Alhamdulillah hari Sabtu lepas pukul 9 malam suamiku selamat pulang ke rumah. Hampir sebulan tidak bertemu sememangnya menghambat rindu di dada. Anak-anak yang tampak mengantuk sejak senja tiba saya tahan supaya tidak tidur. Malam itu saya menyediakan masakan yang agak istimewa (sebab hari biasa masak simple jer) iaitu siakap stim, tom yam campur dan kailan ikan masin. Sebaik salam diberi dan wajahnya terpacul dimuka pintu, saya amat bersyukur kepada Allah. Kerisauan yang menghantui minda akhirnya terlerai dengan melihat senyuman manisnya. Kurus, mungkin kerana penat bekerja dan pemakanan yang tidak begitu memuaskan di sana. Belum sempat menghilangkan penat, suamiku mendapat assignment dari boss dan ia perlu di submit awal pagi esok juga. Alahai....malam minggu pun dapat kerja?? Kasihan dia terpaksa stayback sampai pagi!
Kenapa anak anak kita kena kasi minum dark chocolate 100 peratus ?
-
Pastikan 100% koko !
Lama dah sebenarnya aku tahu pasal khasiat coklat gelap atau dark chocolate
ni. Cuma masa tu nak beli, payah nak dapat dan juga mah...
1 day ago
0 comments:
Post a Comment