah, bukan yang ada sekarang.”Jika begitu ini adalah bercanggah dengan laporan yang dibuat oleh media massa. Di manakah kebenarannya? Atau masih ada pihak yang mahu mengambil kesempatan dari belakang terhadap isu lapuk ini?

Ustaz Zaharuddin mengulas tentang kepincangan yang berlaku ini dalam laman web nya;

“Saya merasakan, jika benarlah wartawan mencatat kenyataan itu dengan tepat, maka apa yang dicatatkan adalah mengelirukan jika dibuat perbandingan dengan kenyataan Mufti Perlis. Selain itu, jika ia kenyataan yang benar, saya kira ia telah membuka aib dan menunjukkan ketidakfahaman mereka yang diberi amanah fatwa tentang isu caj dalam kewangan moden, selain agak ketinggalan dalam menyemak ijtihad dan kajian-kajian terkini Shariah oleh ulama Shariah dan kewangan berwibawa tinggi di seluruh dunia. Wallahu'alam.

Sewajarnya setiap isu kewangan dan Shariah, perlu dibincang bersama dengan Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti. Mereka lebih berautoriti, berpengalaman dan berwibawa dalam hal Shariah dan kewangan. Perlu saya dedahkan di sini, pengalaman saya dan rakan-rakan penasihat Shariah di seluruh dunia. Terdapat antara penasihat Shariah ini yang kerap berhadapan dengan 'permainan', 'helah' dan ayat-ayat mengelirukan dari pihak pengurusan bank, institusi kewangan dan komersial apabila diminta mengesahkan sesuatu produk atau masalah.

Tidak dapat dinafikan sememangnya ada pihak pengurusan yang sengaja berbuat demikian sehingga menyorokkan sebahagian informasi semata-mata untuk mendapat kata 'halal' atau harus' dari pihak Majlis Shariah mereka. “Pada pendapat saya segala permasalahan yang diutarakan dan kepincangan yang berlaku boleh dielakkan dengan pemansuhan terus caj PTPTN ini. Lebih banyak lagi sumber kewangan yang boleh digunakan untuk meningkatkan pendapatan kerajaan. Kenapa mesti mahasiswa yang menjadi mangsa keadaan? Fikir-fikirkan...Jika anda bukan salah seorang daripada mereka, mungkin perkara yang sama akan berlaku kepada ahli keluarga atau rakan baik anda.

Sumber:
http://ibnuinsan.blogspot.com



Laporan PTPTN 2: Jawapan Mengenai Keputusan Fatwa Kebangsaan Tentang Ptptn

“Banyak pihak menghubungi saya pada hari ini berhubung dengan pengumuman Pengerusi Jawatan Kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang kembali menghalalkan sistem yang digunakan oleh PTPTN dengan menyatakan ia tidak langgar syarak –seperti yang dilaporkan oleh Utusan pada hari ini (29 Julai 2008).

Untuk pengetahuan, saya tidak hadir pada mesyuarat khas pada 28 Julai 2008 tersebut yang kembali membincangkan kedudukan PTPTN, setelah diputus riba oleh Jawatankuasa yang sama di Alor Setar yang saya juga turut hadir. Dalam mesyuarat sebelum ini di Alor Setar pada 6-7 Mei 2008 memang pihak PTPTN juga akur bahawa caj yang dikenakan berdasarkan jumlah pinjaman dan Jawatankuasa sepakat menganggapnya riba.

Cumanya, Pengerusi (yang juga Naib Canselor USIM) agak keberatan mengumumkan keputusan tersebut, sebaliknya hanya menyatakan kepada media bahawa pihak PTPTN dikehendaki mematuhi garis panduan. Saya sendiri semasa mesyuarat mengingatkan diri sendiri dan semua bahawa fatwa hendaklah bebas daripada tuntutan atau kepentingan mana-mana pihak.

Adapun pengumuman beliau tentang keputusan mesyuarat khas terbaru yang memansuhkan keputusan sebelum ini agak mengejutkan. Oleh kerana pada pengalaman yang lepas, Pengerusi Jawatankuasa tersebut juga pernah mengumumkan tentang kehalalan ASB dengan begitu umum tanpa menyebut bahawa keputusan Jawatankuasa –saya juga turut hadir- yang menuntut terlebih dahulu agar pihak berkenaan menubuhkan jawatankuasa syariah. Saya juga telah mengkritik cara pengumuman itu dibuat.

Untuk kali ini, saya mengambil keputusan menghubungi terus Dato’ Pengarah JAKIM untuk mengetahui kedudukan sebenar. Apa yang saya difahamkan, bahawa yang dianggap oleh Jawatankuasa Fatwa sebagai tidak bertentangan dengan syarak adalah kaedah caj baru yang bakal diubah, bukan yang ada sekarang. Jika begitu, ini tentu berbeza dengan pengumuman tersebut.

Berhubung dengan perkara berkaitan, saya sendiri pernah mencadangkan agar Jawatankuasa Fatwa hendaklah menjemput mereka yang mempunyai padangan yang berbeza dalam sesuatu isu agar berbagai-bagai sudut dapat dilihat sebelum fatwa dibuat”.

Sumber:
Minda Tajdid

Pantun Aidil Fitri Untuk semua


Bahulu dan bangkit kuih tradisi
Lemang dimakan bersama rendang
Aidil Fitri datang setahun sekali
Moga berjumpa Ramadhan akan datang..

Dendang perantau lagu pilihan
Dedikasi untuk semua rakan
Zakat fitrah sudahkah dilunaskan?
Beroleh pahala juga keberkatan

Miskin dan kaya sama bergembira
Aidil Fitri disambut ceria
Makan dan minum berpada-pada
Barulah kesihatan baik sentiasa

Hari raya balik ke kampung
Di jalan raya berhati-hati
Duit raye anak penuhnya setabung
Jangan pula minta dikongsi

Baju raya berwarna warni
Sama-sama beraya sakan
Jari kususun salam diberi
Maaf zahir dan batin saya pohonkan

Rumah terbuka di sana sini
Jemput datang janganlah segan
Habis raya bertemu kembali
Puasa enam kita laksanakan.....

Ibu bapa kena terus terang dengan anak

Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my

Elak menipu jika tidak tahu jawab soalan

  • Kebenaran
Apa yang diberitahu kepada anak mestilah perkara yang benar. Ibu bapa jangan menipu anak. Jika ibu bapa tidak tahu jawapan kepada persoalan yang diajukan anak, beritahu mereka bahawa kita tidak tahu dan mengajak mereka mencari jawapannya. Jika ada perkara yang mungkin sukar bagi kita menjawab sendiri oleh sebab-sebab tertentu, minta bantuan daripada orang lain dan beritahu anak perkara sebenar.
  • Bercakap terus terang dan tepat
Apabila kita bercakap dengan anak, kita mesti menggunakan bahasa yang senang dan cakap terus terang serta tidak berbelit-belit. Kadangkala kita terpaksa memberikan satu-satu jawapan kerana tidak ada masa memikirkannya dan terpaksa membuat satu keputusan yang mengelirukan. Contohnya, anak meminta kebenaran bermain di luar tetapi hari panas, kita terus menjawab , "tidak boleh nanti dikejar anjing". Sepatutnya kita beritahu terus bahawa "tidak boleh hari panas" dan beritahu bahawa nanti akan menyebabkan mereka (anak) sakit.
  • Sentiasa konsisten dan tepat
Apa saja yang kita terangkan kepada anak-anak atau mengajar mereka, mestilah dilakukan dengan konsisten dan tepat. Pembaharuan boleh diterima oleh anak-anak tetapi jangan membuat pembaharuan tanpa sebab yang munasabah atau tidak jelas.
  • Rangsangan
Keupayaan adalah asas membina semangat kepada anak-anak manakala kegagalan asas lemah dan boleh mematahkan semangat
  • Harapan
Wujudkan perasaan positif dan tanamkan perasaan harapan yang tinggi dan jangan berputus harapan kepada anak-anak.
  • Berulang-kali
Anak-anak suka sesuatu yang berulang-ulang. Jika sesuatu itu dilakukan berulang-kali, maka lebih kuatlah pembentukan rangkaian di dalam otak mereka. Namun, elakkan perkara berulang atau pengalaman negatif terhadap anak-anak.
  • Jangkaan
Ajar anak supaya boleh membuat penentuan atau ramalan atas sesuatu yang terjadi atau apa yang bakal berlaku. Jika membuat sesuatu dengan anak berhenti sebelum anak masih minat dan seronok.
  • Disiplin/ Undang-undang
Anak tidak boleh dipukul, dicubit atau ditengking. Cara kita mendisiplinkan mereka mestilah diasaskan kepada: maruah yang tinggi, ilmu dan kefahamannya, wujudkan peraturan, terang dan tunjukkan cara, buat sebagai amalan dan menjadi contoh teladan

  • Kegembiraan
Dilakukan dengan penuh kemesraan dan kegembiraan. Perasaan gembira boleh mewujudkan keselesaan diri yang menyebabkan anak sentiasa riang. Perkataan yang digunakan, lagu-lagu pantun mestilah mewujudkan perasaan gembira. Elakkan perasaan sedih, sayu, pilu merendahkan anak, menghina manusia dan perkara negatif lain. Berikan anak-anak ilmu yang banyak, menjaga diri dan membina kemampuan melakukan banyak perkara yang berguna.
  • Kecewa
Anak perlu mengalami kekecewaan dalam hidupnya. Kehilangan barang yang disayanginya, perpisahan ibu bapa, kematian dan sebagainya adalah kekecewaan yang akan dihadapi anak-anak. Semuanya mesti dijelaskan kepada anak secara benar dan bantulah anak mengatasi kekecewaan itu.
  • Teladan
Teladan daripada ibu bapa dan orang lain dalam hidupnya adalah pengajaran yang paling efektif. Teladan yang baik akan meningkatkan ciri yang baik. Teladan yang buruk merosakkan amalan hidup dan kewibawaan anak.
  • Konsep Downshifting (merendah-rendahkan atau menurunkan semangat anak)
Jangan pukul, cubit dan menghina anak. Elakkan mencari salah, membeza-bezakan anak-anak, menyebut jangan, tidak boleh tanpa sebab dan keterangan dan jangan menggunakan amaran yang marah tanpa sebab serta keterangan kukuh.
  • Konsep Expansion vs Replacement (Pengembangan lawan Pengambilalihan)

  • Membina keyakinan diri, maruah dan jati diri

Sumber:

Pengerusi Institut Pembangunan Keluarga dan Kanak-Kanak Nury, Datuk Dr Noor Laily Abu Bakar, Bengkel Hak Perlindungan dan Keselamatan Diri Kanak-kanak anjuran Institut Kefahaman Islam (Ikim).

MAHA 2008

Rodeo Malaysia

Menaiki tren mengelilingi expo

Ini lah cucu-cucu ku.....


Si kembar Amsyar dan Amzar ialah cucu sulung. Ayahnya anak sedara saya, anak sepupu saya
Kak Long Rubiah (cucu sulung wan sebelah abah). Yang no 3 ni pula Adam Helmi,emaknya anak
sedara saya. Diorag ni sepupu....terasa tua pulak bila ada orang panggil kita wan / nenek...iskkk!! tapi nasib budak2 ni tak pandai cakap lagi..hahahha

Wajib mengganti (qada') sembahyang kerana haid??

Di sini saya ingin berkongsi satu posting dari sebuah forum yang saya singgah. Mungkin anda juga pernah membacanya kerana ia turut dimuatkan di beberapa laman blog/web. Jika anda tahu pendapat ulamak selainnya sila kita kongsikan bersama supaya dapat disebarkan untuk kebaikan para muslimah yang tidak mengetahuinya....

"Kebanyakkan perempuan/wanita/muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya bab haid yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi??

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz-ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya ini) Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu.

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.


Dalam BAB TIGA : " Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid:

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

" Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :

- perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

- Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

- Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.


Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

Harap maklum.....Rasa-rasa macam banyak yang saya terlepas pandang. Sama-sama kita menambah pengetahuan.

Bintang 12

Setiap hari Ahad malam Isnin TV9 akan menayangkan secara langsung program keagamaan berbentuk perbincangan bertajuk Halaqah. Kalau di TV3 racangan sepertinya ialah Al Kuliyyah dan di RTM Ehwal Islam....

Apa yang saya nak ceritakan ialah pada minggu yang lalu, topik yang dibincangkan ialah 'Bintang 12' dengan panel jemputan ialah Ustaz Badlisyah (bekas senior kolej) dan Ustazah Nik Salida. Perbincangan ini amat menarik dan saya pasti ramai yang tidak sedar tentang hukum melihat ramalan bintang. Saya yakin ramai yang tahu adalah haram mempercayai ramalan bintang.Tetapi ramai yang tidak faham dan menyedari (termasuk saya juga) bahawa melihat, membaca dan berminat nak tahu secara suka-suka pun sudah dikira berdosa. Bukan sahaja mendapat dosa,bahkan solat kita tidak akan diterima oleh Allah selama 40 hari. Sudahlah solat yang dikerjakan selama ini tidak pasti kesempurnaannya malah tanpa sedar ia sudah tidak diterima oleh Allah.

Jangan pula disebabkan setelah membaca ramalan bintang ini dan mengetahui solat tidak diterima maka kita terus meninggalkan solat selama 40 hari. Perlu difahami bahawa dua perkara ni(1.solat tidak diterima dan 2.meninggalkan solat) ialah dua perkara yang berbeza dan dengan meninggalkan solat, kita akan dihadapkan dengan dosa yang lain pula.

Saya masih ingat pada masa lalu (zaman muda-muda dulu), bersama kawan-kawan selalu cuba menilik nasib masing-masing. Konon sekadar suka-suka dan main-main sahaja. Kami akan menilik kononya siapa bakal suami, pada umur berapa akan berkahwin, berapa bilangan orang anak dan sebagainya. Cara yang digunakan sama ada melihat tapak tangan, menggunakan cincin emas yang digayutkan pada rambut dll. Orang yang menjadi penilik pula adalah terdiri dari kawan-kawan yang kononnya belajar dari orang-orang yang ada ilmu atau 'pandai tengok'. Saya pun tak pernah persoalkan semua ini kerana masing-masing melakukannya secara suka-suka tetapi apa yang bahaya apabila ia kebetulan menepati ramalan.

Kepada kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang membaca tulisan ini dan bersama-sama lah kita bertaubat dan meninggal perkara yang boleh membawa kita kepada kufur kepada Allah. Sentiasalah kita meningkatkan kefahaman kita tentang agama dengan membaca, mendengar ceramah atau belajar kepada guru yang berkelayakan. Jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai persoalan zodiak boleh layari

http://muslimah.or.id/aqidah/mari-sejenak-berbicara-tentang-zodiak.html

atau bertanyalah kepada ustaz/ustazah/ulama' yang anda ketahui alim (banyak ilmu).

Aktiviti Hujung Minggu #5

Taman Tasik Perdana (malam)
Suatu yang menarik di taman ini kerana ia dibuka sehingga malam. Ini membolehkan kami membawa anak-anak bermain di sebelah malam jika tidak berpeluang melakukannya di siang hari.Walaupun tidak ramai pengunjung seperti di sebelah siang, namun kanak-kanak masih dapat menikmati keseronokan bermain.

Lampu yang dipasang menyinari suasana taman membuatkan kita terasa selamat,namun begitu keselamatan anak-anak mesti tetap dijaga dengan mengawasi mereka sepanjang bermain.

Perutusan Raja Sehari dari Alynn


Akhirnya kad yang ditunggu selama ini tiba juga di peti surat rumahku. Kawanku Alynn bakal naik pelamin juga akhirnya. Teringat zaman belajar dulu. Kisah cintanya agak complicated. Alhamdulillah akhirnya bertemu juga Mr.Right untuk menjadi teman hidup.Tahniah Alynn! kalau hubby aku ada kelapangan Insya Allah aku datang. Pergi sebelah lelaki boleh?? dekat sikit lah...hehehe

**Gambar atas: Alynn konvo UUM 2002. Itulah hari terakhir pertemuan kami. Kak Intan(kiri sekali) dan Chieku(sebelah aku) pun dah lama tak ketemu. Cuma sms, itu pon jarang sangat! Rindu korang...


NOTA: sorry sangat-sangat sebab tak dapat hadir hari berbahagia kau Alynn...moga berkekalan ke akhir hayat....

Friendster oh Friendster!

Baru-baru ini adik ipar saya, Soleh melalui emelnya telah menjemput saya memasuki senarai sahabatnya di friendster.com. Alang-alang saya mendaftar dan teruslah upload beberapa keping gambar anak-anak. Tak sangka kemudian seorang sahabat lama, Nuraszita menghantar emel untuk menjemput saya memasuki senarai sahabatnya pula.Rupa-rupanya melalui friendster saya telah dipertemukan semula sahabat-sahabat lama yang memang lama benar tidak bertemu dan berhubung.Sekadar menyebut beberapa nama: Lala, Su, Angah, Elly, Liza,Mc Ja, Linda, Shahrir, dan beberapa orang kenalan lain yang tidak berapa rapat.

Sejak grad kolej,U dan habis persekolahan masing-masing meneruskan perjuangan sama ada dalam pelajaran atau karier masing-masing.Saya dapat melihat sesetengah daripada mereka telah berjaya meraih kejayaan di menara gading dan mengecap kebahagiaan bersama suami dan anak-anak. Alhamdulillah hati saya turut sama tumpang gembira di atas kebahagiaan mereka.Semoga Allah memberikan kita nikmat kebahagiaan ini bersama redha-Nya dan berkekalan dunia hingga ke akhirat. Amin....

Gunting rambut



Hari ini ibu bawa anak-anak menggunting rambut di kedai. Alhamdulillah Salahuddin tak meragam pun.Hanya duduk diam sehingga selesai rambutnya digunting. Inilah hero-hero ku dengan rambut baru!

Rindu

Anak saya Almustofa berada di kampung sekarang.Tinggal saya bertiga dengan Salahuddin dan Luqman di rumah.Abahnya pula out station 2 minggu.Emm terasa sunyi bila tak dengar suara dia menyanyi dan menangis...bila tengok gambar perasaan rindu amat sangat.Saya biarkan dia mengikut neneknya balik ke kampung di Felda Jengka 14 pada Ahad lepas sebab mingggu ini kami ada kenduri kahwin adik ipar.Jadi saya akan balik ke sana pada hari Khamis menaiki bas sahaja.Kurang seorang hero senanglah sedikit untuk mengawal pergerakan semasa di stesen bas nanti...Emm rindu nya ibu!!!rindu pada anak juga rindu pada abahnya:)

Selamat Pengantin Baru Benchik!!

Baru-baru ini keluarga mertua saya akan mengadakan walimah urus buat adik ipar lelaki, Benchik. Dia bertemu jodoh dengan orang Kuala Nerang, Kedah. Sofia namanya. Untuk keduanya Kak Ain ucapkan selamat pengantin baru dan semoga cepat menimang baby! kepada Sofia selamat datang ke dalam keluarga ini..jangan risau famili ni semuannya baik-baik dan kalau ada kena tegur ke apa ke rilek lah. Terimanya secara positif sebagai panduan untuk menjadi isteri dan menantu yang baik.Insya Allah. Hehehe pandai je aku nasihat kat orang, yelah cakap berdasarkan pengalaman. Dah lama jadi menantu perempuan sulung keluarga ni...paham dah...:D

Cuti Sekolah

Sudah seminggu cuti sekolah. Muhammad Luqman dan Almustofa kini berada di kampung di rumah atuk dan wan di Raub.Alhamdulillah mereka tidak banyak karenah. Almustofa pula pertama kali berjauhan dengan ibu lebih sehari. Almaklum dia agak manja berbanding yang lain. Bimbang juga takut dia menangis mencari-cari ibu ditengah malam, tetapi nampaknya setiap kali ibu telefon mereka ok sahaja.Yang tinggal besama ibu di rumah hanya Salahuddin. Kasihan seorang diri dia bermain. Kalau ibu hendak buat kerja, pasang aje cerita kartun di komputer, mesti dia akan menonton tanpa banyak karenah. Yang kelakarnya dia bermain keseorangan sampai tertidur sendiri...

Aktiviti Hujung Minggu #4

Taman Tasik Perdana (siang)









Tasik Perdana juga menyediakan taman-taman permainan untuk kanak-kanak. Paling meyeronokkan menaiki keretapi. Kita akan dibawa pusing-pusing melalui Taman rama-rama, Taman Orkid, Taman Burung, Memorial,Planetarium dan kawasan sekitarnya....
** Gambar: Anak-anak dan anak saudara

Selamat Hari Guru

Dahulu selepas mendapat keputusan SPM aliran pendidikan bukanlah menjadi pilihan utama.Kononya nak masuk aliran yang membolehkan mendapat kerjaya di bidang korporat, duduk ofis bilik hawa dingin dll.....Namun selepas grad barulah tahu betapa susahnya nak mendapat pekerjaan yang diingini lebih2 lagi kalau result tak cemerlang gemilang.Tetapi Alhamdulillah saya amat bertuah kerana mendapat peluang bekerja di syarikat tempat saya membuat praktikal. Saya bekerja di situ selama lebih 2 tahun setengah dengan gaji hari.

Walau gaji tak segah mana tapi ilmu dan pengalaman yang di kutip dari situ amat bermakna.Sehingga satu saat saya mengambil keputusan untuk mencari pekerjaan lain dan memilih profesyen sebagai guru. Bukan guru sebenar pun, masa tu hanya sebagai GSTT dan kalau nak jadi guru bertauliah kena masuk KPLI. 

Semua orang mesti fikir yang kerja cikgu ni senang dan mudah. Menjadi guru bukan setakat mengajar dan balik bilik guru goyang kaki dan bersembang. Menjadi guru rupa-rupanya bukan setakat bekerja setengah hari dan balik ke rumah tepat pada waktunya dan boleh rilek tidur. Seorang guru memikul tanggungjawab yang amat berat.Guru memegang amanah yang amat besar iaitu untuk mendidik anak bangsa tanpa mengira kaum dan agama. Mandat professionalisme perguruan mesti digalas dengan jujur dan ikhlas.OOOhh...alangkah mulianya tugas seorang guru!.

Pernah suatu ketika dibangku sekolah, saya didenda oleh cikgu. Pernah dulu saya kutuk2 cikgu yang cakap tak serupa bikin..Pernah dulu tak buat kerja sekolah dan menipu cikgu yang buku tinggal di rumah. Alahai...maafkan saya cikgu. Bila dah jadi seorang guru barulah saya tahu betapa susahnya menjadi guru.Berdepan dengan anak-anak murid yang tak nak mendengar arahan, suka melawan, lemah dalam pembelajaran dsb. Semua ini sangat-sangat mencabar kesabaran dan kecekalan. 

Alangkah bahagia bila melihat anak-anak didik berjaya dalam peperiksaan. Lebih bangga bila mereka menjejakkan kaki di menara gading. Saya pernah menghadiri konvo adik saya dan terserempak dengan bekas anak-anak murid saya. Salah seorang ialah murid yang pernah saya denda kerana kenakalannya. Alhamdulillah...Tumpang gembira saya melihat kejayaan mereka. Ada pula yang menegur sama ada masih kenal pada mereka. Ooop..masa saya mengajar mereka, ketika itu belum baligh pun. Rupa pun dah berubah. 

Apa-apa pun semoga kerjaya guru ini terus dihormati dan dipandang tinggi bukan oleh para  anak murid sahaja malah semua lapisan masyarakat kerana seorang polis, seorang raja, seorang perdana menteri malah seorang guru itu asalnya seorang anak yang tiada ilmu tetapi dipenuhi dadanya dengan curahan ilmu oleh seorang bergelar 'cikgu'.

SELAMAT HARI GURU!

Selamat Hari Ibu

Antara saat-saat paling membahagiakan selain setelah sah bergelar isteri dan berjaya memegang sekeping ijazah ialah apabila selamat melahirkan anak yang pertama. Mana tidaknya setelah itu kita akan naik 1 pangkat lagi iaitu bergelar seorang ibu. Mahal harganya gelaran itu dan tidak boleh dibeli dengan RM. Tidak semua orang berjaya mendapat title 'ibu', 'emak', 'mama', 'ummi' atau 'bonda'.
Ada yang mendapat title ini dengan mengambil anak angkat atau menjadi ibu tiri seseorang. Walau pun begitu tidak semua orang sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu walaupun hanya sebagai ibu angkat atau ibu tiri. Banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum sesuatu keputusan dibuat. Paling mengagumkan ialah apabila sesorang itu ditakdirkan untuk menjadi seorang ibu tunggal. Menguruskan rumahtangga dan anak-anak sendirian tanpa seorang lelaki mencabar kewibawaan dan memerlukan kesabaran yang unggul.
Apa-apapun menjadi seorang ibu, tidak kiralah di kategori ibu yang macam mana, tanggungjawab mendidik anak-anak dan membesarkan mereka merupakan tugas paling mulia di dunia. Sama ada melahirkan seorang atau 16 orang anak, seorang ibu itu tetap seorang ibu mithali yang menyayangi anak-anak mereka walau apa pun yang terjadi. Tak tahulah nak kata apa tentang 'ibu' yang dilabelkan 'ibu ayam', 'ibu buang anak' atau lain-lain jenis ibu yang tidak bertanggungjawab di luar sana. Semoga ada hidayah buat mereka untuk kembali ke pangkal jalan dan menjadi ibu yang benar-benar sejati. Sempena hari ibu ini saya amat bersyukur kerana masih mempunyai ibu.
"Emak, terima kasih kerana membesarkan anak-anakmu dengan penuh kasih sayang. Tak terbalas lagi jasa emak dan abah sehingga ke hari ini...semoga Allah memberkati emak abah dunia akhirat.
Emak,hanya setelah Ngah bergelar seorang ibu barulah mengerti betapa beratnya tanggungjawab emak dan betapa sabarnya emak mendidik kami. Emaklah idola. Tak tercapai rasanya diri ini menjadi ibu yang baik sepertimu. Doakan Ngah. Doakan kami anak-anakmu supaya dapat menjadi ibu yang baik dunia akhirat...".Amin
Selain emak saya, ibu mertua dan kakak ipar saya,kak Amah merupakan wanita yang saya kagumi dalam mendidik anak-anak. Mungkin ada yang menafikan kehebatan mereka sebagai seorang ibu kerana manusia mana ada yang istimewa. Namun, saya menilai mereka yang berada di hadapan saya. Ibu mertua saya wanita yang boleh saya kira sebagai 'iron lady'. Walau pun dia wanita biasa yang bergelar suri rumah tetapi peranannya sebagai seorang ibu amat mengagumkan saya. Kak Amah sebagai seorang ibu tunggal begitu tabah dan cekal melalui hari-harinya dengan dua orang anak-anaknya. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana saya sebagai mereka.
Terima Kasih Ya Allah atas nikmat yang engkau kurniakan kepada kami. Semoga engkau menjadikan kami, anak-anak dan keturunan kami manusia yang beriman dan beroleh balasan baik di akhirat kelak.........

Abah balik!

Alhamdulillah hari Sabtu lepas pukul 9 malam suamiku selamat pulang ke rumah. Hampir sebulan tidak bertemu sememangnya menghambat rindu di dada. Anak-anak yang tampak mengantuk sejak senja tiba saya tahan supaya tidak tidur. Malam itu saya menyediakan masakan yang agak istimewa (sebab hari biasa masak simple jer) iaitu siakap stim, tom yam campur dan kailan ikan masin. Sebaik salam diberi dan wajahnya terpacul dimuka pintu, saya amat bersyukur kepada Allah. Kerisauan yang menghantui minda akhirnya terlerai dengan melihat senyuman manisnya. Kurus, mungkin kerana penat bekerja dan pemakanan yang tidak begitu memuaskan di sana. Belum sempat menghilangkan penat, suamiku mendapat assignment dari boss dan ia perlu di submit awal pagi esok juga. Alahai....malam minggu pun dapat kerja?? Kasihan dia terpaksa stayback sampai pagi!


Nasi Lemak jer..

Alhamdulillah kami anak beranak dah selesai bersarapan..Akhirnya saya masak nasi lemak jer..boleh di makan sampai lunch. Bunyi macam orang malas kan?Biarlah saya mengaku memang ya! Lagipun bukan selalu saya masak nasi lemak. Dalam sebulan adalah sekali dua itu pun kalau rajin sangat. Saya gunakan santan kotak yang free kolesterol. Nak lebih baik gunakan susu rendah lemak.Tapi yang sebenarnya nasi lemak yang menggunakan santan fresh lagi kaw kaw rasanya. Macam nasi lemak buatan mak mertua saya, ada UMMPH!! Lagi satu masalah makan nasi lemak ni,lepas makan mesti mengantuk.Arrggh...

Apa khabarlah suamiku di Laos. Makan atau tidak?Katanya susah juga nak mendapat makanan halal. Tapi, ada juga kedai India yang dikatakan muslim. Dapatlah juga dia menikmati masakan yang ala-ala kedai mamak di Malaysia.

Nak Masak apa?

Sebagai suri rumah,memasak merupakan aktiviti rutin wajib. Kalau bekerja ada juga alasan untuk beli makanan siap atau makan di luar. Setiap kali sebelum mula ke dapur, kepala mesti buntu memikirkan apakah menu untuk hari ini. Semua bahan telah siap sedia di dalam peti ais, namun nak masak ape? kalau hari-hari masak jenis masakan dan lauk yang sama sahaja mesti boring. Kalau bertanya pada suami mesti jawapannya "ikut lah.." atau "apa-apa lah"... kalau didesak juga untuk memberikan pendapat barulah terpacul dimulutnya apa yang boleh saya masak..

Hari minggu macam ni, bangun pagi-pagi kusut pula kepala memikirkan sarapan pagi yang nak dimasak. Nasi Lemak?Jemput bawang?atau ajak anak makan biskut cicah air milo sahaja? mihun pun ada. Eemmm...saya rasa mesti ramai suri rumah yang juga berfikiran seperti saya. Memasak memang senang, tetapi ada perkara lain yang turut diambil kira seperti
  • ia makanan yang berkhasiat (takkan hari-hari nasi lemak kan),
  • semua ahli keluarga mesti menggemarinya (supaya tidak perlu masak lebih 1 jenis untuk mengikut citarasa setiap orang) atau
  • masakan itu mesti dapat dihabiskan supaya tidak membazir. Kalau hanya ikut citarasa tukang masak, alamatnya gemuklah dia, sebab kalau orang lain tak mau makan terpaksa lah dia makan kesemuanya untuk mengelakkan membazir. Macam itu ke?
Hehehe jangan terasa! Sepatutnya ibu-ibu perlu tanya siap-siap waktu malam kepada semua orang apa mereka hendak makan untuk sarapan pagi. Nanti tidak perlu termenung selepas Subuh berfikir seperti saya. Ok saya pergi memasak dulu.Anak-anak pun dah bangun tidur dan menonton kartun kegemaran di televisyen. Sekejap lagi mesti lapar. Nanti saya beritahu apa yang saya masak.

Selamat Hari Lahir ke-16

Petang tadi saya menerima panggilan telefon dari adik yang bersekolah di Seri Puteri, Cyberjaya. Dia memberitahu hari ini sekolahnya membuat hari Anugerah Cemerlang untuk pelajar cemerlang PMR 2007. Dia salah seorang daripadanya kerana mendapat keputusan 8A. Kemudian, dia bertanya sama ada mahu saya mengucapkan sesuatu kepadanya.Saya tidak dapat meneka apakah ia. Rupa-rupanya hari ini ialah hari lahirnya yang ke-16.Itulah sebabnya dia menelefon hanya untuk satu ucapan penuh bermakna iaitu "Happy Birthday Fatimah!"...

>>> Blog Fatimah

Aktiviti hujung minggu # 3

Taman Metropolitan Kepong

Perjalanan ke Kepong mengambil masa hampir setengah jam.Apa menariknya di sini? sebelum sampai ke taman ini, dalam 1km kita sudah boleh melihat pemandangan yang amat cantik di ruang udara. Kelihatan seperti 'burung-burung' yang terbang berkawan. Banyak sekali. Namun, apabila sudah menghampiri pintu masuk, barulah kita mengecam rupa-rupanya 'burung' itu ialah layang-layang!

Terkenal sebagai tempat bermain-layang, Taman Metropolitan sering diserbu oleh peminat layang-layang dari semua lapisan kaum dan usia. Pelbagai corak layang-layang termasuk watak kartun kegemaran kanak-kanak seperti doraemon boleh di dapati di sini. Oleh sebab itu, kawasan letak kereta selalu penuh dan banyak kereta yang bersidai di tepi jalan sahaja.
Selain layang-layang, kita boleh bersiar-siar, berjogging dan kanak-kanak bermain di taman permainan. Bagi kaki pancing, tasik di sini juga adalah lubuk ikan yang menanti masa makan umpan. Apa-apa pun aktiviti yang penting menghabiskan masa hujung minggu bersama tersayang menjadikan hubungan lebih erat dan mengukuhkan kasih sayang.

(Gambar:Internet)

Aktiviti hujung minggu # 2

Taman Tasik Titiwangsa
Kami sekeluarga memang selalu membawa anak-anak bermain di taman permainan.Almaklumlah kanak-kanak, semua jenis permainan digemari dan ingin dicuba.Aktiviti memanjat paling mereka sukai kerana mencabar kewibawaan mereka.Cuma, ibu sahaja yang risau takut mereka terjatuh.Nanti anak menangis,ibu pun menangis sama.Biasanya kami akan pergi bersama-sama adik,kakak ipar dan anak-anaknya iaitu Nurul Izzati dan Mohd Firdaus.

Daya tarikan buat masa ini ialah Eye on Malaysia. Pada tahun lepas mereka semua merasa naik kecuali saya kerana pada masa itu saya sudah sarat mengandungkan Muhammad Salahuddin. Gerun juga membayangkan jika tiba-tiba sakit perut semasa berada di puncak. Apabila malam tiba, pengunjung dipertontonkan dengan persembahan bunga api yang amat menarik sekali.Sangat mengujakan terutama sekali anak-anak.

Selain itu, pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan pentas daripada artis di pentas pertunjukan.Jika hendak menunggang kuda juga disediakan perkhidmatan menunggang kuda atau menaiki kereta kuda.Anak-anak boleh menunggang kuda sendirian dengan dikawalselia oleh penjaga kuda. Jika menaiki kereta kuda, anda dapat menikmati pemandangan sekeliling. Aktiviti menarik yang lain di antaranya ialah mengayuh sampan atau menaiki jet ski di tengah tasik.Dengan bayaran berpatutan anda mampu mengecapi saat-saat indah bersama anak-anak.Kemudahan surau juga ada disediakan membolehkan kita mengerjakan solat walaupun semasa berseronok.


Keseronokan bermain membuatkan masing-masing penat dan bila pulang semua anak-anak tertidur di dalam kereta.
(Gambar:Internet)

Aktiviti hujung minggu #1

Jika ada kesempatan dan masa terluang, kami akan menghabiskan masa bersama-sama di taman permainan atau membeli belah. Selalunya shopping barang dapur sahaja.Walaupun begitu,anak-anak amat teruja kerana dapat membeli sendiri keperluan mereka seperti diapers dan susu, selain dapat memilih makanan kesukaan mereka seperti Coco crunch, ribena, biskut tiger, aiskrim dan calcium. Pasar raya kegemaran kami seisi keluarga ialah Giant dan Carrefour. Nak kata harga barang di sini lebih murah tidak juga. Mungkin disebabkan ia paling dekat dengan rumah. Jika hendak membeli pakaian barulah kami ke Jusco atau gedung yang lain.Kos hidup di Kuala Lumpur memang tinggi.Kalau hendak berjimat, suami akan keluar shopping seorang diri supaya ibu dan anak-anak tidak meminta lebih daripada budget.Kesian suamiku dia terpaksa mengangkat barang berat sendirian...

Kanak-kanak yang tidak mahu makan 3

Bagaimana hendak mengatasi masalah anak tidak mahu makan?

Beberapa perkara perlu difahami oleh ibu bapa. Perkara yang utama sekali ialah memastikan bahawa waktu makan berjalan dalam suasana yang mesra dan menggembirakan seisi keluarga terutamanya anak -anak.

Displin pada waktu makan adalah penting. Semakin si anak itu membesar, semakin perlu baginya mempelajari adab dan tatatertib makan. Ibu bapa jangan sekali-kali menggalakkan anak menyimpan makanan dalam mulut terlalu lama. Waktu makan yang cukup perlu diberikan kepada si anak. Jika dia mengambil masa yang terlalu lama sehingga ibu telah selesai mengemas dan membasuh pinggannya sendiri. Si anak akan sedar bahawa bermain-main atau menyimpan makanan dalam mulut diwaktu makan adalah merugikan.

Ibu bapa sebenarnya berasa khuatir anak mereka akan kelaparan dan jatuh sakit kerana kurang makan. Itulah sebabnya mereka sering memaksa si anak makan. Jika si anak tidak mahu makan, makanan yang disediakan seharusnya disimpan didalam almari makan. Apa yang perlu disedari oleh ibu bapa ialah pada akhirnya, anak itu sendiri akan meminta makanan apabila dia lapar. Tujuan kita adalah untuk mendidik anak supaya mempunyai kelaziman makan baik.

Adakalanya, si ibu memberikan vitamin atau ubat penggalak makan (appetizers) seperti periactin supaya anaknya lebih berselera makan. Sukar untuk ditentukan kanank-kanak yang bagaimana yang bertambah selera makannya dengan mengambil vitamin atau ubat penggalak makan. Pada pendapat saya, perkara yang paling penting untuk menggalakkan sianak makan ialah strategi keibubapaan yang berkesan. Walau bagaimanapun, ini tidak mengambil kira unsur-unsur penyakit yang memerlukan rawatan perubatan.

Kesimpulan
Manusia, termasuk kanak-kanak memerlukan makanan. Tidak perlulah digunakan paksaan ke atas kanak-kanak kerana setiap kali dia lapar, dia sendiri akan mencari makanan. Oleh itu, perbuatan memujuk, merayu, memberi rasuah, mengancam, memukul, mengekori anak sekeliling rumah dan sebagainya semata-mata hanya untuk memberi anak makan bukanlah suatu tindakan yang bijak. Semua ini membazir waktu dan tenaga sahaja.

Kanak -kanak sebenarnya sukakan perhatian. Dia akan menunjukan berbagai-bagai ragam untuk mendapatkan perhatian. Asuhlah dia supaya berdisplin sewaktu makan dan tidak banyak karenah.

Sumber:
Laman web Dr.Hamid Arshat

Artikel berkaitan:

Kanak-kanak yang tidak mahu makan 1

Kanak-kanak yang tidak mahu makan 2
Susu Pediasure: Benarkah menggalakkan selera makan

Kanak-kanak yang tidak mahu makan 2

Bagaimana keadaan ini boleh wujud ?
Keadaan ini wujud kerana berbagai -bagai faktor. Sianak mungkin memang bertubuh kecil sejak di lahirkan. Walaupun dia membesar dengan kadar yang normal , tetapi ibunya masih menganggap dia kurang subur dan oleh itu mahukan anaknya lebih banyak makan. Si anak pula tidak perlu banyak makan dan jarang pula terasa lapar. Dia ingin melakukan aktiviti -aktiviti lain yang lebih menyeronok kan. Jika ibu bapa memaksa si anak makan juga, ketengangan pasti akan berlaku.
Pada peringkat bayi, masalah anak tidak mahu makan jarang berlaku kecuali jika dia tidak sihat.Tetapi, apabila usianya meningkat satu tahun lebih dan sudah boleh berjalan, dia ingin menerokai alam sekeliling.Dia ingin bermain dengan benda -benda yang terdapat dalam rumahnya dan kadangkala tidak menghiraukan waktu makan. Si ibu mungkin merasakan bahawa waktu penyusuan atau makan sudah tiba tetapi si anak tidak berminat. Dia akan membantah dan tetap berdegil tidak mahu makan. Jika si bu terus merayu, memujuk dan juga memaksa, ketegangan pasti akan berlaku.
Memaksa seseorang kanak-kanak itu makan akan menyulitkan lagi keadaan. Bak kata perpatah, kita boleh menarik kuda pergi ke tempat yang ada air tetapi dua puluh orang pun tidak boleh memaksanya minum. Si anak pula sedar bahawa dia boleh membantah , menolak pinggan makanan , menyimpan makanan dalam mulut tanpa menguyahnya , meluahkan makanan keluar dan berbagai-bagai cara lagi untuk menghampakan ibu bapanya. Dia sedar bahawa dia akan mendapat perhatian yang lebih pada waktu makan. Alangkah seronoknya si anak apabila ibu bapanya bermain-main dengannya bercerita sambil membacakan buku , berjoget dan merayu-rayu kepadanya.
Adakalanya, kanak-kanak yang berusia yang berusia lebih daripada satu tahun minum susu tetapi ibu bapanya terus memaksa. Akibatnya ,timbullah ketegangan. Ada kanak -kanak yang tidak sesuai minum susu tepung kerana mudah diserang sakit. Keadaan ini boleh berlaku jika si anak mempunyai kurang enzim lactase di bdalam dinding ususnya. Akibatnya, dia mungkin mengalami cirit atau sakit perut. Jika si anak menggalami cirit, si ibu biasanya akan terus mendapatkan rawatan bagi anaknya tanpa meyedari bahawa sakit itu berpunca daripada susu tersebut. Masalah akan berulang apabila si ibu memberikan anaknya susu tepung.
Apabila mencapai usia dua tahun, kebanyakan kanak -kanak sudah mula mahu melakukan sesuatu aktiviti dengan sendiri. Dia ingin memegang sudu dan makan sendiri walaupun lantai atau meja bersepah -sepah dengan makanannya. Jika ibu tidak sabar dan ingin segera memberi anaknya makan supaya dia dapat mengemas dan membuat kerja -kerja rumah yang lain , si anak mungkin membantah dan tidak mahu makan.
Jika si anak sentiasa dipaksa untuk makan dan dipukul pula jika tidak mahu makan, dia mungkin akan membenci waktu makan. Dia akan menganggap waktu makn suatu waktu yang amat tidak menyeronokkan. Dia akan mula membenci makanan. Adakalanya, kanak -kanak seperti ini menangis setiap kali makanan dihidangkan di hadapannya.
Anak yang sentiasa tidak gembira dan kurang mesra dengan ibu bapa atau penjaganya akan mempunyai selera makan yang kurang. Dia akan kurang makan dan berat badannya tidak akan meningkat dengan baik.

Sumber:
Laman web Dr.HAmid Arshat


Susu Pediasure: Benarkah menggalakkan selera makan

Kanak-kanak yang tidak mahu makan 1

Antaranya masalah-masalah yang biasa ditemui diklinik kanak-kank ialah masalah kanak-kanak yang tidak mahu makan. Ibu bapa sering mengeluh anak mereka tidak mahu makan. Antara keluhan-keluhan yang biasa didengari ialah:

"Anak saya tidak mahu makan. Susah hendak menyuruh dia makan dan dia pula sangat memilih orangnya."

"Walaupun puas dipujuk, dirayu dan dihidangkan dengan berbagai-bagai jenis makanan, dia tetap tidak mahu makan. Tetapi, dia sangat aktif dan suka bermain-main serta berlari-lari sepanjang masa.

" Dia terlalu kecil jika dibandingkan degan kanak-kanak yang sebaya dengannya. Kemungkinan dia menghidap penyakit yang menyebabkan dia tidak mahu makan".

"Dia tidak membesar, terlalu kerdil dan kurus pula".

Berbagai-bagai keluhan lagi yang didengari. Ibu bapa sering berasa risau terhadap keadaan anak mereka dan ingin tahu sama ada si anak menghidap sesuatu penyakit yang perlukan rawatan segera doktor.

Untuk mengetahui bagaimana keadaan ini boleh wujud, riwayat kanak-kanak tersebut perlulah diambil secara terperinci dengan bantuan ibu bapa. Pertemuan yang singkat diantara ibu bapa dan doktor biasanya tidak membolehkan doktor berkenaan melakukan pemeriksaan yang terperinci dan seterusnya memperoleh riwayat yang diperlukan. Oleh itu, dia tidak akan dapat menjelaskan dengan memuaskan bagaimana keadaan yang dialami oleh sianak boleh timbul. Seterusnya , dia tidak akan dapat memberikan cadangan-cadangan yang bernas yang dapat diterima oleh ibu bapa bagi melegakan perasaan mereka.

Berbagai-bagai cara mungkin telah dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak mereka makan. Ada yang memujuk, merayu, berleter, memarahi dan mengugut anak mereka. Ada pula ibu bapa yang menggunakan strategi-strategi lain seperti menyanyi, bercerita, memukul gendang dan tidak kurang pula yang berjoget setiap kali makanan berjaya disuapkan kemulut sianak. Ada juga ibu yang mengekori anaknya keliling rumah sambil memegang mangkok berisi makanan. Banyaklah masa dihabiskan semata-mata untuk memastikan yang sianak makan.

Ada juga ibu bapa yang memberi 'rasuah' kepasa sianak supaya makan. Mereka berjanji akan memberikan aiskrim , gula -gula atau membawa anak menonton wayang jika dia mahu makan. Ada pula ibu bapa yang berjanji akan membenarkan anak mereka menonton televisyen hingga lewat malam jika dia boleh menghabiskan makanannya.

Jika si anak masih tidak mahu makan , ibu atau bapa akan memgugut untuk membawanya ke klinik berjumpa doktor. Anak yang berasa takut dengan ugutan sebegini mahu tidak mahu terpaksa makan juga akhirnya. Seorang ibu yang pernah saya temui menyatakan bagaiman rumitnya memberi anaknya makan sehinggakan dia hilang sabar lalu memicit hidung anaknya dan memasukkan makanan ke dalam mulut si anak dengan sudu. Si anak pula bertindak meluahkan kembali makanan itu.

Ada pula ibu yang memukul anaknya dengan tali pinggang jika dia tidak makan. Tindakan keterlaluan seperti ini mestilah dielakkan sama sekali. Waktu makan perlulah merupakan satu waktu untuk seisi keluarga bermesra sambil menikmati hidangan . Waktu makan yang penuh ketengan tidak akan menggembirakan kedua -dua belah pihak dan hanya mematikan selera sahaja.

Sumber:
Laman web Dr.Hamid Arshat